Kisahnya, sejak kita dikenakan PKPB balik awal bulan aritu, ramai la mak bapa yang dah meluru buat tempahan untuk anak-anak mereka.😂

Sempena PKPB, cuti sekolah pun bermula.
Maka nya musim berkhatan pun dah tiba.

Tak terkecuali anak-anak buah ako pun turut sama memeriahkan musim berkhatan PKPB nama nya.
Hahahha...

U.N.I KLinik Taman Permata ada membuat promosi berkhatan PERCUMA untuk anak-anak yatim sempena pembukaan klinik tersebut sehingga hujung tahun 2020 ni. Bagi mereka yang mempunyai kenalan anak-anak yatim, yang ingin menyunatkan anak-anak, boleh menghubungi:-

U.N.I Klinik Taman permata
3, Persiaran Permata
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur
03-4161 3330

Yang bukan anak yatim pun masih ada promosi untuk mereka.
Boleh je hubungi klinik tersebut di talian di atas k.


Ini anak buah ako kat KL ni, nama nya Aqeem.
Masa ni mama cerita dia dah start meleleh air mata tu.
Mama citer, ada masalah sikit dengan anu nya.
Jadi proses untuk berkhatan dia sorang je ambil masa la sedikit.
 
Selamat dah mengharungi detik-detik cemas di dalam bilik berkhatan.
Hhahaha... Masa ni si adik memang jadi peminat no.1 la...
Asyik la dok bertanya macam-macam sampai si abang dah naik fed-up.😂

Yang sorang ni plak anak buah kat Batu Pahat.
Bila dengar cousin yang kat KL ni dah berkhatan, dia pun excited minta berkhatan juga.

Sangat la teruja nak berkhatan.
Tak sabar nak share cerita dengan cousin di KL kisahnya.
Selesai je proses, terus dia video call.
Excited betul!!
Kecoh la bila anak-anak buah bervideo call hampir tetiap hari.😆

Happy je muka.
Alhamdulilah semua nya dah selamat.
Tinggal si kecik je lagi sorang.
Nampak gaya mama kena kuat semangat nanti kalau nak menyunatkan yg si kecik.
Hahaha ..

Untuk anak-anak buah ako, welcome to the new world!
Lepas ni rajin-rajin solat.
Dah jadi 'dewasa' tu, kena la juga ringan-ringan kan tangan tolong mak di dapur..
Eh eh hahaha...

Semoga anak-anak yang ingin berkhatan tahun ini, jangan fobia n takut ye!😊
Selamat berkhatan semua!!

Nota Jemari: Nasib la pompuan berkhatan time baby je kan.... huhu🙊