Followers

Wednesday, May 2, 2012

NZ Trip: Gondola @ Queenstown (Day 5)

Panas!
Eh dah jam 3 petang (waktu tempatan).
Penat terasa. Lapar pun iye juga.
Lepas selesai canyon swing, memasing plan kita balik ke hostel dulu.
Bersihkan badan, solat dan yang penting makan!!

Lebih kurang jam 4 lebih, kita pun kluar untuk aktiviti seterusnya.


Jalan-jalan tup-tup ternampak pokok daun maple ni.
Sebab sepanjang kitorang ada kat sana, ini lah pokok pertama yang kitorang jumpa berwarna sedemikian. Walhal, minggu yang kita ada kat sana adalah minggu terakhir musim luruh. Tapi daun-daun macam baru je nak masuk musim luruh.

Warna daun nya ber ton-ton.
Cantek sesangat!


Moh kita naik gondola.
Erkk ala macam kat genting tu ha.
Klu teringin nak tengok pemandangan seluruh bandar Queenstown, bole la naik gondola ni ye.
Memang terletak betul2 kat ujung atas bukit. (rujuk map kat bawah ni).

Klu susah2 sangat, kowang tanya je kat mana letaknya KUBUR!
Ha konpom kowang x sesat punya hahaha.
~info dari carian google~


Walau panas terik tapi takde la terasa sangat.
Kira suhu nya cam "suam-suam kuku" la gitu.
Kat sana, tak yah la kowang gatal-gatal nak drive. Coz sumer tempat-tempat nya dekat-dekat sahaja. So jalan kaki sudah. Sambel bersenam sambel hirup udara segar.





Kiwi Birdlife Park.
erkk kitorang x masuk pun.
Amek gambar sudah kat signbod nya.


Orait, we're here.
Skyline Queenstown.
Kowang leh baca info-infonya kat sini k.

Ok masa untuk beli tiket.
Ekceli memula kitorang tak plan pun nak sampai ke Gondola ni.
Tapi ntah macam mana last-last terjebak juga naik sampai ke atas.

Harga tiket nya berbeza-beza.
Harga gondola sahaja ialah $25 seorang. Tapi klu kowang plan naik luge, so better beli tiket harga gondola plus berapa kali kowang nak naik luge tu. Rujuk harga kat bawah ni k.

Lagi banyak kowang naik luge, maka lagi untung la kowang bayar harga tiketnya.
Tapi sebabkan ako ni kan tengah kekurangan tunai, maka memula tu ako plan amek satu kali luge je coz luge ni pun ako dah pernah naik masa kat Singapore dulu. Tapi atas perbincangan sesama mereka, maka kami setuju tuk beli tiket dengan 2 kali naik luge.

Sekurang-kurangnya, klu rasa x puas sekali, adalah percubaan kali kedua plak kan.


Dah, moh naik gondola cepat.
Ala feel-feel macam ko naik cable car kat genting tu je.
Masa ni dah petang-petang so takde la nak berebut-rebut naik gondola.
Ater takde sangat pun orang. Kebanyakkan nya sumer dah ramai-ramai ada kat atas nun.


Dah sampai kat atas!
Ekceli view dia cantek sangat.
Tapi sebab panas sangat, dan orang yang amek kan tu plak cam x reti je, so gambar kat belakang tu cam putih je kan. Jadi la untuk gambar kami bertiga.


Yeehaaaaaa!!!
We're here!
On top of the Queenstown Town.
(eh cer tengok jari kanan ako.. erkk cam cacat plak)


Sibuk dok amek gambar orang kelaparan.
Yeezaa memang tengah lapar juga tu.
So, kita pakat kat atas tu makan ceklat dan buah kiwi saja.
Tak mampu nak beli secawan kopi kat atas tu.
hahaa budget lari maaa... :p


Queenstown view dari atas.



Dah 'kenyang'...
Dah rehat-rehat tengok pemandangan, ayoh kita naik luge plak.
Before tu kena la naik 'cable car' cam dalam gambar untuk naik lagi atas ke tempat luge.

Seriau sket naik mende alah tu pada mulanya.
Coz masa ako naik kat Spore, takde la setinggi camtu.
Tambah plak takde la bawah nya gunung-ganang macam ni.


Luge ni macam ala-ala go-kart. Cuma takde enjin.
Hanya menggunakan stering.


"The Skyline Queenstown Luge is a thrilling ride for all ages and abilities.
Jump on your specialised Luge cart, select your track, then take control as you zoom down the Luge. Then catch the Luge chairlift back to the start zone and do it all over again - once is never enough!

The Scenic track is a leisurely ride with gentle gradient, easy bends, tunnels and dips. The Advanced track has a steeper gradient and is a more adventurous ride with the thrill of banked corners, tunnels, dippers and cuttings.

Please Note: For safety reasons you must complete the Scenic track on the first run of the day.

With our unique braking and steering system, you’re always in control, so you have the power to alter you course or speed at your will. 800 metres of fun, fast-paced freedom, the Skyline Queenstown Luge is a 'must do' activity on your Queenstown holiday!"


Ada dua track.
Satu 'scenic track', dan satu lagi 'adventure track'.
Untuk kowang yang baru pestime nak naik luge ni, so disarankan amek track 'scenic' dulu. Coz track yang ini tak curam and santai je.



