Kowang ada nostalgia?
Klu nama nostalgia, konpom la kisah-kisah lama kan?!
Tetiba tingat zaman bodo-bodo dulu.
Zaman budak-budak, zaman anak remaja ...
Klu bandingkan zaman budak bodo dolu-dolu dengan budak 'bodo' skrg ni, ermm memang jauh bezanya. Klu bodo-bodo kita dulu pun, setiap yang berlaku pasti meninggalkan memori indah yang tak akan dilupakan. Tapi klu tengok zaman bodo budak-budak skrg ni, ermmm apa ye yang nak dikenangkan??
Saja je ako nak share ngan kowang kisah zaman bodo ako dolu.
Ekceli takde la best sangat tapi cukup meninggalkan memori buat diri ako.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zaman skolah, ermm ako ni skolah sumer nya budak pompuan. Dari sekolah rendah membawa la ke sek menengah. Ntah apa sebab mak bapak ako letakkan ako kat dalam sekolah pompuan. Walhal adik badik ako yang lain sumer nya sekolah campur laki-pompuan. Sekolah pompuan ni best! Maybe kowang yg skolah campur, rasa takde keistimewaannya. Tapi bagi ako, klu sekolah campur, sumer orang bole masuk kan ;-) tapi klu ko skolah yang pelajarnya hanya pompuan sahaja, musti la ada keistimewaan dan kelainan. Eleh ako tahu, rata-rata owang akan cakap, sekolah pompuan ni kebanyakkan nya adalah lesbian, pengkid, tomboy dan yg sewaktu dengannya. Walau apa pun tanggapan kowang kat skolah pompuan, kami, bekas pelajar-pelajar sekolah pompuan tetap tahu tahap pergaulan antara kami tak pernah pun melampaui batas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Check Gigi
Sekolah rendah ako dulu ada klinik gigi. Takde la besar mana pun tapi lengkap arr dengan sumer peralatan. Ako memang tak suker gi klinik gigi. Setiap enam bulan sekali, setiap murid diwajibkan buat pemeriksaan gigi. Dekat klinik tu ada sorang nurse india yang sangat garang. Nama dia misi 'Nirmala' (lebih kurang arr namanya). Garang nak mampos, ni takde belas kasihan punya. Gigi ada rosak, itu jam dia men cabut je. Mana lobang, itu jam juga dia kasi tampal dengan rakusnya. Dan bila ada je gigi yang rosak, konpom otomatik tinger kita pun leh jadi rosak dengar bebelan dan semburan dari dia. Ye la, budak sekolah rendah kan, konpom la klu kena marah atau herdik, pucat lesi dibuatnya. Satu hari, gigi ako ni dah start goyang. Ako plak jenis suka main-main kasi dia longgar lagi. (gara-gara takot kena jumpa misi Nirmala la tu) Tengah-tengah belajar, tetiba ako rasa len macam je lam molot. Masin-masin, manis-manis, erkk ghopenya gigi ako yang goyang sudah patah. Darah sudah penuh dalam molot. Ako ni dulu jenis penakot.. ntah apa yang ako takut pun ako x tahu. So bila dah patah, darah plak penuh dalam molot, dijadikan citer, masa tu cikgu tengah sibuk dok tanya soklan kat setiap pelajar. Bila cikgu soh ako jawab soklan dia, otomatik ko ako tertelan darah-darah yang terkumpul lam molot tadi. Erkkk eeyyewww.... nak wat camne, nasib baik la ako x jadi Raja Bersiong. Yang tak bole blah tu, lepas je ako telan, ako terus kuar kelas tanpa jawab soklan tadi. Tepi kelas memang ada paip. Baru la terhegeh-hegeh ako cuci molot dan cuci balik gg ako yang tercabut tadi. Aiyooooo memang pengotor betul kan masa tu.. Sebab rasa malu, ako x bagi tau pun kat cikgu dan kengkawan yang ekceli ako dah banyak tertelan darah sendiri. Ako yang telan ni pun rasa geli, so takkan ko nak citer kat sumer orang kan. Balik umah, citer kat mak. Konpom kena gelak kaw2 punya. GG pun dah selamat kena tanam.
