Pestime ako nak jejak kaki ke Plaza GM ni.
Kowang pernah pegi?
Ha meh sini ako ajar camne nak parking kat situ.
Unik OK!!

Mula-mula sampai punya la tension sebab jalan masuk ke sana adalah penuh dengan kereta berderet-deret. Sesak!!! Bila dah dekat baru tahu, ghopenya mereka sedang beratur nak masuk bangunan Plaza GM.

Tahu kenapa derang kena beratur sampai jadi sesak area situ?
Itu sebab derang semua tengah tunggu lif.
Lif??? iye, lif... !
Lif kereta!
Haaa... kowang pernah dengar lif kereta?
Jom kita naik sesama k.

Nampak tu, lif tengah menaiki menuju ke tingkat 4.

Sabar menanti ye kengkawan.
Skrg lampu tengah merah so kita kena tunggu.
Bila lampu sudah hijau baru kita masuk.

Orait, lif sudah terbuka.
Jap jap jangan gelojoh. Kasi kereta dalam kuar baru kita masuk ye.

Dah masuk.
Jangan lupa tekan butang tutup.

Then, dok dendiam dalam kereta.
Tak yah gatal2 nak kuar masuk kuar masuk dari kereta.

Lif sedang menuju ke atas.
Tak rasa pape pun. Kejap je dah sampai.

Sila kluar dari lif dan terus menuju ke mesin tiket.

Dan mula la mencari parking yang kosong.
Cari dari tingkat 8 hingga tingkat 19....Gurlppppp

Nasib baik dapat park kat tingkat 11..
Seriau!!

Ok dah selamat. Jom soping!
Oh.. sila amek perhatian, plaza GM adalah tempat soping pelbagai barang tetapi harus beli secara BORONG klu mahu dapat rege yang MURAH!!

Nota Jemari: tunggu gaji je arr....