Kan ako citer semalam bahu & kepala ako saket.
So arini punya la gigih ako cari tempat urut.
Dan kebetulan kengkawan nak ke The Mall.
Dan kebetulan juga kat situ ada tempat urut.
Kowang pernah cuba gi tempat-tempat urut macam dalam gambar tak?
Ako gi tempat thai massage.
Sebab ako sowang je pun yang nak mengurut, maka berseorangan la ako melangkah masuk ke dalam kedai itu. Takde orang, gerun juga tapi selamba je arr ako melangkah masuk juga. Erm x reti cakap melayu hatta omputih ciput ciput ajer... Owang thai betul!
Sebab ladies katanya, dia soh masuk lam bilik.
erm ako nampak ada 3 katil bujang..
Then sorang laki thai bagi sepasang baju kat ako.
Aiyo... gabra gak then baru paham kena tukar la, pakai baju dia bagi. Ye la kan kata nak mengurut kang kotor plak baju kita ngan minyak urut dia kan..
Dah tukar baju, masuk sowang pompuan.
Dia sok baring atas katil. Eh silap silap bukan baring tapi menelangkup.
Kekdahnya ako just soh massage bahu je pun.
Takpe arr dah soh baring, ako baring arr...
Dia picit je bahu ako, maakk aiiiii dia punya saket tak terkata dah!!
Giler siyes saket yang amat sangat!!!!
Sampai ako terpaksa arr gigit bantal..*haha tipu*
saket memang saket laaa, dah pelbagai memek muka dah ako buat dok tahan saket. Klu kowang rasa kowang bukan jenis yang boleh tahan saket, better jangan sesekali cuba massage thai ni ye. Konpom patah riuk tulang kowang kang. Seb baek la badan ako yang gedempol penuh dengan lemak-lemak ni masih boleh bertahan lagi.
Thai massage ni lain sket dengan urut tradisional melayu kita.
Derang banyak menggunakan lengan dan siku.
Memang power SAKET punya arr!!
Kan memula ako cakap nak urut bahu je, dia gi bantai urut satu badan ako.
Dengan montot, dengan kaki dengan kepala dan yang tak tahan tu dengan tinger-tinger ako sekali dia urut. Lawak tul tapi part lepas dia urut tinger tu, tetiba dia tutup tinger ako. Aiyo giler saket woo... ko banyangkan udara takde terpaksa ako nganga molot kasi udara kuar masuk. Baru la rasa lega sket. Aishh apa la motipnya kan?!!
Dah abesh satu badan, dia soh duduk.
Ako ingat dah abesh.
Then alih-alih dia soh baring plak.
Wah dia massage kepala ako plak.
Serabai mabai dah rambut dibuatnya.
Akhir sekali dia kelepek kaki ko, dia kelepek tangan ko..
Dia tolak kepala ko.. ishh x reti ako nak soh kowang bayangkan macam mana..
Kesan nya, konpom memang merah-merah la belakang ako nih..
Takpe atlist terasa ringan sket badan.
Dan tak pasal-pasal angin pun dok kuar je dari molot.. burlpp..........
Nota Jemari: picit-picit member, ako plak yang kuar anginnya.. haisshhh ni yang buat berangin satu badan ni hahahaha
2 Comments
berapa dia caj?
ReplyDeleteha lupa plak nk tulis.. RM40 sejam...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com