Hari kedua kami buat day trip ke Pulau Redang. Kami amek pakej dari Fikri Wetland dan naik dari jeti Setiu. Ye memang agak jauh sejam lebih perjalanan dari Kuala Terengganu. Maka nya sesudah subuh dah kena gerak ke Setiu.
Gigih ye semua orang kena bangun awal pagi tu. Memandangkan perjalanan lebih kurang sejam lebih, confirm semua pun menidokan diri sepanjang perjalanan tu ye🤣
Sampai di FikriWetland lebih kurang jam 8 pagi. Breakfast dah termasuk dalam pakej jadi jom la kita isi perut dulu. Ramai juga yang dah menanti kat sana. Pakej ni adalah sharing ye ngan orang lain. Pakej yang kami amek rm90 (dewasa), rm60 (kanak²) seorang untuk day trip. Termasuk sarapan, bot pergi-balik, life jacket & snorkelling set.
Awesome checkpoint:-
- Little maldives
- Coral point
- Teluk dalam beach
- Tutle bay
- Nemo point
- Lima island
- Long beach
Masa ni ada la dalam 5 bot berlepas. Dan bot kami yang terakhir sekali bergerak dari jeti. Of coz mula nya memasing steady je lagi kan sebab masih di awal perjalanan. Bila sampai kat tengah laut, bot pun dah start mengaum, kelajuan yang maksima, melambung² haha masa ni semua pun cari tempat berpaut 🤣🤣 seram plak takut tercampak keluar je.
Paling takut dengan si uyum. Masa tu dia duduk paling depan sekali. Eh macam kapten kapal plak dia ye. Haha siap pesan paksu nya tu soh peluk dia kuat²😅😅 itu kalau tercampak ghisau terpelanting jauh plak kang.. eee choiii minta jauh la kan 🙈🙈
Susunan hentian ke Redang ni ako dah tak ingat dah tempat mana yang kami jejak dulu. Tengok-tengok gambar je la. Ekceli dekat Teluk Dalam ni kira macam dah nak hujung-hujung juga tempat persinggahan. Kat sini kita lepak lama sikit dalam sejam lebih camtu la. Dapat makan tengahari sekali dalam pakej. Tapi bungkus je la ye. Kat situ tak silap ada 1,2 gerai jual simple-simple je macam air dan snek. Sebab tu pakej akan provide sekali dengan makanan bungkus ye untuk semua orang. Ada juga disediakan meja kerusi kayu tapi limited la. So pandai-pandai la korang cari port lepak untuk rest dan 'kelah'. Patut kat sini bawa tikar pun syiok gak lepak bawah pokok 😆
Yang ni masa sampai-sampai area Teluk dalam, kita pose dulu berlatarbelakang deretan bot-bot. Memang akan ramai orang bersinggah ke sini dan kira ini memang port untuk lunch la (bukan dari group kitorang je, dari agen-agen lain pun akan berkumpul kat sini juga.)
Yang ini tak silap tempat tengok nemo. Comel-comel weii tapi masa ni ako tak turun dah. Hahaha masa persinggahan pertama memang ako terjun juga tapi ya allah bila part nak naik semula atas bot kemain seksa oiii hahahah terus ako cakap kat diorang, next persinggah ako lepak kat atas je 😜
Itu yang dapat le juga snap gambar diorang tengah cari nemo haha.
Gini la ghope nemo comel tu. Ini pun tour guide yang tolong cedok kan utk kitorang yang atas bot hahaha.. dah snap gambar, kita campak balik dia ke dalam laut tu. Ako ni kan bab-bab hidupan laut memang takde la reti sangat ye. Masa mula-mula kluar citer kartun nemo tu, ako ingatkan rekaan semata-mata je ye watak nemo tu, hahha rupa-rupanya memang wujud ikan nemo tu eh😅
Ada la jenis-jenis ikan lain juga. Jangan tanya jenis-jenis ikan tu semua. Yang ako tau ikan bawal, siakap, kembung je hahaha.
Ako lupa nape kitorang singgah area ni. Tapi area ni tiba-tiba tengah laut dia jadi cetek, ha gitu laaa..
Ada satu area turtle bay. Situ berenang dengan penyu.. Harus terjun la kan sebab nak tengok penyu berenang sebelah kita tapi sayang tak bole nak amek gambar or video kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan tekanan yang teruk kepada penyu serta mengganggu proses habitat semula jadinya . Penyu kan hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang pemuliharaan. Jadi nya persinggahan kat area penyu memang takde la gambar nya sangat dalam kamera ako. Kita hai hai bai bai je la dalam laut tu :D😆
Penyu tengok Uyum pun confirm terkejut sebab konpius uyum 'sedara' derang juga ke hahaahha *gurau kasar nina ye😝
Ha nasib ada proof kita terjun gak lam laut tu ye.