Rileks je.
Kowang leh benti je kat tengah-tengah perjalanan turun tu.
Takde sape nak marah cuma klu ramai orang, pepandai la ko park ke tepi sket ye.


Ok ni second trip naik luge.
Kali kedua ni ako guna 'adventure track'.
Fuh... memang adventure tapi lagi seronok!
Pada kowang yang suka drive giler-giler, lagi syiok gunakan adventure track ni.


Bungy Jump kat situ pun ada juga.
Tapi cam takde orang pun yang buat bungy tu.


Lake Wakatipu.
Tasik terpanjang di New Zealand dan yang ketiga terbesar.
Berlatar belakang kan Remarkables.


"The Remarkables are a mountain range and skifield in Otago, South Island of New Zealand. Located on the southeastern shore of Lake Wakatipu, the range lives up to its name by rising sharply to create an impressive backdrop for the waters. The range is clearly visible from the nearby town of Queenstown.
High point in the range is Single Cone (2319 metres) with Ben Nevis (2230 metres, named after the Scottish mountain of the same name) a little further south in the Hector mountains.[citation needed]The mountains were allegedly named The Remarkables because they are one of only two mountain ranges in the world which run directly north to south.[citation needed] An alternate explanation for the name given by locals is that early Queenstown settlers, upon seeing the mountain range during sunset one evening, named them the Remarkables to describe the sight." - wikipedia



Masa kat atas sana, ada plak yang tengah bersiap-siap nak buat aktiviti paragliding.
Si bapa dan anak kecil. Comei juga tengok budak tu beriye2 nak buat xtvt ngan bapak dia.
Ako takde la buat xtvt yang satu ni, ater ahkak tak mampu.


Dah puas berada kat atas sana, masa untuk pulang ke bawah plak. hehe..
Nampak cam lengang je kan pekan Queenstown ni.
Waktu ni dah jam 7 petang klu x silap. Dah nak waktu senja.
Orang-orang kat sana ni, waktu senja2 ni sumer pakat dok dalam rumah dah.
Klu ada pun yang berkeliaran, kebanyakkan nya tourist macam kitorang ni.
Cuma kat Queenstown ni, waktu malam masih 'bernyawa' lagi ar coz time2 ni la pub-pub akan penuh ngan orang.


Dinner time!
Memang plan malam tu nak makan fish n chip.
Kitorang order satu je dan share berdua.
Portion dia memang banyak. Klu makan sorang memang muak la kan.
Plus kita tambah extra sotong goreng tepung.
Harga dedua sorang kena bayar $9 sahaja.



Gerai dia terletak kat hujung jalan berhadapan dengan pantai.
Kecik je gerai nya tapi itu je la satu-satu gerai yang menjual fish n chip.
Sorang je pekerja nya.
Dia la amek order, dia la jadi cashier, dia la tukang masak.
Tapi servis sangat cepat.


Waktu senja.
Hajat nak makan depan tasik ni.


Cari dan cari tempat mana yang sesuai untuk melepak.


Dan akhirnya kami memilih untuk melepakkan diri kat belakang kedai makan di situ.
Masih tetap menghadap tasik.
Sambel dibuai angin tasik.
Sejuk!


Khusyuk betul kitorang makan waktu tu.
Lapar la katakan.
Sedap ikan dia rasa fresh!!

 Sambel dihidangkan dengan lagu-lagu dari band scottish ni.


Malam sudah berlabuh.
Cantek pemandangan waktu malam.
Nyaman je rasa.
Deting pun syiok gak ni hahaha.


Dah kenyang, kita pakat bergambar kat tepi jeti plak.
Banyak ikan-ikan kat dalam tasik tu.



Diakhiri dengan gambar 3 dara pingitan.
Agak-agak boleh wat cover album tak camni?
hahaha

Nota Jemari: last day kat Queenstown...

12 comments:

MrJocko said...

lawa nya pokok-pokok kaler merah kuninggg

retna yusof said...

kan....;)

Danny / John said...

bestkan qtown? takpuas kan duk kat sana? tp kalo lama2 mmg bosan gak. tak sempat nk xplore abes aritu. hehehe.

eh pegi ber3 ke?

retna yusof said...

Danny..
Betul tu qtown mmg best kan!!
Byk xtvt leh buat...cuma kena sediakan uwang yg cukup je la..

Yup pegi bertiga tp yg sorg tu just menten kt qtown sahaja

Janggel said...

Canteknya gambar dan pemandangan kat sana tu..Daun siap kaler berton-ton!

Hmmmm takda rejeki lagi nak sampai sana. bertabahlah...kekeke

retna yusof said...

Janggel...
Xpe ada la tu rezekinya nnt :)

Fatt said...

haha...ko ckp takde org nak wat bungy kat situ. ada!!! AKU!!! hahaha....eh kwn ko menten dok ctu? maknanya dia mmg dok ctu ke apa?

retna yusof said...

fatt,
maksud ako, dia hanya gi CHC-Queenstown-CHC sahaja.

Macam ako ngan member lagi sorang, round the south island.

Sis Lin said...

Waaaa bestnya...
OK Tq esok saya sampai la sana..lalalalallaa

retna yusof said...

Lin,
eheemm.. ehemm.. ppsstt nak ber'jemput' x bila dah sampai sana? :p

MasZuber said...

adoiiiii

santeknye gambo..NZ..bila la i ble sampai sana pule..huhuhu

retna yusof said...

Mas,
insyallah one sweet day pasti sampai punya ;)