Minggu ni ako slalu terbangun lewat. So bila dah lewat, ako soh aje adik ako hantar sampai ke opis. Tapi arini terbangun awal la sket daripada biasa, maka tergerak nak soh dia hantar ke LRT Sentul sahaja.
Pagi ni ako yang memandu.
Adik membuta kat sebelah.
Perjalanan dari rumah macam biasa.
Jam, usah cakap la.. cuti skolah ke tak cuti skolah sama ajer.
Nak ke LRT Sentul dari umah ako, ako akan ikut jalan ke simpang Nailis.
Pada yang tahu mana letaknya Nailis Sentul, so konpom leh bayangkan laluan ako tu.
Ok, dari Nailis ako akan terus sampai ke kawasan perumahan.
Akan lalu kawasan macam kampung-kampung sket.
Di bawah satu terowong, kereta bergerak dengan perlahan.
Sambil memandu, sambil ako dok perati kan kereta di hadapan.
Kebetulan 2 kereta di hadapan ako adalah sebuah teksi.
Memang khusyuk ako peratikan teksi tu.
Tak tahu nape tapi tergerak mata ni tak lepas pandang dari teksi itu.
Dan di satu simpang korner, tiba-tiba teksi tu nak membelok ke kanan.
Gedebuk.....
Sebuah motor berlanggar dengan teksi itu.
Paling ako ngeri, yang memandu adalah seorang pompuan.
Dia tercampak ke hadapan.
Adusssss sumer tergamam. Nasib baik lah memasing memandu dengan agak perlahan di kawasan itu. Dan nasib baik juga kebetulan tiada kenderaan di arah yang berlawanan.
Kowang bayangkan, budak pompuan tu dengan baju kurung, tercampak, berpusing dua kali. Tapi alhamdulilah, ako nampak budak tu sedar dan masih bole bangun. Tak tahu lah klu kebetulan ada kereta di hadapan...................... ermm minta dijauhkan!!
Moga budak tu takde kecederaan yang teruk.
Dan harap driver teksi tu lenkali berhati-hati la bila memandu.
Peringatan untuk kita juga, sape kata bawa perlahan eksiden x boleh berlaku?!
Beringat lah!
Nota Jemari: Nasib baik lah helmet budak tu tak tercabut....
Terima Kasih Aunty Ezna
19 minutes ago
5 Comments
panjang umur budak tu kan..kite kalau bawak keta memang doa banyak2..hehe
ReplyDeleteyang perempuan tuuu pemandu teksi atau penunggang motosikal kakRet? kita konfius niii. bila sejuk, hujan, jammed memang akan ada kemalangan. kita pun jumpa kemalangan tadi, tapiii dari arah bertentangan. banyak polis.
ReplyDeletecikgu,
ReplyDeleteaha alhamdulilah panjang umur dia lagi...
ch@,
pompuan tu yg bawa moto, iskk ni musti baca x betul2 ni... klu camne la dia leh terpelanting...
hahaha takkan pemandu teksi yg terpelanting kuar dari kete :p
ish... if i were there, shud tak brani drive dah... seriau
ReplyDeletelily,
ReplyDeletei terbyg2 muka bdk tu tadi.. sian tp x sempat nk tlg,
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com