Mari lah kita sambung citer ke Kuantan tempoh hari. Hari kedua ni jatuh pada 31 Ogos iaitu hari Kemerdekaan kita yang ke-66. Sejujurnya ako tak tau kat Kuantan area mana yang ada perarakan. Memang tak terpikir langsung tempat makan yang kami nak pegi ni adalah di tengah-tengah town iaitu laluan perarakan. Kebetulan jam dah nak dekat 10 pagi so ako assume kalau ada perarakan pun mesti dah nak habis kan. Tapi sangkaan ako meleset oii!!. Di saat kami dok sibuk cari parking, rupanya perarakan di Kuantan ketika itu masih belum bermula pun lagi.
Tengok balik list yang Afzan bagi aritu, kami decide untuk sarapan di "Kuantan Pickers & Kedai Kopi" yang terletak di Jalan Besar.
Memandangkan parking agak jauh disebabkan banyak laluan yang ditutup, ako dah cuak gak ni. Sebab tak pasti kedai ni buka ke idok di hari Merdeka ni kan. Tambah-tambah lagi laluan ke kedai ni rupanya adalah laluan untuk perarakan pada pagi itu. Lagi la membuatkan ako tak konpiden kedai ini dibuka.
Jauh berjalan, akhirnya lega disitu sebab dari jauh dah nampak ramai orang kat depan kedai!
Alhamdulilah walau masa kami sampai tu belum ada seat yang kosong tapi sekurang-kurang nya kami tau kedai tak tutup. Itu dah cukup menyenangkan hahhaha.. Sementara menantikan kekosongan, kita lihat lihat la dulu kuih muih dan pelbagai jenis nasi ada dijual kat situ.
Menu pantai timur la kita ye pagi tu.
Kedai ni konsep nya ala ala kopitiam gitu. Deco kedai pun berkonsepkan barangan antik.
Kalau kita menuju ke belakang kedai, ada juga disediakan ruang melepak yang tak berbumbung. Ako ada terbaca, mi rebus kat sini antara yang terbaik tapi di hari kejadian mi rebus nya tak jual plak. Maybe kena repeat lagi kah? 😅
Selesai je kami makan, perarakan pun bermula. Kesian diorang yang berkumpul dari awal pagi. Tak pasti kenapa perarakan pada hari itu bermula lewat dari biasa. Kata nya ada masalah di pentas utama. Tak pasti la kot kot diorang tunggu 'Agong' sampai untuk meraikan bersama-sama rakyat Pahang?? Mana le tau kan 😅
Pape pun boodak ini memang excited la kan. Lepas tengok filem MALBATT , kemain gumbira dia nampak kete kebal ni! Beriyer iyer dia amek video kete kebal tu. Ako tanya, "uyum dah besar nak jadi askar ke?" "Eh tak la! Uyum saja je suka suka tengok kete kebal ni!" 😅
Bukan senang nak bergambar atas jalan raya yang kosong dan lengang macam ni.
Yeah saya anak MALAYSIA!!!
Dari Kuantan kami ke Pekan. Eh takde la jauh mana pun, dalam 40 minit ke sejam je pun (bergantung pemanduan korang la kan).
Macam ko gi KL-Seremban je pun :)
Tak pun KL-Shah Alam 😅
Gi Pekan ni memang tujuan nya nak jejak Muzium.
Eh tak tau plak ada banyak muzium kat sini.
Hahahah tapi kita pegi Muzium Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Muzium Pahang.
Mengikut sejarahnya, muzium ni asalnya dulu Istana tempat menginap Sultan Abu Bakar (sultan yang ke-4) ketika itu. Muzium ni bahagian bawah nya hanya ada 2 bilik sahaja tapi kalau korang naik atas, kemain banyak bilik-bilik nya oii!!
Di perkarangan muzium ada diletakkan replika (ke betul eh) meriam tu?! Hahaha.. ako suka gila tanah lapang depan muzium ni. Luas sesangat.
Waktu operasi Muzium 9:30 pagi hingga 5:00 petang.
Isnin dia tutup.
