Happy BELATED birthday, KAKAK!!!!
Sorry la ye, tahun ni TERlambat sikit buat surprise🙊
Tapi masih belum terlambat lagi kan nak wish n bagi surprise kat awak!!
Hahah harap awak hepi ye...

Kisahnya memang niat nak bagi kek kat awak.
Tapi kita nak cari kelainan sikit tahun ni.
Dan kebetulan, member-member kita ramai dah cuba kek dari The.Kukus, maka nya kita pun nak juga cuba. Tengkiu la kat Eta sebab introduce kita kat The.Kukus ni. Servis pun tip top, tak banyak songeh dan senang berurusan.

Korang boleh masuk kat IG The.Kukus ni.
Macam-macam jenis kek ada.
Dan paling kita suka sebab dia ada buat kek tarik-tarik duit tu.
Haahahaha....😆

Pestime ako tengok kek-kek dia, makk oiiii 'melting' nya!!
Terliurr OK!!
Nasib la dia kat JB je, if ada kat KL, harus ako order untuk diri sendiri juga haha.


Ha kan dah kata, kek diorang sangat la mencairkan kepala hotak ako..😍😍😍


Hahahha lawak la Sis Lin, masa dia tarik duit tu kluar, langsung bisu video nya.
Dah kenapa, kakak oiii???!!!
Awak terkedu ke? Hahah tapi nasib la awak edit letak lagu, baru la rasa meriah sket bila ulang klik tengok video awak tarik duit tu.

Kek tu khas untuk awak sempena 44 tahun kelahiran awak di dunia ni.
Saya nak letak 12 tahun je sempena friendship kita tapi rasa macam ciput sangat plak nnt awak nak tarik. hahaha... Pape pun, again,

"Happy belated birthday
Semoga sentiasa murah rezeki
Dan happy selalu ye!"

Kita kawan selamanya!!

Nota Jemari: Gambar dan video sudah mendapat kelulusan dari empunya diri