, , , , ,

BusanSeoul Musim Sejuk 2017: Day 8 - 7 Dis (MBC World, Gyeongbokgung Palace, King Sejong Museum, Itaewon)

Semalam dah penat main kat Everland kan, arini kita belajar pasal sejarah pula la ye.
Aktiviti arini nak ke MBC World Theme Park. Nak tengok 'artis', konon nya la kan. Sebelum-sebelum ni ako dah pernah ke KBS, so trip kali ni kitorang decide nak masuk MBC plak.
Mulakan hari ini dengan senyuman.
Jom gerak ke MBC.
Untuk ke sana, korang amek subway dan berhenti di Digital Media City Station (Airport Railroad Express Line), Exit 9. Keluar je dari exit 9, korang jalan je terus ke depan sampai korang jumpa trafic light dan nampak bangunan YTN/SBS.
Kawasan ni memang broadcasting area. So memang nampak la opis cenel-cenel TV dengan harapan kot la tengah jalan-jalan tu ternampak retis-retis korea ke kan.
Tak jauh dari YTN, korang dah boleh nampak bangunan MBC. 
MBC world ni ada admission fee ye.
Dewasa dalam KRW18,000 won
Remaja KRW13,000 won
Kanak-kanak KRW9.000 won.
Nak dapat diskaun, korang cuba la cari kat klook.com.
Nak beli kat kaunter pun boleh. 

MBC ni ada 3 aktiviti zon.
Zon M - lebih kepada hiburan, menyanyi & menari. Ada juga konti radio. Korang leh tengok konsert hologram Big Bang.
Kat dalam tu DJ tengah bertugas. Tak tau la radio mana.
Kata nya kita boleh tukar-tukar baju kat screen ni tapi digital la ye. Soh moh la kita cuba. Tapi ada masa tau nak snap gambar tu. Memang la kelam kabut sebab ko x nampak mana nak letak muka, mana nak budget tinggi mana screen tu.
Tak dan nak tukar yang lain sebab derang ada limit masa kat situ. Ermm agak frust sebab bahasa kat screen adalah dalam korea so memang la x paham apa yg dia suruh kita adjust, kiri ke kanan ke..Sudah nya, ha amek jadi camni gambar nya.😭
Kita jumpa Jang Hyuk yok. Ekceli ada je artis lain korang leh sembang tapi ako pilih nak 'jumpa' ngan Jang Hyuk ni. First time tengok drama dia berlakon "Successful Story of Bright Girl" dengan Jang Na Ra. Drama ni femes masa tahun 2002 dulu. Memang melathoppp drama ni. Pastu bila dah 'matang' ni, tengok dia berlakon drama yang matang-matang lagi la tambah jatuh chenta!!!

"Annyeong Jang Hyuk oppa!!"


Yeay, dapat signature oppa!!
 
Wah Minho pun bagi signature juga.
Pastu mula la ko gedik sebab Minho say hi hi...😁
Ada stage ni, ko pilih lagu dari memana artis Kpop, lepas tu ko join ikut derang menari. Part menari ni memang kelaut sungguh. Nak tempek video pun segan hahaha... Dia soh ke kiri, ako ke kanan, dia soh angkat kaki kiri, ako angakat kaki kanan hahahaa.. Yang ni memang haru sungguh.
Kat VR Experience ni, korang boleh pilih lokasi, jenis cerita apa korang nak tengok. Ako pilih kat lokasi penggambaran. So dia akan bawa kita lihat dengan dekat camne derang shoot filem/drama kat sana. Menarik sebab macam real ko ada kat tempat shooting tu.

ZonB - Kat sini korang bole merasai pengalaman berlakon drama-drama sejarah.
Kawasan ni kat tingkat 3 kalau tak silap. Kuar je lif, korang dah nampak hall penuh dengan pameran-pameran drama-drama popular. Dia ada sediakan tempat shooting 'olok-olok' untuk korang cuba.
Sesape yang minat drama berunsurkan sejarah, konpom teruja nak melepak kat area ni.
Ha jom kita shoot drama. Agak-agak drama apa yang sesuai? haha
Omooo..... sorry Ibu!! Oppsss... kakak is taken already!! hahaha

Tengok pompuan gedik tu tengah cari calon, kemain gedik lagi dia ye hahaha..

