Alternatif lain klu nak ke Singapore, ako suggest kowang cuba lah naik coach express, samada Transtar atau pun Aeroline. Banyak dah coach-coach express yang ke Singapura selain dua company yang ako sebut tadi. Terbaru, Company OrangeCoach, klu tak silap owang melayu yang punya. (maaf lah klu info ako silap). Selesa!!

Baru-baru ni ako ke Singapura.
Pulang dari sana ako menaiki Transtar sahaja.
Kali ni ako memilih coach Solitaire, di mana sangat-sangat selesa kusi dan facility yang lain.

Perbezaan Solitaire, First Class ngan Premium, klu tak silap dari segi kusi dalam coach tersebut.

Luas dan selesa!
Kusi tu boleh buat katil, selesa klu nak tido.

Dalam bus konpon tak boring punya.
Setiap seat ada disediakan monitor sorang satu.
Boleh layan movie, dengar music or boleh main games.

Banyak menu pilihan.
Movie omputih ada, cina ada, korea ada, melayu pun ada.
5 jam perjalanan memang tak terasa sangat la sebab asyik sangat dok layan movie kan.

Sejuk????
Jangan risau, selimut ada disediakan juga untuk sumer orang.

Nak online laptop pun bole. Tak yah risau klu bateri tak cukup coz plug charger ada disediakan. Nak charge bateri henpon ke kan... 

Dan yang penting, ada makanan dalam bas! 
Servis tip top punya, jangan risau.
Ada steward/stewardess akan layan kowang.

Pape pun, sangat puas hati!!!

Oh ye tambang coach ni agak mahal sket la.
aritu sebab ako piilh solitaire, so rege nya lebih kurang RM175.
Sekali sekala, ok laaa..!

Nota Jemari: sekali sekala ubah selera