MELAWAT MUZIUM BANK NEGARA BERSAMA SI KEMBAR     MELAWAT MUZIUM BANK NEGARA BERSAMA SI KEMBAR

MELAWAT MUZIUM BANK NEGARA BERSAMA SI KEMBAR

Uyum selalu ke rumah kawan-kawan sekolah. Akan lepak seharian kat rumah diorang. Makan sedap-sedap, kadang dapat belanja beli jajan dsb. Tapi uyum tak dapat nak ajak kengkawan datang lepak kat rumah uyum. Mama tak sihat pastu takde sape nak masak sedap-sedap untuk diorang nanti. Makanya terus terlintas lam kepala hotak ako, why not ajak kawan-kawan uyum melawat Muzium Bank Negara Malaysia kan?!

Ting!!💡terus nina soh uyum war-war kan ke kengkawan baik dia. Asalnya nak pergi awal cuti sekolah hari tu tapi paham sebab pasti family memasing dah ada plan untuk anak² diorang kan.

Jadi pilihan terbaik adalah pada hari Sabtu, 5 September 2026. Tapi hanya si kembar je dapat join untuk 1st round ni. Yang lelain masih belum balik dari bercuti kisahnya. Ok takpe la nama pun kembar so berdua lebih baik kan Yum 🤣🤣

Jam 12:15 pm ako jemput si kembar kat rumah di Padang Balang. Kemudian sempat hantar MAMA uyum ke pusat dialisis di PICOM terlebih dahulu, then baru la kami terus ke muzium BNM. 

Galeri kanak-kanak


.:pertama kali jumpa dengan si kembar, bergambar di dalam terowong sejuta ringgit:.

Ye, ini pertama kali ako jumpa dengan si kembar. Kalau kawan-kawan uyum yang lain memang selalu je ako jumpa. Tapi kembar ni memang 1st time la kan. Itu pun lepas tau arwah mak mereka yang baru meninggal baru² ni. 

Kembar Rafiq & Rafif anak bongsu daripada 4 beradik yang kesemua nya lelaki. Tinggal mereka berdua je yang masih sekolah lagi. Rasa diorang pun pertama kali juga dapat melepak dengan kawan selain waktu sekolah. So takmoh citer sedih sedih kan, jom la kita bawa diorang untuk enjoy² selagi boleh.


Apa itu Duit?

Of coz la semua orang pun tau apa itu duit kan! Duit sangat penting dalam kehidupan seharian kita sekarang ini. Tanpa duit, kita tak boleh nak beli makanan, tanpa duit kita tak dapat melayari internet, tanpa duit juga kita tak boleh nak ke mana-mana sebab nya nak berjalan sudah tentu kena ada persiapan duit minyak, duit tol, duit hotel dan seangkatan dengannya.

So di muzium Bank Negara, korang boleh belajar lebih detail lagi apa fungsi duit sebenar terutama untuk ekonomi negara kita sendiri.


Di muzium BNM, bukan sahaja anak-anak kecil dapat belajar tentang ilmu kewangan, malah yang dewasa seperti kita ni pun boleh je dapat manfaat dan ilmu tentang ekonomi, perbankan dan apa je yang berkaitan dengan kewangan.


Di muzium BNM ni menawarkan enam galeri tetap dengan pelbagai tema iaitu: Galeri Kanak-kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. 

Tapi buat masa ni dimaklumkan bahawa Galeri Kewangan Islam, Galeri Sementara (Bahagian Selatan) dan Galeri Seni (Tingkat 3) ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sesuatu yang baharu dan menarik akan menemui anda tak lama lagi!


Yang diorang pergi ni adalah Galeri Kanak-kanak. Kat sini ada pelbagai permainan sambil belajar yang boleh diterokai. Tapikan haha kalau nak ke muzium ni ako sarankan sila la pergi bukan musim cuti sekolah ye. Masyallah ramai gila orang kalau musim cuti sekolah. Sampai tak dapat nak cuba semua games dalam tu. 

Galeri ni takde la besar sangat tapi kalau dah terlalu padat, tak syiok juga untuk concentrate kat satu² tempat. Rimas kalau terlalu banyak sangat gangguan kan. 

Nasib baik la budak bertiga ni tetap la enjoy ya. Diorang kisah apa kan dengan manusia yang ramai tu. Janji memasing dapat meloloskan diri untuk cuba setiap interaktif permainan yang ada kat situ.

.:cabaran kalau ada duit 1 Juta, apa yang perlu dibeli antara keperluan vs kehendak?:.

