Suatu pagi dapat sms dari adik ako yg kat batu pahat tu.

Adik: ko ada tengok JJCM tak 2 minggu lepas?
Ako: Tak, nape?
Adik: nak ajak g kedai makan satay tu. Ko tahu x?

...dan tiba2 hotak ako terpikir kan sesuatu.
Ekceli b4 dapat sms adik ako tu ako ada terbaca kat blog tipah pasal kedai satay tu. So ntah mcm mana ako men agak je la kedai yg adik ako maksud kan itu adalah kedai yg sama dak tipah tu pegi.

Ako: Ako rasa ako tahu kot kedai tu. OK nanti kita pegi malam esok.

...dan terus ako menanyakan dak tipah lokasi sebenar kedai itu. Tapi masih tidak dapat membantu sebab dia pun x tahu nak xplain. Sudahnya jenuh gak la ako menGOOGLE kedai itu. Cari punya cari, kebanyakkan mereka yg bercerita tak mention exact lokasi. Sebab apa ek? Sebab setelah pegi ke sana, ako sendiri x tahu nak xplain lokasi itu. Tapi klu ko mmg familiar area pandan, ha mmg senang la nak cari. Ekceli tempat itu adalah senang bebanget nak mencari.

Malam tadi seperti yang diwar-warkan, ke sana la kami sekeluarga adik-beradik. Oooo kedai itu terletak di kawasan perumahan. Betul2 di hadapan jalan utama yang sentiasa penuh ngan kenderaan. Maka, harus la berhati2 mau parking. Sentiasa awas, kiri dan kanan kowang! Dan signbod adalah sangat2 x nampak. Malap!! Seb baek la mata ako sangat tajam di dalam suasana suram kelam itu.

Rata-rata kowang sampai sana konpom akan snappy itu signbod. *wink*

Masuk-masuk je kawasan itu kowang dah nampak mereka sedang membakar satay2 yg banyak sekali. Mereka masih menggunakan cara lama untuk membakar satay2 itu. Ye la zaman skrg ni owang kipas sate guna KIPAS LETRIK bukan guna KIPAS TANGAN, betul tak?!!

Shai oo shai, ako dah promote sket baju yang ko bagi tu. Ok sangat menepati citarasa ako!!

Speciality kat situ opkos la SATAY!!
Secucuk klu x silap ako 60 sen atau 70 sen. Erkkk kurang pasti sbb bkn ako yang membayor nyer. hehehe...

Ako sangat2 suka satay itu.
Besar, lazat, lemak dan berkrim. Pasti disukai ramai!
Erkk mcm tagline iklan pulak kan. wakakakakakkaa.
Dan yang paling ako suka sudah semestinya kuah satay itu. PEDAS!!!! nyummyy....

Selain satay, satu lagi speciality kat situ adalah "MI REBUS BONDA" yang berharga RM6 semangkuk. Erkk.... walau pedas tapi ada sedikit manis kuahnya. Membuatkan tekak ako ok-ok je la nak menelannya.

Kami mengorder air buah.
Laici, asam boi dan juga tembikai.
Air sangat2 OK!!

burlpppp.... licin!!
Sedap hingga menjilat lidi.
muahahaa...

Ini adalah pemandangan di dalam umah.
Kowang leh pilih nak makan kat dalam umah atau kat luar sahaja.
Klu kat dalam opkos la kena makan bersila.

Dan malam tadi ako ke sana, sangat la ramai nya owang ke situ.
Ingatkan malam2 hari bekerja, owang takkan ramai. Tapi tekaan ako meleset. PENUH!!

Pemes jugak la tempat itu kan.

Sebagai bukti kedai itu sudah masuk rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN.

So kowang, lenkali kita leh melepak kat situ plak ye. Ala, klu ada port baeekk untuk melepak, apa salah nya share ngan kowang kan!! Ako x rugi pape pun malah untung jauh sekali. Cuma kePUASan berkongsi tu yang penting.

Ingat slogan kita?!!
Apa yang penting?
K.E.J.E.R.S.A.M.A!!!!!
(erkk ada kena mengena x ek?)

yeezzaaaaaaa.......

Nota Jemari: psstt lin, nanti ko turun KL, kita ramai2 terjah itu tempat, OK!!