, , ,

JB, here we come!!

Salam....

Adeh kepenatan dibuatnya.. Laju giler si Sri ni bawa kete. JB-KL 3 jam saja sudah jejak kat KL. huh??!! Ok seb baek x rasa pape. Ngeri gak! hahaha aniwei tq Sri sebab tolong drivekan si putih tadi. 

Planning mau bercoti je JB memang last minit punya plan. Tak mention kat sesape pun. Ako hangkut si Sri jadi peneman di kala buhsan memandu si putih. Bertolak dari KL lepas opis hari Jumaat lepas.


Tersangkut kat highway Seremban. Dengar kat radio ada kemalangan antara lori ngan treller. Ooo kemalangan itu memang sudah berlaku ketika kami mula bertolak dari KL lagi. Jam jangan citer la kan, mmg sudah berderet2 kereta beratur kat highway. "pssttt Sri, ako memang pemandu berhemat" :-D

Kami sampai betul2 di area Bkt Indah lebih kurang jam 11 malam. Agak surprise juga la sebab ghope nyer si shai pun sama2 turut turun ke JB aritu itu juga. Lorrr klu tau bole la bersama2 kita dalam si putih menuju ke JB ;-)

Takde apa yang menarek malam itu. Memasing kepenatan. 


Keesokkan hari nya, pagi-pagi hanya melepak kat umah je. Memasing tak tau mau ke mana. Ater tuan umah pun ada hal yang hendak diuruskan. Sementara itu, mereka yang lelain sibuk buat hal memasing. Contact Teacher Huda, ajak melunchkan diri bersama2. Maka, berjanji lah kami untuk bertemu di Danga Festive Mall.




"psssttt teacher, bila mau holiday sama2 ni???"


Dan memasing cam x tau nak melantak kat mana, so secret recipe je la menjadi pilihan. Pasni harap mau berjumpa kengkawan lain plak. Kata, sudah ramai muncul kat FB so apa lagi kowang, jom arr gathering!!

Nota Jemari: sonok jumpa kawan
Share:

2 comments:

  1. Salam retna...Jangan laju2,nnt kene speed trap...Uwa....sy sudah kene... Gilo...

    ReplyDelete
  2. salam.. hehhe tu la kita pun pernah kena gaakk..

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.