Hari ketiga ....


Selamat pagi....
Awal arini kami keluar sebab kami nak ke Floating Market Day Tour.
Tour ni ako book kat klook.com
Memula ako ingat tour ni just ke Floating market n Maeklong sahaja.
Tapi rupa nya ada satu lagi tempat yang diorang bawa iaitu Bangkoong Temple.


Ini adalah meeting point kami dengan ejen klook iaitu depan pintu masuk "Century Mall".

Cara ke lokasi : Naik BTS menuju ke Victory Monument Station, pastu Exit 2, jalan terus ke depan dalam 100 meter.


Memandangkan meeting time ada lah pukul 8:15 pagi, tapi kami sampai dalam 7:30 pagi, maka nya kita melepak la dulu kat tepi tepi tu sambil makan pisang untuk 'sarapan' pagi.


Jom register dulu.
Banyak tour dari klook ni.
So pastikan korang ikut tour guide korang yang betul.


Free mineral water daripada klook. Terima kasih klook.com


Jauh juga sebenarnya perjalanan kami arini.
Luar dari bandar Bangkok.
Ini adalah pit stop pertama kami pada hari itu.

Wat Bang Kung Temple -  Kuil tersembunyi di dalam akar pokok beringin


Bangunan kuil ini bermula dari zaman Ayutthaya dan, selain dari gambar buddha keemasannya, reka bentuknya agak sederhana. Pohon beringin yang sangat megah adalah kemuliaan , mendominasi kuil dan menaungi sebahagian besar lanskap, pemandangan yang berfungsi sebagai medan pertempuran bagi pejuang Siam dan Burma pada abad ke-18. Hari ini, kuil dan kawasan berdekatan dipelihara sebagai peringatan kepada para pejuang pahlawan masa lalu.



Kawasan kuil Wat Bang Kung dijadikan kubu kuat tentera Siam setelah kota kuno Ayuttahya dikuasai oleh orang Burma pada tahun 1767. Selama ini, pasukan Burma telah menyekat sungai Mae Khlong dan Jeneral Siam Taksin berjaya mengumpulkan tenteranya di kawasan Wat Bang Kung.

Akhirnya, pasukan Burma menyerang kem Siam, tetapi Jeneral Taksin dan pejuangnya memperoleh kemenangan yang akhirnya akan mengubah arus perang yang memihak kepada orang-orang Siam.
Kawasan ini telah berubah dari kuil ke kubu pertahanan oleh Siam semasa melawan Burma.


Ada lagi kisah mengenai Puteri Montrathip.

Puteri Montrathip (Chun Jao) dilahirkan sekitar tahun 1720, tahun-tahun akhir zaman Ayutthaya Thailand. Dia adalah puteri Tuan Paderi Baworn Wung, salah seorang pembantu Raja Aeggatut, yang memerintah Kerajaan Thailand pada waktu itu. Pada masa itu keluarga diraja mesti menghantar anak perempuan mereka untuk berkahwin dengan imam atau senator; barangsiapa yang tidak taat akan dihukum mati. Tuan Paderi Baworn Wung menyarankan puterinya, Puteri Montrathip berpakaian sebagai pahlawan lelaki dan mula berlatih pelbagai jenis seni mempertahankan diri dan kaedah pertempuran termasuk penggunaan senjata (seperti: pertempuran pedang, tinju tendangan, dan mantra). Keistimewaan Princess Montrathip adalah pertempuran senjata dan kepandaiannya ketika melemparkan mantra sihir, yang merupakan kemahiran yang jarang berlaku.

Suatu hari ketika Burma melakukan perjalanan lebih dekat ke kota Ayutthaya, ayah puteri memerintahkan 30 kapal besar, 10 kapal kuasa dan 20 sampan - dengan tanaman, makanan dan senjata agar orang-orang kampung dapat melarikan diri dari bahaya perang yang akan datang. Puteri Montrathip memimpin pasukan dalam kapal pengiringnya, berpakaian seperti lelaki; ayahnya tidak ikut. Pasukan itu berlayar menyeberangi sungai selama 3 hari dan satu hari, menemui kapal senjata Burma yang membawa banyak jenis peluru.

Puteri Montrathip memerintahkan orang-orangnya menyerang kapal Burma pada waktu malam, membunuh hampir seluruh pasukan di atas kapal - ada yang tidur dan ada yang mabuk. Kemudian pada waktu pagi, Burma menghantar pasukan untuk mengesan dan mengikuti puteri, namun puteri sudah berada jauh di depan. Dia memerintahkan pasukannya untuk bersembunyi di sepanjang hutan pesisir yang berdekatan - dan dengan kemahirannya, dia melemparkan salah satu mantra, yang berjaya menyamarkan seluruh pasukan. Orang Burma tidak pernah menjumpainya.