.:bakal bankers in making kah?:.😆


Boleh la berangan jadi bankers kejap kan. Boleh juga belajar cara-cara berurusan keluar dan simpan duit🤣


Nak belajar keluar duit kat ATM pun ado juga tapi yang tua tua tak yah la mengada ngada nak cuba juga kan 🤔


Ruang ni tak silap cara cara design duit syiling. Kat belakang diorang tu plak cara cara nak buat duit kertas. Tapi ramai sangat yang beratur, kitorang skip la part tu. Ekceli banyak lagi info info yang korang boleh tau dalam galeri kanak-kanak ni tapi malas plak nak tempek semua sekali kan. So kalau nak tau, sila la pergi k 😉


Berlatar belakang kan note rm100, rm50, rm20/rm10.


Kemain memasing eh... kenal ke idok note rm2, rm5 polimer dan rm1 polimer. Duit dua hinggit memang dah tak jumpa la sekarang ni ye. Korang semua sempat merasa tak note rm2 tu😜🙊 tak silap bebudak ni tak merasa pegang rm2 ni kan. Sayang betul dah xde pengeluaran nya lagi. Jangan tanya kenapa eh hehe.... 🙈


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit😜😜


Galeri Numismatik

Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman di mana objek yang berbagai bentuk dan saiz lazimnya diterima sebagai mata wang di rantau ini. Nikmati permainan ‘Perdagangan Barter’, menerokai keunikan ’Denai Duit Syiling’ dan saksikan juga pameran menarik mata wang dunia.


Kalau belajar sejarah terutama tentang sistem barter pada masa dulu, di muzium BNM korang boleh bermain ala-ala bagaimana sistem barter berfungsi dan diuruskan pada zaman tersebut. Ekceli galeri yang ini sangat sesuai untuk anak-anak di sekolah menengah. Walaupun sekolah rendah pun dah start belajar sejarah tapi menengah atas lagi cepat diorang belajar dalam galeri numismatik ni.



Jenis-jenis duit yang pernah digunakan pada zaman dulu. Setiap negeri juga mempunyai jenis duit mereka sendiri. Contoh pitis pertama kali digunakan di negara Kelantan dan kekal sebutan nya hingga kini ye.



Duit di zaman british, yang pernah menapak di zaman sebelum merdeka. Dan dollar masih mengungguli carta matawang di seluruh dunia.


Nampak macam deretan duit syiling lama kan tapi tidak ye. Itu adalah antara permulaan duit kertas pada zaman itu. Dari sekecil kecil duit terus menjadi sekeping kertas yang besar😅. Sila la pergi tengok sendiri bagaimana perubahan itu berlaku ye. 😉


Cara membuat wang kertas terkini juga ditunjukkan di situ. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan wang yang berkualiti dan terjamin. Yang ini kilangnya di luar negara ye. Malaysia masih belum mampu nak ada kilang buat wang kertas sendiri setakat ini. Mungkin satu hari nanti tercapai hasrat malaysia nak ada kilang menghasilkan wang kertas nya sendiri.


Begitu juga cara duit syiling ditempa di kilangnya di Shah Alam.



Koleksi matawang dunia juga ada dipamerkan di situ. Sila berangan ye anak-anak sekalian untuk melawat negara-negara lain plak lepas tengok pelbagai jenis matawang asing itu😜


Galeri Ekonomi

Ketahui bagaimana dasar ekonomi mempengaruhi pembangunan negara dan terokai perkembangan ekonomi Malaysia sejak kemerdekaan hingga kini. Selain itu, ketahui juga peranan Malaysia dalam ekonomi global serta pencapaiannya dalam sistem kewangan.


Perdagangan melalui laut masih berlaku hingga kini. Terdapat banyak pelabuhan pelabuhan di Malaysia yang masih kukuh menjalankan urusniaga, penghantaran eksport import barangan ke luar negara. Kat sini bole la belajar betapa pentingnya urusan eksport dan import kepada negara kita. Nak citer lebih lebih pun kang bosan plak. Jadi baiklah korang ke muzium untuk baca dengan lebih lanjut lagi tentang perdagangan antara Malaysia dan negara-negara lain.


Antara tarikan di galeri ekonomi iaitu keratan suratkhabar gergasi. 

.:replika bilik Gabenor:.

Galeri Bank Negara Malaysia

Pelajari mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab penting Bank Negara Malaysia bagi memastikan kestabilan kewangan dan kemakmuran ekonomi negara. Pameran yang bermaklumat dan menarik ini memaparkan pelbagai fungsi serta sumbangan kakitangan Bank Negara Malaysia.

Tarikan Utama didalam Galeri:
  • Permainan Pelaburan
  • Bilik Gabenor
.:majalah Kijang limited edition:.


We are next Govenor in making?!😆😆 arghhh rindu nya zaman zeti 🙈🙈


Hahaha cer teka derang tengah buat apa tu?😝
Nak tengok apa ada dalam bilik kebal tu? Kena la jawab soalan yang ada di situ.😉 Jawapan nya memang ada je kat galeri tu. 


