Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020-Ismail Sabri-sumber MKN

Huwaarghhhhh.......
Selagi tak hilang atau berkurang 'kuman' covid-19 ni, makin lama la kita akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dah rindu sangat nak 'bebas' ke sana sini.
Dah rindu sangat nak 'terbang' di awan biru.
Dah rindu sangat nak berkumpul ngan kengkawan.
Dah rindu sangat nak melepak kat kedai mamak.

Moh la reramai kita doa moga 'kuman' covid-19 ni cepat la terhapus.
Cepat la Kerajaan dapatkan vaksin atau penawar untuk 'kuman' ni.

Pape pun semoga korang semua sentiasa dilindungi dari terkena 'kuman' covid-19 ini.
Amalkan norma baru, elak sesak, elak kawasan sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat.


P : Pahang
K: Kelantan
P : Perlis
B : Bebas

hehhee......  betul kan?!!🙊😜

Nota Jemari: Hari tu kita hampir nak 'berjaya' tapi ......