![]() |
| .:terpaksa amek gambar perantin dari kejauhan:. |
Alhamdulilah dapat juga menghadirkan diri ke majlis resepsi blogger Suria Amanda (SA) di Seremban tengahri tadi. Kebetulan SISLIN dan juga CARNEYZ pun dapat jemputan yang sama juga. Maka nya plan la kami bertiga saing-saing ke sana.
Jam 1015 pagi dah gerak dari rumah. Perjalanan yang sepatut nya mengambil masa lebih kurang sejam 10 minit bertukar jadi 2 jam lebih gara-gara kena patah balik amek hadiah kawen si SA. Itu yang sepatut nya plan nak sampai kenduri salam jam 11-1130 pagi terus terlajak jadi 12++ tengahari. Ermmm harus la bila sampai-sampai je memang orang pun dah ramai la kan. Tapi takpe, gigih la juga memasing cari tempat untuk mengisi perut dulu sebelum kita bersua muka dengan pengantin😅
Dah kenyang baru la kami ke pelamin untuk sesi bergambar dengan pengantin.
Cantek SA pakai tudung dan warna songket tu memang naik serinya! Suka kaler ni.
Macam kelam kabut plak memasing tadi hahaha...
Tak sempat nak ramas ramas mesra ngan SA!
Hahha nampak gaya nya kena buat sesi mengopi la lepas ni ye 😆
Ok masa ni kak PH tegur kita tapi bila kita pusing balik nak ajak bergambar, alamak PH dah hilang hahaha... adoiyaiii!! Alaaa tak sempat nak ramas mesra juga. Isskkk ntah nape kalut sangat kami tadi hahaha... sudah nya dapat la snap gambar ngan sis Ezna.
Tak pasti blogger lain ada tak ke majlis SA tadi? Maybe memasing tak sempat nak hai hai tadi kan!
Lepas kenduri, kami sambung mengopi kejap sebelum kami pulang ke destinasi masing-masing.
Terima kasih SA atas jemputan kawen nya tu!
Terima kasih SIS LIN & CARNEYZ jadi 'pengiring' kita tadi hahahha...
Ada rezeki kita lepak-lepak lagi tau!
Nota Jemari: Tahniah SA dan suami! Semoga kekal sampai jannah!







43 Ulasan
waaa bestnyaaa mesti ramai kawan blogger datang kan...alhamdulillah! congrats kak SA!
BalasPadamhhehee tunggu awak tahun depan je la baru leh gi kenduri kawen lagi :D
PadamSori ...sori, kita cari nasi hahaha...
BalasPadamSempat group photo dgn Pak Zain & Mak Pah tu, lepas tu dah jumpa kerusi terus duduk dgn Adik hihi ...
hahahaa tu la x sempat nak bergambar ngan PH tadi hehehe..
PadamBest nya..dpt gather2... MA lambat... sbb dr nilai hari ni and teman MIL gi wedding dulu kat sana. Tu yg lambat tu
BalasPadamtakde rezeki jumpa MA... insyallah next time le gamak nya kan hehe
PadamTahniah kak SA
BalasPadamtahniah kan :)
PadamSelamat Pengantin Baru buat mempelai... waaa bestnyaaa ramai kwn2 blogger dtg
BalasPadamSeronok dapat jumpa ramai2 tadi kan. Tunggu Amat kawen pulak kita berkumpul ramai2 lagi 😜
BalasPadamHahahaha iyaaa.. tungguu tau.. tu mesti datang sebab dah last dahh..
PadamSelamat Pengantin baru buat SA
BalasPadamsama2... ha wakil kan
PadamBlogger Dana pun ada dalam gambar. Hehe pakat warna sama ke merah.
BalasPadamHaah cantik pelamin dengan baju biru SA.
tu la kita pun suka warna baju SA
PadamBetuuuul, kak SA terlihat cerah, cantik, berseri sangaaat. Kalo istilah di sini, manglingi pengantinnya, makna cantik sangaaat 👍👍
BalasPadamJadi hadiahnya sempat tertinggal kak ret 😅?
iya Fan.. terpaksa patah balik amek hadiah nya hahha..
PadamMeriah kann.. pelikk kenapa laa semalam ramai pakai baju color macam aku ekkk hahahahaha
BalasPadamhahhaha tu la masa nampak ko aritu, ako igt ako yg x ikut tema ke hahaa
PadamCantik SA. Alhamdulillah dan Tahniah buat SA & suami. Tumpang seronok tengok pertemuan bloggers.
BalasPadamalhamdulilah, selamat dah majlis SA tu
PadamSelamat Pengantin Baru SA Dan husband! Moga berbahagia selamanya...Aamin...Berseri Seri nampaknyaaa 👏
BalasPadamPssst..Kak Ret sama tema ngan pengantin, warna biru 😁 Syok terjumpa rakan blogger 🤩
hhaaha kita tema pengantin eh :D
PadamWahhh.. best-best.. Pengantin berseri2.
BalasPadamIngat ada tema kaler tapi Retna tak pakai sedondon.
Jenuh juga tu eh patah balik ambil hadiah.
Kami tak dapat memenuhi jemputan kerana tersama dengan majlis bertandang adik bongsu.
hahhaa tu la kak.. x pasal2 kena patah balik :D
PadamWah..macam gathering para blogger.
BalasPadamYang baju maroon semua tu macam berpakat pulak 😁
hahha kan, x sangka drg bole sedondon plak :)
Padamwah dah jadi gathering ..bestnya korang..LM tak sempat ke sana ada di luar kawasan
BalasPadamhheehe ada rezeki bole jumpa LM plak kan :)
Padamsangat happening kalau sesama blogger bertemu...rupanya blogger perempuan lebih ramai dari blogger lelaki...tahniah blogger SA dan pasangannya...moga bahagia till Jannah
BalasPadamhahaha insyallah akan ada lagi ramai blogger2 lelaki plak lepas ni
Padamalhamdulillah selamat dah SA
BalasPadamSeronok dpt undangan dpt beramah mesra dgn blogger
kan.. insyallah ada rezeki harap dapat jumpa lagi ramai blogger2 lain plak :)
PadamKemahen lepas tu mengopi masing² ek. Alaaa.. rugi tu tak gambar ngan PH.
BalasPadamhahahaa mengopi, membawang plak lepas tu :D
PadamSyoknyer dpt togeder2 bersama makan kenduri 🤭
BalasPadamtu laaa kan.. harap bole jumpa lagi ramai blogger :)
PadamTahniah SA dan suami!
BalasPadambestnye dpt jumpa blogger lain..
ingatkan geng blogger dah berpakat nak pakai maroon...sedondon je semua hehe
BalasPadamWah.. gather-gather dekat kenduri kak SA ye.. Alhamdulillah.. Cantik betul baju kak SA tu..
BalasPadamIni semua salah hadiah kan, sebab tu jadi lambat. Hihi..dapat juga bertemu dengan pengantin dan blogger yang lain. Rancang pergi sama-sama barulah meriah gitu kan. Dapat kupi-kupi pulak lepas tu. Cantik pengantin dengan busana songket biru. Kita dapat ambil gambar pengantin malam sebelum majlis. Kira dapat jugalah jumpa pengantinnya. Alhamdulillah..tahniah buat kak SA dan husband.
BalasPadambestnya...seronok berkumpul blogger2 semua...cantik SA...seri pengantin...
BalasPadamBr tgk gambar geng blogger di majlis sanding kak SA... bestnya dpt gathering sambil pi kenduri
BalasPadamThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com