Main getah
Kowang pernah main getah tak? Bukan men lastik-lastik tapi main getah yang zero point. Getah tempe kaler ceklat tu, pastu kita sambung-sambung, lagi panjang lagi bagus. Then 2 orang kena pegang kat setiap hujung getah tu. Kumpulan yang jalan dulu akan lompat atas getah tu mengikut ketinggian bermula dari pangkal kaki hingga lah kepala. KLu terror ada plak yang lebihkan satu jengkal atas kepala. Ako dulu takde la pendek sangat hatta pun tinggi. Yanng sederhana sahaja ketinggian nya. Tapi bila part kena lompat getah yang atas kepala, kena plak tukang pegang tu tinggi macam galah, ermm mmg hazab arr....Ko kena amek jarak bapak jauh, ala macam kowang kena buat aksi lompat jauh/tinggi. Klu kowang lepas, memang kowang terror arr dan konpom kowang akan jadi kesukaan dan berebut2 la kengkawan nak segroup ngan kowang lepas tu. Darjah 4, ako skolah sesi petang so sampai skolah slalu nya awal, lebih kurang jam 11 pagi dah ada kat skolah. Sementara nak tunggu sesi pagi tamat, budak-budak sesi petang slalunya akan lepak kat padang dan main la pape yang patut. Dan main getah ni macam dah jadi permainan wajib la gitu. Seronok men getah ni. Lagi seronok klu kita segroup dengan budak-budak yang terror especiallay bila part timbang. Lompat melompat memang ako reti tapi bila nak menimbang tu, adoiiyaaaiiii tak pernah nya ako lepas. Kan part yang timbang tu, derang akan buat laju-laju kan. Klu soh ako menimbang, orang dah timbang sampai soploh, ako masih lagi terkial2 timbang satu. ishhh Ako x tahu nape bila sesi menimbang, ako musti fail. Sudahnya, derang sumer tahu, part menimbang je memang ako pass kat ketua kumpulan tuk timbangkan bagi pihak ako. Sebab tu kowang kena pilih ketua kumpulan yang terror dari segala segi permainan. hahaha....
Kakak Angkat
Nama pun skolah pompuan, so berKAKAK angkat aje laa kami. Ako tahu bab-bab adik-kakak angkat ni (lebih familiar disebut "pet-sis") bila masa ako darjah 3. Masa tu ako sesi pagi. So sesi pagi ni sekali ngan kakak darjah 6. Kira senior la kan kat skolah waktu tu. Masa ni kelas ako terletak kat bahagian bawah bukit, sementara kelas-kelas kakak senior kat belah atas. Jadi senior-senior masa tu suka meng'usha' budak-budak baru. Sorang kakak angkat bersamaan dengan beberapa orang adik angkat. Ha amek ko, kira nya kami ni terpaksa share-share kakak angkat. Kakak angkat yang cantek molek, comei slalu nya menjadi rebutan. begitu juga sebaliknya. Klu tingat pasal pet-sis2 ni, aduhaii ntah pape je kan. Ako pernah gaduh ngan classmate sendiri gara-gara sorang petsis ni terlebih layan classmate ako.. Bodonya masa tu, pasal petsis leh gaduh!!!! Kesinambungan nya plak, petsis ako bole plak jadi adik angkat kepada kakak ako. Kira nya siapa je yang jadi kakak angkat ako, otomatik jadi adik angkat kepada kakak ako sendiri. Ishh complicated je bunyi nyaaa.
Classmate
Masa darjah 3, ada sorang classmate ni pendiam sangat-sangat. Tak pernah dengar sore dia. Dia tak penah bercakap. Ntah la x pasti dia pemalu ataupun memang tak bole cakap. Memang dia takde kawan. Ye la, bila orang nak kawan ngan dia, dia buat dek aje. Mula kitorang ingatkan dalam molot dia ada emas sebab tu dia x nak cakap. Gila betul imaginasi tinggi budak-budak dolu. Ya betul, sebab mmg x akan dengar dia ketawa, menangis, bercakap lagi la x de langsung. So dek terlalu byk sgt tgk citer-citer dongeng ni, otomatik lam kepala hotak memasing dok pk, mungkin dia kena sumpahan tak leh nak cakap!! Satu hari dia terberak dalam suar. Busuk ok!! Cikgu tanya, sumer orang tak nak ngaku. Tak berapa ingat sangat insiden ni tapi yang pasti, cikgu terpaksa tipon ayah dia soh datang skolah. Gara-gara dia terberak dan tak mahu kuar dari toilet. Malu barangkali sampai la ayah dia betul2 dapat pujuk dia ajak balik, baru la dia berani nak kuar dari toilet. hhahah tapi kowang tahu, sampai la dia darjah 6, ako dah x sekelas dengan dia, tahu2 ajer ada sorang cikgu ni dapat buatkan dia mahu bercakap. Power tak power cikgu tu... kitorang pun x pasti camne cikgu tu leh nasihatkan dia. Yang ako ingat, dapat juga la ako dengar sore dia yang halusssss dan merdu tu. First & last... lepas tu ako dah x jumpa lagi dia sampai la skrg.