Zone C - zon ni korang leh tengok entertainment show yang ada kat MBC, contoh macam rancangan "We Got Married".
Memula ako ingat ni show running man tapi bila belek-belek balik, team member lain. Ha baru pasan tu bukan nya team dalam running man. Nampak je HaHa dengan Jae Suk terus assume tu team running man.. Adooiii laaa.
Zone ni banyak snap gambar-gambar macam ni.
Dapat bunga dari orang lain tapi ko gedik tido ngan orang lain, dah kenapa??!! hahaha😅
Price Coffee.... sampai ke sudah tak pernah lagi jejak lokasi shooting drama ni. Baca review ramai yang kata cafe ni agak pricey dan agak leceh nak cari lokasi cafe ni. Tapi maybe one day, akan cuba jejak juga.
Tempat ni memang khas untuk korang yang tergila-gila kan K-pop dan K-drama. Memang sangat puas hati walau takde la jumpa artis-artis nya secara betul-betul kan tapi dah cukup membuatkan korang teruja dan berbaloi datang ke situ.
Pompuan ni memang tak abis gedik dia lagi hahhaha...
Korang leh cuci terus tau gambar-gambar yang korang snap kat sana. Kalau tak nak beli, korang bawa  thumbdrive sendiri. Boleh transfer je gambar dari mesin tu secara PERCUMA.

Dah selesai sesi beramas mesra dengan 'artis', jom kita gerak ke Gyeongbokgung Palace jap. Nak tengok pertukaran pengawal memang tak sempat dah masa tu. Just snap-snap gambar depan istana je la.
Eh ada salji la.... canteeekkk!!!
Pastu kita jumpa pakcik ni kejap. Sian dia, bertahun asyik dok atas tu, gaya camtu juga hahaha..
Pakcik tadi pesan pi masuk muzium, dia soh kita belajar tulisan hangul. So kita pun menurut perintah dan akhirnya berjaya juga tulis nama kita sendiri dalam hangul. Yeehaaaaa!! Terima kasih pakcik sebab bagi semangat kat kita untuk jengah kat muzium King Sejong & Laksaman Yi Sun Shin. Tak jauh pun dari tugu pakcik tu, kena seberang jalan je k.
Samada korang nak tampal nama korang kat situ atau korang boleh je bawa balik kertas nama tu sebagai kenangan.

Dah puas tengok-tengok dan baca sejarah korea, perut rasa lapar pulak. Kita lunch kat Itaewon aje la. Alang-alang boleh singgah solat kat mesjid itaewon.
Kuar exit 3 dari Itaewon Station, korang menghala ke arah masjid. Korang akan jumpa Restoran Siti Sarah kat simpang tiga. Ikut arah ke masjid sampai hujung jalan. Restoran MAKAN ni berada di sebelah kanan selepas simpang masjid. Nasib baik masa kita sampai, orang tak ramai sebab kedai nya takde la besar sangat.
 
Harga menu pun standard je, takde la mahal. (sila jangan convert to RM)
Kot ada yang mengidam nak makan beriayni, boleh la cuba kat restoran ni.
Bachan @ Banchan adalah satu kemestian kat sana. Banyak juga pilihan nya.
 Braised Chicken Stew - KRW10,000 won
Nasi goreng ayam - KRW10,000 won
Alhamdulilah kenyang sesangat.
Sebelum terbang ke Korea, ako ada tengok satu rancangan tv ni pasal travel to Seoul. Lupa la nama host dia. Dalam rancangan tu diorang ada promot kuih tart kat Tartine ni. So ako pun macam teringin gak la nak merasa. Maka nya kita pun gigih la mencari lokasi bakery ni. 
Kitorang sempat menapau "ayam goreng spicy" dari Restoran Makan. Nak la juga fefeling ratah ayam goreng memalam buta kat korea kan. Memang tercapai la hajat tu cuma tak de la nak makan kat atas bumbung rumah macam dalam drama tu kan. Seriously, ayam dia memang sedap!!!!! 

Nota Jemari: Dah nak sampai ke penghujung percutian.....
Share:

No comments:

Post a Comment

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.