Semasa puteri meneruskan perjalanannya, suatu hari, dia menjumpai ruang darat yang kosong dan memutuskan untuk mengembangkannya menjadi kem tentera (Kuil Bangkoong dan kem tentera hari ini). Puteri dan pasukannya bertempur dan memenangi Pertempuran Bangkoong melawan Burma. Puteri Montrathip kemudian meninggal dunia kerana sebab semula jadi; namun, hubungan dan cinta antara dia, Kuil Bangkoong dan kem terus tinggal di dalam kuil - di sekitar kawasan pavilion peringatan, memberikan banyak dan mengucapkan permintaan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hahha doiii tetiba citer sejarah plak kat sini kan haha...
Ok tu sumer ako gugel je.. tapi memang ada je dengar pasal legenda Puteri ni dari tour guide kami sendiri. Cuma ako ingat ingat lupa kisah nya, Maka terjadi la gugel translate untuk info korang juga.


OK dah jom gerak ke pit stop kedua iaitu "Floating Market".


Pakej kami dah termasuk sekali naik sampan kat market tu.
Harga barang-barang kat sini adalah 2x ganda mahal berbanding yang dijual di tempat lain.
Jadi, kalau sejenis tak kisah nak membazir duit, bole je soping kat situ.
Bagi kami, tengok-tengok dari kejauhan je la.
Tak berani nak tanya harga.
Sekali buka mulut, terus dipaksa beli nya.
#pengsan 😂


Kat area Floating market ni memang ada je kedai makan halal.
Tapi bukan kat atas sampan-sampan tu ye, yang itu ako pun was-was juga.
Makanan nya so-so je la janji dapat alas perut kan.
Dah la pagi makan pisang je kan, mau nya tak kelaparan.
So, kat sini tak bole la nak memilih sangat.
Dah jumpa yang halal tu dah kira ok la tu.



Pits top ketiga.
Memula tu pelik gak kenapa kena turun kat sini.


Ini stesen ketapi tapi kecil je.


Nak kemana tu kakak??
Takkan nak kena jalan kaki menyusur rel ketapi ni?
Kata nya nak ke Maeklong Railway Market.
Kalau tak silap, masa kali pertama ako jejak, takde plak kena berhenti kat stesen ketapi kecik ni?



Tetiba dari jauh kita nampak ketapi.
Rupanya dia nak bagi kita pengalaman naik ketapi menuju ke Stesen Maeklong.






Ketapi ni takde aircon ye. Sumer pun pakai kipas semata.
Mau berpeluh kalau perjalanan berjam-jam ni.



Tak jauh mana pun perjalanan kami dari stesen kecik tu ke Maeklong Stesen.
Ada la dalam 15 minit.

OK ni view dari dalam ketapi.
Makna nya kita dah sampai kat stesen Maeklong Market.




Akhirnya sampai juga kami kat Maeklong Market.


Nak beli apa tu kakak?


Penghilang dahaga.
Seriously, Thai Tea derang memang superb sedap!!!


OK ready, ketapi nak lalu dah time ni.
Ketapi yang kita naik tadi akan berpatah balik ke Bangkok.


Kakak sangat fokus.😁


OK datang dah dia....
Second time merasai pengalaman market tren ni, takde la keterujaan nya sama macam masa pertama kali dulu. Kita kasi chance kakak bermain dengan keterujaan nya hahaha..


Last pit stop - Asiatique
Kalau dulu kita ke asiatique melalui sungai Chao Phraya.
Kali ni kita ke Asiatique melalui jalan darat.


Yang ini sekadar pameran ye.
Tak bole la nak naik hahaha...


Teringin gak nak naik tapi hari dah nak hujan.
Kang kalau lambat kluar dari area situ, susah plak kami nak balik naik BTS.
Bot terakhir yang bertolak dari Asiatique ke Saphan Taksin Jeti adalah jam 11:30 malam.
Tapi rata-rata orang yang naik bot sumer pun bertolak awal.
Sebab jeti kat Saphan Taksin tu, jam 9 malam dah scary je hahaha..


Dinner kami daripada "Champion Kebab".
Alhamdulilah selesai hari ketiga.
Malam terakhir kami di Bangkok.
Esok dah nak balik.

Nota Jemari: 😍😍