FSTB
Form 1 tahun 1991, dalam subjek maths ada satu bab yang kita belajar pasal FSTB - Faktor Sepunya Terbesar... . Ada sorang cikgu geografi, cina, tak kawen (pada masa tu la). Dia ni pertuturan macam ada tak betul sket. Maksud ako, sebutan S dia macam lain sket arr. So, bila bercakap tu tersembur la air liur dia. Jadi kitorang gelarkan dia F.S.T.B yang membawa maksud Foo Sembur Tak Berhenti. Bila tiap kali dia mengajar, memang malang arr sape2 yang duduk depan sekali. Konpom, x banyak, sket , mesti terkena semburan air liur dia. Nasib baik lah ako dulu tak suka duduk depan. Budak-budak yang duduk depan slalunya budak-budak yang nerd je weii.. hahahaha (mampos ar klu cik fara terbaca statement ni). Miss Foo ni, klu lagi dia marah, lagi banyak lah air liur dia yang disedekahkan kat budak-budak depan. hehe
Juling
Ni nak citer masa form 4 plak. Ako bukan budak aliran sains tapi perdagangan. Walau pun bkn aliran sains tapi kitorang dibagi pilihan untuk amek sama ada subjek Add Maths ataupun Geografi. Dan semestinya la ako pilih subjek add maths sebab ako bab2 menghafal ni memang lemah sket. Ramai yang x pilih subjek ni sebab susah. So bila ramai x amek konpom la cikgu leh cam dan kenal sowang-sowang punya muka kan. Cikgu add maths ako masa form 4 adalah cikgu india. Nama nya Puan Aru. Garang Ok!! Dan keistimewaan cikgu ni sebab dia juling. hahaha... Ya allah, ako masa belajar dengan dia, memang pening sket. Apa tak nya, kowang tahu je la, sebab dia julingkan. Bila dia mengajar, dan bila dia bertanyakan soklan, ko macam blur2 gitu. Apa tak nya, dia tujukan soklan kat ko tapi mata dia tengok kat kawan ko. Ada je bahan tuk gelak lepas abes waktu kelas dia. Memang klakar ok. Klakar-klakar pun, bila dia marah or bad mood macam singa lapar. Pernah sekali sebab ako x buat kerja rumah dia, takut kena marah punya pasal, sanggup ako duduk lam toilet sepanjang waktu subjek dia. Ingatkan keesokan harinya dia lupa pasal 'kehilangan' ako tapi takde nya. Masuk2 je kelas, soklan pertama terus dia 'terkam' ako bertubi-tubi soklan ke mana ako menghilang dsb. Dari nk lari kena marah, tak pasal-pasal terus kena herdik/perli/mengaum tak henti-henti. Form 1 dapat cikgu tersembur, form 4 dapat plak cikgu juling. Adoiiiyayyy..... Bila form 5 dapat plak cikgu lelaki tapi lembut.
