Salam semua,

Tarikh 28 November 2025
Jalan-jalan cari makan ke Ipoh, Perak.

Awal awal pagi memasing dah excited.
Percutian kami kali ni MAMA n abam Abin tak join sebab ABIN masih mood SPM. Jadinya percutian kali ni bersama kawan-kawan Nina dan juga kawan Aqeem.

Jam 8:30 pagi kita mulakan perjalanan.
Sempat sarapan dulu di RnR sungai Buloh.
Hujan.. kebetulan hujan tak berhenti beberapa hari tu. Agak risau juga mulanya nak teruskan ke idak percutian ke Ipoh ni tapi dengan izinNya, kami teruskan juga. Cuaca kejap hujan, kejap panas, lebat ada kadang tu renyai² je.

Alhamdulilah setelah hampir 3 jam, akhirnya kami sampai di Ipoh dengan jayanya.

Platform Coffee (9 1/2 Cafe) - Harry Potter Cafe


Memandangkan masih kenyang lagi, so kita cancel untuk makan tengahari. Kita terus cari cafe untuk lepak lepak sambil menunggu waktu untuk check-in hotel.

Cafe yang satu ni memang dalam list. Menurut google, ianya terletak betul betul di kawasan Concubine Lane. So dah alang-alang area situ, moh le kita usha usha sekeling nya ye.

Hari Jumaat , masih hari bekerja so ingatkan area situ senang la nak cari parking ye. Ternyata sama je macam hujung minggu juga azab nak dapatkan parking kosong 😅

Bila dah jumpa parking, terus kami berjalan menuju ke area concubine dengan yakin. Ya allah bertawaf kami kat situ gara gara tak jumpa pintu masuk cafe patform ni. Padahal 2 3 kali juga da berada di depan kedai tapi sebab kan tiada tulisan platform coffee, itu yang membuatkan kami hilang arah tiba-tiba 🤣


Pintu masuk hadapan ghope gini, camne la orang nak pasan dan yakin nak masuk, ye tak? 😅😅


Sebelum masuk, budak yang jaga cafe ni akan tanya, nak dine in or take away? Harus la kita jawab dine-in. Penat tawaf keliling concubine, harus la kita lepak lama sket kt cafe tu kan.


Wajib order 1 air setiap seorang.


Ruang atas untuk mereka yang dine-in sahaja. Kalau korang setakat nak bergambar, ada pintu keluar untuk ke ruang ootd.

Costume sewa rm10 (termasuk jubah, muffler, topi & wand). Jubah tu boleh share ramai-ramai. So kalau family, tak perlu la nak sewa banyak banyak jubah. Kalau pegi ngan kawan-kawan, maybe prefer sewa setiap sorang kan 😉


Stok jubah, topi semua tu memang banyak dan ada pelbagai jenis saiz. Memandangkan kitorang just sewa satu je, maka nya kita pilih saiz dewasa je la ye.


Mood dia tengah tak helok gara gara kita order air bukan pilihan dia hahaha 🤣🤣 tapi Nina tetap paksa dia untuk satu pose di situ. Dan hasilnya tergambar la muka yang masam mencuka di situ 🤪


Geng Herry Poter haha..🤣



Korang boleh tunggu sampai air siap or korang boleh naik dulu tunggu kat ruang atas. 



Sementara tunggu air siap, jom le kita usha usha ruang atas ni. Awal tadikan dah sewa jubah, so time ni la kita ootd jap dengan jubah tu. Of coz budak ni over excited la kan. 






Layan je la aksi aksi boodak debab ni haha. Honestly, ako pun x sure dia kenal ke idok si harry potter n geng ni 😅😅 tapi bila soh pose, dia layan kan je la.




Lama juga kitorang lepak kat sini. Memang puas hati la dan kebetulan tak ramai plak orang yang nasuk cafe ni. Jadi memang tak rasa crowded dan rimas la kan.


Next time ada rezeki kita singgah lagi ye 🥰

Kuma Rainbow Cheese Toast


Pernah nak cuba Kuma Rainbow Toast tapi memanjang tak kesampaian. Alang-alang kita dah ada kat cocubine lane ni, mari la kita cuba. 


