Salam,
Arini ako nak citer pasal facebook @ FB.
Erm... masa awal2 pendaftaran mende alah ni, ako excited la juga. Apa tak nya, selain frenster, kat FB juga la ramainya kengkawan skolah ako bertenggek dan melepak.

Sebab mende yang elok better kita share ngan kengkawan, maka ako menginvite le kengkawan yang belum ada FB lagi. Ada la beberapa orang yang menyambut baik pasal FB ni tapi ada juga yang mention FB ni cam leceh dan x best. Fine!

Tapi kowang jangan x tak caya, mereka yang cakap FB ni tak best dan susah la yang mostly bertenggek lelama kat FB skrg nih.

Ha tu la owang tua2 cakap, tak kenal maka x cinta. Jangan benci sesuatu itu sebelum mencuba. Nah, bila dah cuba, bila dah faham, ko plak yg lelebih bertenggek kat FB. muahahahaa.... gelak gelak beso ako dibuatnya. Oppssss adakah kowang terasa??? Oh..... ako x refer kat sesape, cuma secara random aje penulisan ini.

Ye ye dulu ako minat sangat2 melepak kat FB tapi lately ni cam malas sket sbb server nak masuk FB adalah sangat2 slow. Ooo tak tahu la tempat kowang, tapi kat opis ako, kat umah apatah lagi mmg keLEMBAPan itu dirasai. Klu nasib baik, adalah terpacak ako di situ. Ikut mood, cuaca dan keadaan semasa. ahahhaha...

Pape pun, FB ke frenster ker, sumer nyer tempat kita nak cari balik kengkawan lama. Tak gitu?! So, jangan cakap x suka. Rasai dl pengalaman bermesra2 di satu2 tempat, dah rasa dah tahu baru leh komen!

Nota Jemari: thanks frens!!