Last balik dari Legoland aritu, kami tak terus balik ke KL.
Kami sempat menyinggah semalam ke Melaka.
Kali ni kami ajak adik yang kat Batu Pahat untuk ikut sama.
Sebelum gerak ke Melaka, sempat kami 'brunch' di Restoran Zainal yang terletak di Taman Sri Tebrau. Restoran ni terkenal dengan mi rebus nya. Memang dari zaman kami sekolah lagi, (dulu nya kami tinggal di area Taman Sri Tebrau ni) mi rebus terbaek !!
Dulu kedai ni kecik je.
Sekarang alhamdulilah dah makin maju.
Yang teringin tu bole la menyinggah ke kedai beralamat :-
Zainals Place
89, Jalan Keris
Taman Sri Tebrau
80050 Johor Bahru
JOHOR
Ctc No: 07-334 1325 atau 012-743 3104
Dah puas makan, jom la kita gerak ke Melaka.
Kami check in di Pines Hotel Melaka.
Maka nya berendam la kami kejap sementara nak tunggu cousin dia dari Batu Pahat tu sampai.
Tapi memandangkan Paksu nya akan gerak lepas waktu keje, maka nya kami berpakat jumpa di Umbai sahaja la dulu.
Jadi malam nya kami dinner di Umbai, Melaka.
Rata-rata ramai ke sini mesti nak makan seafood kan.
Paling kami suka adalah ikan bakar dan juga ketam masak black pepper...
Akhirnya dapat gak berkumpul ngan adik yang dok kat Batu Pahat ni.
Memang dah lama budak-budak ni tak jumpa ngan cousin-cousin dia.
Dapat semalam berkumpul pun jadi la kekdahnya.
Pepagi esok nya sebelum check out, bersakan la mereka di swimming pool.
Oh ye lupa nak cerita.
Penginapan kami di The Pines aritu, harga bilik nya dah termasuk sekali dengan tiket cruise untuk 2 orang setiap bilik.
Jadi lepas dah puas mandi manda, kami terus check out dan menuju ke Jeti Cruise.
Dekat je pun.
Tapi sebab cuaca agak panas, mengamuk juga la si kenit tu.
Hahah gagah juga soh dia teruskan berjalan.
Dan akhirnya sampai juga di Jeti.
Muka dah tension sebab panas, lagi Nina suruh posing hahahaha...
Sempat pose kejap sebelum cruise bergerak.
Nasib la x ramai.
Hanya kami dan satu family lain je dalam tu.
Berakhir sudah percutian kami.
Memasing dah kepenatan.
Kami berpisah lepas lunch.
Insyallah ada rezeki kita jumpa lagi.
Nanti dah abes pkpb ke, meh balik KL, kita main masak-masak plak hahha...
Nota Jemari: Yang seronok budak-budak, yang penat mak bapak hahaha..
4 Comments
seronok bercuti ramai2 sekeluarga. kanak2 mmg dengan swimming pool diorang tewas hehe.. mesti nak brendam ja..
ReplyDeleteBetul tu.. Kalau x pegi, moncong je molot nyaa.. Dah seharian monyok je kan haaha
DeleteAku dok bayangkan kan, meriah satu Melaka dengan rombongan ko, seronokkannn... aku sekarang nak jalan gini dah susah, sebab memasing Suami ada yang takde, dan ada pulak yang sibuk..ermmm kang Mak-Mak nak pergi sendiri, tak dapat ijin plak hahahahaha
ReplyDeleteye la zaman ko berseronok ngan anak anak kecil dah berlalu...
DeleteBila budak-budak dah besar, dah jarang nak berkepit ngan kita..
Kalau drg yang nak bercuti sesama tu, kira bagus dah tu kn..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com