Ako terbaca artikel ni kat dalam harian metro online.
Macam menarik plak nak kongsi ngan kowang sumer.
Ye la kan slalu nya owang bagi hantaran ni barang-barang gadget etc.

Klu mereka tu kurang mampu nak bagi barang-barang gadget ni, apa kata kowang bagi hantaran berupa buku. Tak kisah la buku jenis apa pun asalkan menarik dan berguna untuk bakal penerima.

Jom baca artikel ni.

TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini penggunaan barang berteknologi seperti telefon bimbit, kamera digital dan komputer tablet memecah tradisi dalam pemberian hantaran untuk perkahwinan. Bagi pasangan yang inginkan kelainan, pemberian buku juga dilihat sebagai unik, jarang digunakan serta bermaklumat untuk pasangan.

Menurut Zaifie Zainal daripada Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, sejak menjalankan rundingan perkahwinan lima tahun lalu, seiring peredaran semasa hiasan hantaran juga berubah mengikut perkembangan teknologi. Sesuai perubahan zaman pemberian barang seperti telefon bimbit, komputer riba serta buku dilihat sesuatu yang unik dan menarik perhatian. 

“Penampilan hantaran lain daripada lain pastinya memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Ini kerana selain pengantin, barang hantaran sering menjadi tumpuan utama dan ditunggu-tunggu tetamu. Hantaran yang menyerlah tentunya menjadi ikutan untuk majlis seterusnya,” katanya.

Bagi menampilkan kesederhanaan, hiasan perlu ringkas namun memenuhi tema. Pastikan buku digunakan tebal dan lebih daripada satu, seeloknya lima buku. Ini kerana ruang digunakan dapat memenuhi alas dulang ditambah hiasan bunga segar dan riben penambah seri.

Untuk menambah kemasan pastikan buku disusun secara berdiri mengikut ukuran besar dan kecil. Kemudian ikat riben mengikut cita rasa masing-masing.

"Terima kasih Zaifie Zainal Creation Bridal Gallery, Cheras Kuala Lumpur atau layari laman sesawang www. zaifiezainal.blogspot.com"

Nota Jemari:  Sumber dari harian metro online ... Sharing is caring ;-)