LAUNCHING AVENYS DI AEON JUSCO WANGSA MAJU     LAUNCHING AVENYS DI AEON JUSCO WANGSA MAJU

LAUNCHING AVENYS DI AEON JUSCO WANGSA MAJU

Ini cerita throwback seminggu yang lepas.
Sape tak kenal ngan Aleeya, founder produk Avenys. Punya family yang sangat humble. Husband dia terkenal ngan panggilan "BigBos". Selalu buat LiVe bercerita tentang masak-masak. Tiga orang anak-anak yang comel especially yang paling bongsu tu, si Alicia. Geram tengok pp dia. Merah macam pakai blusher je hahaha.


30 Januari 2023 aritu ako berkesempatan join perasmian produk terbaru avenys kat first retail store diorang di AEON Jusco Wangsa Maju. Alhamdulilah walaupun ramai gak orang masa tu tapi berjaya gak ako melolos kan diri masuk ke dalam kedai ni. Dah alang-alang sampai, moh la kita membeli belah sket.


Di hari kejadian dapat la kita redeem voucher RM20. Kemain si Uyum dah 'aim' nak soh Nina beli apa. Sebab ekceli before ni kami dah pernah masuk kedai ni masa memula awal dia buka retail store kat situ.


Kebanyakkan yang beratur ni semua nak bergambar ngan Aleeya dan BigBos. Eh eh uyum pun nak juga tapi kita bagi laluan kat diorang la dulu kan. Sementara Nina membeli belah dulu produk avenys kat situ.

credit photo dari website

Antara produk avenys yang ako suka adalah "Burn Iced Tea (BIT)" dengan "Orange Juice Detox (OJD)". BIT dengan OJD ni memang sedap oii.... BIT di minum waktu pagi manakala OJD diminum sebelum tido. Buat korang yang ada sembelit kan, cuba try minum OJD ni. Insyallah korang akan membuang dengan lancar nya lepas tu. Rasa dia kan macam air oren fanta yang bergas tu. Ako kan sejenis yang kureng rasa masam-masam ni tapi nasib baik la OJD ni ako masih bole telan lagi.

Yang terbaru derang kluarkan produk "Burn Hot latte" dan "Burn Hot Chocolate".
Yang ini macam Meal replacement gitu. Kalau korang minum, insyallah rasa kenyang takde la kebulur memanjang. hahaha.... Latte dia sedap tau! Ako suka minum panas-panas.

Semua yang berkenaan produk dia, korang bole baca kat website -->>  https://www.avenys.com/


credit photo from website

Haa ini la produk terkini yang diorang lancarkan masa 30hb aritu. Gel mandian Douche.
Ada 5 jenis shower gel. Wangi-wangi semuanya. Ada bau "rose paradise", "Twilight Bliss", "Autumn Kiss". "Sea Breeze", "Midnight".


Ini plak produk yang paling laku keras tau! Set "rose skincare". Rata-rata pengguna avenys cukup suka produk ni. Ako belum lagi nak try hahha. Niat di hati ada gak nak cuba tapi memandangkan ako tengah pakai produk lain, so macam takut plak nak tukar-tukar produk kulit ni. Tapi mana le tau tetiba terbuka plak hati nak cuba, nanti ako review hahaha..


Taaaddaaaa berebut orang nak bergambar dengan founder dia ni. Memang flawless dan cantek kulit aleeya. Uyum kemain excited... Dok bercerita sepanjang balik... Dia memang suka tengok video video kat youtube avenys / aleeyazailan ni. Suka tengok celoteh diorang laki bini. 


Dapat juga bergambar ngan Eva dan Aaron, anak sulung ngan no 2. 


Nak bergambar ngan si comel Alicia ni kemain payah. Dia tak suka nak bergambar ngan orang ramai.


Hahahaha Uyum cakap dia nak try makan suplement tu. Dia siap tanya, "kalau makan ni esok kulit dah jadi putih la ye?" hahahaha.. adoi la uyum , sejak bila ko nak jaga penampilan kulit wajah tu. Tak pasal-apasal melenting omak eh hahaha.. laarikkkk... Nina lari dulu, box tu nina kena sembunyikan. Kalau tak konpom habis uyum minum 😅

Untuk yang berminat nak kenal-kenal ngan aleeya zailan, 
bole la join IG or FB 

Best layan live diorang ni.
Kekadang memalam buta pun diorang buat live hahah.. tak tido ke diorang ni ek? haha

Cerita pasal ayah aleeya, Tok Jelan...
Salam takziah untuk arwah Tok Ajis bapa Bigbos yang baru kerahmatullah masa diorang buat umrah baru-baru ni.

Semoga Aleeya dan Avenys terus success!!

Nota Jemari:  nak tido jom minum OJD, konpom esok bangun terus membuang 😁

Post a Comment

13 Comments

  1. Uyum kata nak jadi tentera marin, tapi nak kulit putih peloles hihi... kompius aunty :P

    ReplyDelete
  2. Pertama kali saya tau pasal produk nama Avenys dan founder nya ni.
    Comel sungguh Alicia.

    ReplyDelete
  3. Seisi keluarga pengasas ada ya. Bagusnya layan orang datang kedai.
    Macam pernah baca Avenys ni daripada blogger Suraya itu kan?

    ReplyDelete
  4. mmg seronok tengok celoteh dia suami isteri kat youtube bila memasak. Org dah kenal dia dgn sisi lebih baik selepas viral pasal kes B40 dengan Vivy beberapa tahun lalu.

    ReplyDelete
  5. Wah...Uyum...SA kan sebelum ni pernah beli showe gel tu...memang best bau dia cuma tu la..harga dia sedikit keras tapi rasanya nak beli la shower gel tu nak buat hantaran...mesti lawa kan..sebab botol dia nampak ekslusif sangat...

    ReplyDelete
  6. comel aje uyum rasa nak peluk2 aje

    ReplyDelete
  7. hebat uyumm..kecil2 nak kulit flawless..auntie ni guna bedak sejuk jer...

    ReplyDelete
  8. eh bigboss nampak slim skit la...
    uyum tak putih pun xpe dah ramai peminat ni...

    ReplyDelete
  9. Selalu tengok video masak2 dorang.. wahhhh... Uyum, nak jadi duta kecik ke ni?

    ReplyDelete
  10. pertama kali dgr produk ni...bolehlah riki-riki lepas ni...

    ReplyDelete
  11. Uwaaah puanjaaaang sangaat antriannya ya kak 😱. Bagus berarti produk mereka nih. Tapi memang kalo utk skincare saya pun tipe yg tak suka Gonta ganti, Krn kulit sensitif sangat.

    Cuma kalo body care sering ganti. Trutama suka yg wangi2. Tertarik lah dengan body wash mereka

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com