, , , , ,

Bangkok Trip - Last day (29 Jan 2019)

Hari terakhir di bumi Siam.
Pagi-pagi selepas sarapan, kami masih lagi gigih menyopingkan diri di saat-saat akhir.
Dah kata pasar pagi di Pratunam sangat la mur mur.
Maka nya moh la kita jengah sekejap ke pasar pagi tu.

Kami ada booking shuttle van untuk ke Airport jam 10:30 pagi.
Masih ada banyak masa lagi ni, sementara nak tunggu van sampai.
Kami dah sesiap check out.


 Van sangat awal. Pukul 10 pagi dah terpacak kat depan lobi.
Kami minta tunggu kejap sebab ada lagi barang belian yang belom dibeli.
Nasib kami baik sebab dapat driver yang sangat sporting.
Dia pun tak kisah kena tunggu lagi sebab kata nya, perjalanan ke Airport Don Mueng takde la jauh sangat.

Pucuk dicita ulam mendatang... sekali hameeekkkkk!!!
Bapak penuh satu van.

Masuk je epot terus cari wrapping luggage.
THB150 any size luggage.


Luggage yang berserabut tadi dah nampak kemas sket kan.
hhahahaa... 


Since kami di Don Mueng Airport, gigih la mengugel tempat halal yang boleh kami melepak sambil mengisi perut. Terjumpa dalam gugel, kioks Au We White Coffee ni yang terletak di sebelah Gate 24 International Terminal..


Semua pun nampak melazatkan.


Air wajib kami.
Thai Ice Tea yang sangat superbbb gila sedaaaaaappp!!!!!!!
Weii seriously memang recommended sangat tuk makan kat situ.


Nasi goreng cina yang tak pedas. Yang lelain semua nya pedas melaha....


Ayam goreng dia pun sedap.


Palingg pedas, nasi goreng tomyam seafood.
Perghhh ni memang tak cukup thai ice tea tadi. Mau kena order lagi segelas tu.


Kue teow goreng dia pun pedas!!!
Tapi pedas-pedas pun semua nya sedap-sedap belaka.


Untuk korang yang mencari kedai halal kat Don Mueng, boleh cuba kioks Au We White Coffee ni. Sangat rekomen!!


Menikmati juadah akhir di bumi Siam.


Babai Bangkok... till we meet again.
Mau repeat tak??

Hahhaa of course, ako pasti akan kembali.
Tunggu!!

Nota Jemari: berakhir juga..... next trip kemana kita?!
Share:

2 comments:

  1. Kalau bab nak balik nak menimbang tu, waduh memang seriaulah hahahaha..
    Next trip i nak istoqomah dan pasang niatlah hahahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bole ke istiqomah dalm bab menyoping tu 😝😝

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.