Jom la tengok apa ada kat dalam. Kebanyakkan nya ada lah koleksi koleksi diraja dan juga hadiah-hadiah yang baginda dapat ketika itu. Beberapa gambar yang ako sempat snap untuk tatapan semua. Kat situ dibenarkan bergambar tapi tak boleh guna flash ye.
Masa ni dah kat bahagian lain plak ye. Yang ini more tu gambar-gambar permaisuri . Banyak betul koleksi koleksi gambar kat sini.
Uyum tanya, "ini kereta agong ke?"
teringin plak Uyum nak naik hahaha..
Jangan macam-macam ye Uyum! 😆
Dia teruja tengok kereta tu seat memandu kat belah kiri, selalu nya kan belah kanan.
Dah habis tour muzium, nampak replika keretapi ni.
Rupanya ia adalah sebuah Cafe ye!
Patut la masa sampai kat pintu terbau2 kopi , tambah plak siap ada meja berpayung bagai. Ingat kan sesaja letak untuk rehat-rehat hahahaha😅
Eh dia jumpa lagi replika kete kebal!
Hahaha selesai lawat muzium, kawan MAMA call..
Kebetulan dia tau MAMA dah sampai situ, di ajak nya kami bertandang ke rumah.
Alhamduliah rezeki makan tenghari di rumah kawan MAMA.
Ya allah rezeki lagi dapat makan seafood yang fresh, hasil belian mereka pagi tadi fresh baru naik udang-udang dan ikan ikan pagi tadi dari laut kata nya.
Tak sempat nak amek gambar makanan hahahha..
Kita santap la dulu ye!
Dah kenyang, on da way balik ke Kuantan, kami lalu di Pantai Sepat (tak silap ako, lupa lak nama pantai ni). Ramai nya orang berkelah kat sini. sekali pandang macam kat Port Dickson weii!! Kalau tau, konpom kami dah bawa baju renang sesiap hahaha
Sampai je Kuantan balik, terus kami cari Karipap Taman Gelora ni. Rasa orang-orang Kuantan mesti tau kan karipap femes ni. Zaman ako awal-awal keje, pernah member opis bawa makan karipap ni. Ya allah memang masa tu sedap sangat weii!! Besar, isi pun padu harga pun murah je masa tu.
La ni makcik yang buat karipap ni dah meninggal. Anak-anak arwah yang meneruskan jualan karipap ni. Nak cakap persamaan tu idok le sama sangat kan. Hasil tangan pun dah berbeza tapi bole la cuba! Kalau dulu 50 sen je seketul, sekarang ni harga dah naik la ye, RM1.50 seketul.
Mereka masih mengekalkan tradisi buat karipap ni kat situ juga. So korang boleh makan karipap panas-panas ! Laku keras karipap dia, sold out sokmo.
By the way, nak tanya, cekodok atau cucur udang kat Kuantan ni, memang tepung dia tebal eh?
Dia macam rasa tepung terlebih.. ala tak reti nak explain tapi senang compare, kalau kat KL, cucur udang tepung nya tu kan jenis ranggup kan. Even cekodok pun jenis ranggup2 gitu. Kita tanya je! 😅
Ha tau dah ni kat mana? Harus la Teluk Cempedak kan!! Konon nya nak bawa budak budak ni mandi pantai, sekali tengok ombak kemain besar!! Seriau kita hahaha
Gara-gara promosi MALBATT di Starbuck!
Gigih la kita mengorder juga, konon nak rasa sangat sekali ermm lupa kita x suka sangat macha or green tea walau di salut cekelat ke hape..
Jadi la kan, jejak pasir pantai hahaha walau tak dapat mandi!
Next time kita staycation tepi pantai plak ye !
Percutian kali ni memang santai santai je.
Tak plan pun nak ke mana-mana.
Maka nya takde la tempat menarik sangat yang kami pegi.
Honestly, kat Kuantan ni banyak tempat tempat makan kalau pandai cari.
Kami hanya sempat cuba kat "JAMAN TORY SEMAMBU"
Dekat je ngan Hotel kami. Nice konsep, view dan deco pun cantek!
Kedai dia pun luas dan bersih. Tak silap ako kedai ni ada cawangan lain juga.
Untuk menu nya, standard menu yang dijual kat situ.
