"Eh wanginya ko! Pakai perfume apa ye?"
"Wangi eh?! Heheh tu la dulu ako tak suka bau ni."


Terus dapat idea nak hapdet blog. Haahahaha bagus gak kan. Dengan satu soklan jer dah bole buat satu entry.

Ye ye saja la nak kongsi ngan kowang wangian-wangian yang pernah ako pakai.

Dari awal pembabitan ako mengenali wangian, ini adalah wangian pertama yang menarik minat lobang idong ako. Siyes, ako memang sensitif sket bau-bauan ni. Silap wangian yang menusuk idung, pasti akan membuatkan kepala ako pening. Alhamdulilah, masa mencuba wangian kat atas ni, idong terus memberi respon yang positif.

Lama juga ako pakai wangian jenis tu. Ghasenya sejak lepas SPM sampai la ako dah bekerja, masih lagi setia dengan wangian yang satu tu.

Pastu adalah sowang hamba allah ni telah menukarkan wangian pertama tadi kepada yang ini pulak. Nasib baiklah idong ako memberikan ransangan dan respon yang baik. Maka berubah arah la ako dari wangian kaler pepel kepada wangian kaler ijau ni.

Kemudian, terasa inginkan perubahan lagi, mencuba plak wangian seperti dalam gambar.

First impression, 'SEJUK!'
Ye ye bersesuaian dengan nama nya iaitu 'cool water'.
Bila pakai terasa sejuk dan nyaman jer.

Tukar lagi.
Bau yang satu ni macam bau buah-buahan sket.
Sejuk dan nyaman juga.
Macam bau ala-ala makan chewing gum gitu.

Ini pertukaran pada tahun lepas.
Limited edition gitu.
Sebabkan ako suka bau yang lelaki punya so tetiba tingin plak nak try yang pompuan punya bau. Kebetulan masa nak beli tu, produk tu tengah mempromosikan yang limited edition punya.

Sebab budget masa tu ciput jer so terpaksa la beli botol yang setaraf dengan kemampuan wang saku ketika itu. Sedap! Bau buah-buahan juga.

Tapi sayang seribu kali sayang, nama pun limited edition maka, keluarannya pun adalah terhad. Nampak gaya nya ntah bila lagi la akan kuar wangian yang satu ni kan?!

Dan buat jawapan soklan kawan ako tadi.

"Wangian ni lah yang ako pakai sekarang ni. Wangi kan?! Dulu tak suker tapi sekarang jadi igauan plak!"

Terima kasih sangat-sangat kat owang yang memperkenalkan wangian ni pada ako. Sangat sangat dan sangat sangat SUKA!! Pandainya memilih .. :-)

Yang ni? Hehhehe murah je dalam RM5.
Percaya tak?
Tak caya?
Iskkk kedai yang jual perfume murah ni ada kat Medan MARA.
Klu nak cuba, sila la jenguk ke sana ya *wink*

Nota Jemari: jangan sampai terlebih wangi ..