Order kat luar pastu boleh lepak kat belah dalam. Jangan lupa redeem air sekali. Toast ni combo beserta dengan air.

Ok la not bad. Kena makan panas panas baru syiok... sorry eh ako lupa harga toast tu 😅





Ruang menunggu yang cozy...  ada pelbagai jenjenis kerusi buai. Kebetulan waktu itu tengah hujan, so memang chill la kita lepak lepak je kat situ sambil selfie² k.

Ampang Superbowl @ Ipoh parade


Dah setel area concubine, kami ke Ipoh parade. Tujuan sebenar nak ke supermarket cari barang makanan snek untuk dibawa ke airbnb. 
Kami lunch dulu kat situ, then budak-budak ni ajak main bowling. Ini memang takde dalam list itinerary kami ye haha.


Strike ke idok, janji gaya kena ada haha.



Cukup 3 games, moh la kita balik. Agaknya bertahun tak main, tambah plak kita bukan nya pro sangat kan, tangan pun kemain sakit dibuatnya😭

Yang lelain memang gian dan excited , padahal me.asing pun baru first time pegang bola bowling hahaha.

Check-in The Horizon Ipoh


Jumpa airbnb ni kat agoda. Dapat plak harga yang berbaloi, maka nya cepat la kita booking.

The Horizon, Ipoh nama nya.
Terletak di 41, Lebuhraya Fair Park, Taman Fair Baharu, 31400 Ipoh, Perak.

Area ni banyak kedai makan dan juga ada farmasi, 7 eleven berdekatan (walking distance je).


Yang best nya, rumah ni sebiji macam yang terdapat dalam posting agoda. So kami puas hati la. Kelengkapan dapur, periuk, air coway pun ada. Pinggan sudu dah siap tersusun atas meja makan.


Bilik tidur ada 3, bilik air ada 2 (termasuk 1 dalam master bedroom).


Ruang tamu pun tak besar tak kecil. Just nice untuk melepak. Even nak tido kat situ pun cukup luas.

Kami menginap selama 3 hari 2 malam.

Cuma yang tak bestnya laluan ke parking sangat la sempit😅😅 . Psst carneyz, if awak rasa laluan parking rumah awak tu dah sempit, yang horizon ni lagi sempit. Mula memang rasa nak nangis sbb takut x lepas haha..

Cukup 3 hari, jadi expert sudah ako kat situ 🤣🤣



Belah petang plak sesi membasahkan badan. Walau tengah hujan rintik rintik, tetap la memasing nak terjun gak. Pool dia memang cantek, terletak paling atas sekali. Pnjang memang panjang haha mampu dok berenang renang kat area sama je 🤣🤣 Kita plak seriau sebab di hujung belakang diorang tu betul betul tepi sangat dah tu. Tinjau kebawah mau gigil. Biasa la kan naluri #mak² sangat hahah...

Ipoh Night Market

Rasa tempat ni baru juga la bagi ako. Sebab sebelum ni macam x perasan plak kewujudan nya. Waktu operasi dari jam 6:30 pm sampai 12:30 pagi.



Apa yang ako boleh kata kan, night market ni macam ala ala uptown, tempat dia sangat luas. Parking lot pun banyak sangat. 

Terdapat deretan gerai gerai makanan sampai kami pun rambang mata nak pilih yang mana. Konsep ruang makan terbuka, kipas yang besar jadi tak terasa bahang or panas kawasan makan tu. Dari segi harga bukan harga pasar malam ye tapi standard harga uptown. Haha korang bole bayang x harga nya mcm mana😅😅 overall ako rekomen tempat ni.






Tempat games or aktiviti lain pun banyak. Go kart, bumping car, bukan itu je tau, ada juga macam mainan kat fun fair tu. Marry go round, lebih specific lagi dia macam outdoor playground. So semua orang pun bole enjoy sekali, tua dan muda.

Boleh tengok video ni


Kalau korang ke Ipoh terutama cuti cuti sekolah ni, boleh la masukkan destinasi Ipoh Night Market dalam list planning korang.

Ako yakin, anak anak korang mesti suka 🥰🥰

Nota Jemari: Hari pertama di Ipoh, sangat enjoy