Inilah fungsi department ako. 😉

Iaitu untuk mengekalkan kestabilan harga dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Perlaksanaan nya dengan 
  • menetapkan kadar faedah penanda aras (OPR) ini melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk mempengaruhi kos pinjaman dan perbelanjaan dalam pasaran dan;
  • Mengawal bekalan wang dalam sistem kewangan agar mencukupi tetapi tidak berlebihan bagi membendung tekanan inflasi.
Hahaha tiba kena belajar plak pasal ekonomi eh 🙈🙈


Ekceli banyak lagi nak dikongsi tapi cukup la kan setakat ni dulu. Untuk korang yang nak belajar dan menimba ilmu tentang ekonomi & matawang berfungis, boleh la melawat terus ke 

📍Muzium Bank Negara Malaysia
Sasana Kijang, 
2 Jalan Dato’ Onn, 
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

🕙Waktu Operasi
Masuk Percuma.
Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, 
tutup pada setiap Isnin & 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Kemasukan terakhir: 4:30 petang

📱Hubungi
+603 2784 6482

📩Emel
infomuseum@bnm.gov.my

🚉KTM – Stesen Bank Negara (9 min🚶‍♂️)
🚄LRT – Stesen Bandaraya (13 min🚶‍♂️)

🚗Tempat Letak Kereta tersedia di LG4 dan LG5.
RM5 untuk 4 jam pertama atau sebahagian daripadanya.
Caj tambahan RM1 untuk setiap jam berikutnya.
Caj maksimum harian RM10.
Masuk percuma pada hujung minggu dan cuti umum

Info: untuk rombongan sekolah, boleh email terus ke emel di atas k. Yang tu spesel sket dia punya program. Untuk cikgu-cikgu yang bakal mengadakan lawatan sambil belajar, boleh pertimbangkan muzium Bank Negara ni k😁

Nota Jemari: jarang ako nak promote muzium ni 😅

Giveaway Besday Uyum masih berlangsung lagi ye. Buat korang yang belum join, boleh la tinggalkan komen ucapan di sana.

Tempoh giveaway:
1-12 September 2026.

Pengumuman akan dibuat pada 13 September 2026.

Gudluck untuk yang dah join.🥰🥰

Uyum excited baca ucapan-ucapan korang yang kreatif sampai dia dah pening nak pilih yang mana satu🤣🤣 so tunggu k !!

Post a Comment

18 Comments

  1. Mintak tolong petik selai dua duit kat terowong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syyhhh jangan ckp kekuat uncle...kang takut ada mata mata memerhati 😝😝

      Delete
  2. Teringin nk masuk..moga² ada rezeki nanti..semalam berhenti kat stesen bandaraya tu..tapi pergi Sogo..🤭🤭
    Tak tahu pulak dekat area tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... kita pun dah lama x gi Sogo walau dekat je ngan opis..

      Klu dari LRT bandaraya, bole je jalan kaki lalu jambatan..

      Delete
  3. Bagusnyaaa.. Dapat ilmu Dan info Menarik pasal duit...Selama ni cuma tahu cari duit Dan habiskannya aje 😆 Saya sempat merasa RM2 duit kertas ituu! Hehe.. .Dan duit syiling RM1 dulu..

    Ok, Masuk dalam list lah tempat ni ..

    ReplyDelete
  4. bestni, boleh ngajak daktiga merayau gini. nice knowing that muzium, thank you so much for this info, kakretna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welcome.... sila sila bawa daktiga tu menimba ilmu ttg duit 😉

      Delete
  5. br tau psl muzium bank negara ni..syok la uyum and si kembar dpt pegi lawatan ni...mcm2 info psl duit

    ReplyDelete
  6. Bestnya kanak-kanak riang dapat pegi muzium duit hehe...
    Yang sejuta tu mmg ada sejuta ringgit ke Ako? Excited pulak nak tengok duit sejuta depan mata ahak!
    Seronok ni, nanti boleh bawa anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul mmg ada sejuta sepanjang terowong tu 🙊😅

      Delete
  7. Bukan saja budak, orang tua pun boleh belajar banyak benda juga ya, muzium bank negara ni. Baru tahu duit kertas kita, dicetak di luar negara rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... org dewasa pun boleh dpt ilmu juga..

      Sebabkan kos teknologi yang terlalu tinggi, dats y kita hire sykt bertauliah dinluar negara utk buat duit kertas

      Delete
  8. kompem teruja punya laa dpt tengok duit merata-rata
    hehehhe

    jgn lps ni asik dok mengira duitttt jeee
    jemmm pale
    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa betul excited tgk duit negara² lain.. x dpt pegi janji dpt tgk duit diorg pun jadi la 🤣

      Delete
  9. Haaa... kan dah ternyanyi lagu duit tu😅
    Menarik Muzium BNM ni. Belum pernah sampai lagi bawa anak².

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com