, , , ,

Family Trip 2019 : Langkawi Hari Kedua (1 Feb)

Hari kedua ni santai-santai je.
Hari untuk soping!!


Tapi before kita kuar , Uyum nak terjun kolam dulu ye.


Dah puas terjun kolam moh la kita cari sarapan. Asalnya member rekomen kedai nasi lemak Atan ni. Tapi google, waze, cari tak jumpa2.

So untuk korang yang nak makan nasi lemak sedap, warung atan ni sederet dengan kondo istana kat pekan kuah tu.
Dekat simpang masuk ke jln Pandak Mayah.. lepas sikit dr Kondo Istana tu


Bila google terus nya dibawa kitorang ke kedai Pak Atan yang ini. Memula ingatkan dah betul dah...sekali bila dah duduk, baru pasan..ni macam kedai nasi lauk kandar daaaa... Hahahhaa.. dek sebab malas nak cari cari, maka nya kami makan je la kat situ. Korang yang minat nasi kandar maybe ok kot, bagi ok , boole laa. 

Dah kenyang...masa untuk Shopping!!!! Kami tak pegi jauh pun just semua nya belian di kompleks Haji Ismail Group (HIG).





Sesi soping cekelat. Kengkawan pesan, untuk diri sendiri...
Memang rambang mata kalau ada kat situ, rasa sumer nya pun ako nak borong.

Belom lagi part pinggan mangkok.
Usha usha je la. 


Hasil rembatan cekelat, terpaksa beli bag extra hahahaa.... 
Satu bag penuh dengan cekelat dari pesanan kengkawan. Hahaha tak pernah-pernah ako beli cekelat sampai satu bag penuh 😅 Nasib la balik KL naik Malindo. Jadi nya luggage sangat mencukupi.


Kami minom petang di sini. Kata nya femes sangat.
Laksa 'kaw' ikan sekoq kat tepi airport kata nya.
Walau ako bukan la peminat tegar makanan laksa ni tapi singgah la juga sebab dia bukan saja jual laksa semata. Ada juga makanan-makanan lain, so ok la kan.


Macam-macam pun ada. Pilih jangan tak pilih.


Tempat dia best sebab tepi laut. Sambil minum petang, syiok dok bawah pokok sambil rasa angin pantai. #EH pantai ke laut eh? hahaha... 


Ni lah laksa ikan sekoq.
Menarik ke? Ako memang takde perasaan tengok laksa ni hahaha sebab x berapa nak suka.



Tapi ako suka rojak dan juga kuew teow goreng ni.
Sedap!! Ok tahap kesedapan ikut citarasa anak tekak ako la ye.


Kenyang dah!
Jom balik!


Uyum nak posing sikit la...


Kete sewa kami. 

Jalan-jalan sepanjang kawasan Cenang.
Al-maklom, lama tak ke sini, dah banyak sangat perubahan.
Sekarang ni jalan kat Cenang dah sehala ye.
Pastu dah ada lorong untuk food truck.
Lagi sekarang tak boleh nak parking kiri kanan, hanya sebelah bahu jalan je boleh park.

Kami akhiri hari kedua dengan massage satu badan kat area Cenang.

Nota Jeamri: Hahahaha... jalan tak seberapa, dah rasa penat... nampak sangat dah tua hahaha
Share:

2 comments:

  1. nak nangis tengok rega coklat tu...aduiiii murah gilerrr

    laksa ikan sekoq ni pernah gi gak dulu lepas kawen..ok la jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannn bkn je cekelat..brg2 lain pun murah belaka.. nasib xde duit lebih, klu x mau borong sume haha

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.