Singh oo Singh
Pernah tak kowang kena tepuk dahi bila singh lalu? Pastu klu nasib tak baik, sape yang nampak singh dulu, cecepat dia akan tepuk dahi kawan sambel sebut SINGH! Tapi klu kawan tu nampak singh yang sama lalu, sebelum sempat kawan tepuk dahi kita, kita akan terus tutup dahi dengan tapak tangan dan cakap OFF! Alaa.. kowang tak nah ke kena tepuk camtu? Nasib tak baik, kuat ok dahi ko kena tepuk. Satu pagi ni, form 4 ako skolah pagi. Turun je dari bas skolah, memang ako dah pasan ada sorang singh tgh membonceng motor dia lalu depan skolah. So, on da way nak melintas jalan, singh ni betul2 la lalu depan kitorang. Maka dengan otomatik nya kawan ako sowang ni terus je tepuk dahi ako sambel sebut SINGH! OMG, gila babi punya saket satu hal, then tak pasal-pasal singh tadi perasan terus kejar kitrg. Sambel nyumpah seranah dok marah .. Yang terkial2 nak lari, AKO arr! Siot ok, yang kena maki, ako juga! Yang kawan tu dah selamat masuk lam kawasan skolah. Belum sempat singh tu patah balik dan hampir nak kejar kitorang, dengan selaju yang bole ako pecut terus nyorok balik pintu kelas. Gilo ko, buat nya singh tadi kejar sampai ke kelas, tak ke haru dibuatnya. Konpom yang kena AKO sebab nya singh tu hanya pasan ako je weii... Ako memang sumpah seranah kawan ako tu weiiii.... Terus putus kawan sebulan haahaa....! Bongok je, sape la yang mula-mula wujudkan main singh singh ni... Grrrrr...
Orang gila
Klu kowang stay kat KL musti tahu area Jalan Raja Laut. Lebih specific, bangunan Tharkudas sebelah Sime Darby skrg ni. Memang bangunan tu kecik je pun, dan skrg ni bangunan tu terletak Kolej Open University (klu tak silap). Ha dulu kat situ la terletak nya Institut Perdagangan MARA (IPMKL) iaitu tempat ako belajo. Depan bangunan tu plak ada bus stop so memang tempat owang lalu lalang ar gitu. Waktu lunch, tengah syiok-syiok melepak kat bawah bangunan tu tak pasal-pasal ako kena ketuk ngan payung. Ad0iiiyayy!! Gilo apo.. Dan bila tengok ghope nya memang owang gila yang pukul ako. Haaaa biar betul???? Sebelum ako jadi gila baik lah ako larikan diri daripada owang gila. Yang buat ako meroyan gila, kengkawan yang nampak boleh dok sonok gelakkan ako. Eh helo owang gila, apa salah daku pada diri mu??? Tell me why? Why????? terus ako blur...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cukup arr tu ek..
Ekceli klu nak direwind balik segala memori konpom banyak kan..
Kowang pun leh share juga pe..
Nota Jemari: rindu! huh... *sigh*
Menu Lunch By Adik Bongsu
2 hours ago
10 Comments
best kan zaman budak2 dlu..mcm2 boleh buat..kenangan pn banyak.. :)
ReplyDeletekak ret.. kitorg main getah tu, aza la jd mangsa ukuran sbb paling comel.. hahaha.. :P so senang la kumpulan aza menang.. ;)
ReplyDeletekitorg sker wat getah tu skali 2-3 baru kasi tebal lg tahan lama.. hai.. rindu zaman kanak2 dulu kan..
rindu kan!!!!
ReplyDeletehahahaha lawak kan bila ingat2 dulu? tak bleh blah...
ReplyDeletei pun penah buat entry camni...u dah baca kot dulu...
http://biqque.blogspot.com/2009/11/zaman-jahiliah-tahap-baru-kerja.html
http://biqque.blogspot.com/2009/11/zaman-jahiliah-tahap-kolej.html
http://biqque.blogspot.com/2009/11/zaman-jahiliah-tahap-menengah-rendah.html
hahahahaha.gelang sorang2 ni..xboleh blah kes singh tu..hehe.tu la kan.sapela yang perkenalkan main singh2 ni..haih
ReplyDeletebiqque,
ReplyDeleteyup i dah baca, i gelak sakan baca entry u tu... hahhah mmg lawak arr u punyaaa...
cikgu_comey,
eee x suker tau bab tu...
sampai skrg fobia klu nampak singh yg ada toncit tu hahaha
zaman kecil tentu ada buat perkara bodoh :P
ReplyDeletebetul kan Ken, mesti ada perkara bodoh yg kita buat hahaa
ReplyDelete(mampos ar klu cik fara terbaca statement ni)
ReplyDeleteakuFARA < bukti aku da baca. eh.. da terbaca. hehehehe.
ye ye ako tahu ko akan baca ehheh :p
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com