Rasa pun sedap tau! Kalau korang nak cuba , bole la ke
Jaman Tory Semambu
Lorong Semambu Baru 42,
Taman Semambu 1,
25350 Kuantan, Pahang
Nota Jemari: next time bole ke Temerloh plak ke kan...!











































17 Comments
Best2 tempatnyer
ReplyDeleteSyu belum pernah jejak sana lagi 😁
Harap ada peluang sampai sana
BTW, air botol tu memang menggamit memori sunggohlah lahhhh...
kan... nostalgia air botol tu kan.. aritu pernah order kat KL ni, mahal gak dia jual sebotol tu haha
DeleteKami yang duduk Kuantan tak lepas masuk Kuantan Pickers lagi, asyik panjang je barisan hehe. Ako tak masuk ke Cafe Belibis di Pekan tu ya, memang kena repeat lah. Banyak menu masakan Pekan/Pahang situ.
ReplyDeletealamak x tau pasal cafe Belibis tu, nampak gaya kena repeat la kan hahha
DeleteSeronok Uyum dapat tengok perarakan dan kereta kebal.
ReplyDeleteHmm macam tidak ramai saksikan perarakan sebab mudah Uyum ambil gambar. Ke orang sudah beransur pulang waktu itu?
bestnye jln2 kuantan. byk mknn best sana.
ReplyDeletelama syu x ke sana. dulu pernah pergi sekali dua je, masa akak syu study sana.
Eh2 best jugak ye jalan2 cari makan kat Kuantan. Nanti nak usulkan dekat Jun la hehe
ReplyDeleteHujung tahun ni suami ajak jalan jalan ke pantai timur, kuantan, terengganu, kalantan. Yelah.. kita meranduk air bah ye...
ReplyDelete
ReplyDeleteRezeki tu dapat tengok perarakan dari jarak dekat 👍
Kitorg gi jugak muzium tu tapi tak masuk dalam. Awal pagi sangat, sekadar bergambar di luar je...
Jaman Tory tu glemer kan...
Wahhhhh... Cuaca bagaikan merestui kedatangan Uyum ke Kuantan kali ni. Nampak puas jalan dan makan² ni, Ret!
ReplyDeletealaaa kesian akak terkena cucur udang yang tak sedap ye?karipap taman gelora tu pun dah tak sama macam dulu dah...jangan serik ye kak nanti datang lagi,Uyum datang Kuantan nanti kita berkelah dekat pantai sepat ye
ReplyDeleteMahal gambar kat jalan bandar kosong tu tau 😀
ReplyDeleteJenjalan santai tengok-tengok tempat orang pun dah cukup menarik sebenarnya. Sebab kita pergi tempat yang jarang/tak pernah sampai.
byk persinggahan seronokk uyum jln2
ReplyDeletePtC , Seram nak mandi manda sb mcm ke bawah kan air laut
Tadi mata dah terpaku dengan kuliner pantai timur di atas. Teringin pula icip aneka kuih muih nya kan 😅. Tetiba, pas lihat KARIPAP, ya Allah kak ret, tersiksa langsung 🤣🤣🤣🤣. Cuma bisa melihat saja, tak bisa merasa 😂😂
ReplyDeleteKueh fav sayaaaa. Tiap ke Malaysia pasti cari KARIPAP. Untung di Penang kemarin ketemu KARIPAP enaak sangat. Tapi susah kalo nak pengen nih 😅
Panjang arak2 nya yaa, uyum dah terlihat senang betul dengan parade yg lewat ☺️😍
Huyyyooo..Rezeki dapat tengok perarakan..Rezeki kedai yang nak dituju tu bukak...hehe.. kemain pergi Muzium ya..Lama tak masuk..dulu suka singgah Museum..huhu..
ReplyDeleteMemang rezeki tu terjumpa perarakan.. Syok jalan jalan muzium..
ReplyDeleteseronok JJCM + lawat muzium+tengok perarakan di Kuantan & Pekan...mee goreng + cili jeruk..menggoda betul..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com