On da way nak balik darat, tiba tiba hujan lebat di tengah tengah laut. Ko ghase mau tak kecut dibuatnya masa tu. Dengan laut ombak bergelora nya. Ako doa je jangan la jadi pape masa tu. Tapi guide kitorang tak nak teruskan perjalanan. Setelah contact dengan guide bot lain, diorang sume setuju untuk patah balik ke redang. Kira nya kita semua berteduh dulu kat redang sampai hujan reda.
Hujan tu ekceli kat tengah tengah laut. Lat hujung pantai memang panas terik je.
Dijadikan citer plak bot kitorang ada problem. Enjin masuk air ke macam mana ntah. Dah kena buang air dan repair dl. Adoii memasing dah debo debo tau haha jangan la sampai tersadai kat pulau tu oii 😅😅
Alhamdulilah setelah tersadai lebih kurang dalam 40 minit , kitorang teruskan balik perjalanan pulang. Cuma cuaca masih hujan lebat lagi tau tapi guide kami plan kita konvoi pulang dengan bot-bot yang lain. Alhamdulilah juga walau cuaca tak berapa nak helok di tengah-tengah perjalanan, kami selamat juga tiba di jeti. Ini lah antara salah satu sebab ako kurang minat ke pulau 😅takut perkara buruk di tengah-tengah laut.
Sampai jeti je terus bersihkan diri dan pulang ke KT. Perjalanan balik yang agak panjang plak kami rasa. Dengan lapar nya haha.. Terus cari dinner. Niat dihati memasing ekceli nak makan ikan celup tepung tapi dah sampai KT pun malam confirm takde kedai yang buka. Selalunya kan ICT ni orang buat makan minum petang. Jadinya dah penat, dah lapar, kita benti je la kedai mana-mana yang masih buka lagi. 😅 Tak dan dah nak amek gambar kedai dan makanan. Kebulur memasing haha.
Malam nya memang sume tido nyenyak kepenatan.
Nota Jemari: ni 2nd time ako cuti² ke pulau😅 sebab ako bukan jenis suka lepak pulau sangat. 1st dulu gi pulau manukan kot kat sabah tu.. balik hari ako ok lagi , kalau bermalam tak tau la feel tu camne.. rasa seram plak , terbyg movie tersangkut kat pulau 🤣🤣












22 Comments
Pernah jugak pi Redang tapi tak share kat blog. Nak tb kang berbelas tahun yang dulu 🤣
ReplyDeleteHahahaha cer share masih igt lagi x 😜🤣
DeleteSeronok nya. Masa duduk Kerteh memang beberapa kali ke Pulau Redang.
ReplyDeleteTu la kak... saya ni pun pertama kali jejak pulau situ.. bila 1st time ni mcm² dalam kepala .. persediaan pun kemain tau haha
Deletesyok tu ke pulau redang..tk pernh smp lg
ReplyDeleteTu la kita pun bkn minat pulau sgt, kita follow je drg sume tp nasib baik la ada day trip je..
DeleteDah lama tak pergi 'Pulau'
ReplyDeleteHaha pulau langkawi ye 😜
Deleteeh best gak ea rupanya, nice la kak. nampaknya kita kena kentalla nak naik bot meredah lautan tu, anxiety meningkat.
ReplyDeleteHahaha gi la cha, sekali seumur hidup org kata🤣🤣
DeleteTeringin nak pergi Pulau Redang. Tapi kat tv minggu lepas tgk ada beberapa kawasan ditutup sbb byk batu karang yg musnah disebabkan overtourism.
ReplyDeleteLaaaa sayangnya kalau kena ttp, harap x lama la penutupan nya tu.. laut dia cantek ..
Deleteseumur hidup sy tak pernah lagi sampai sini waaaaaa
ReplyDeleteseronoknyaaaa
dgn air laut yg membiru dan mcm2 aktiviti boleh buat kat siniiiii
Ko sama ku, tak berapa suka cuti pulau pulau ni, rimas nak basah basah salin baju bagai hahahaha rasa letihhh.. tapi anak dan menantu semua suka pulak ermmmmm
ReplyDeleteEhh kita risaulah kalau boat laju tu bergerak. Jangan meminta KakRet. Yang penting semua selamat dan enjoy the trip.
ReplyDeleteComelnya Nemo. Dapat tengok yang dicedok pun jadilah kan.
Ohh baru tahu tak boleh ambil video atau gambar dengan penyu ek. kira boleh tengok je lah gitu.
Hahahaha..Sorry Uyum, tergelak dengan gurauan Nina.
Lamanya tersadai tu. Ghisauuu...
Saya suka laut tapi hanya menikmati. Aktiviti island hopping atau berkaitan dengan air ni kurang suka. Mungkin sebab aquaphobia kot.
Wah, menarik, sebab cantik dan jernih air lautnya. Seram bila hujan lebat tengah laut. Walaupun tak mahu mandi, confirm basah juga la kalau ikut trip pulau ni, ya.
ReplyDeleteSeronoknya snorkeling tengok segala spesies ikan dan penyu. Pulau Redang ini katanya antara pulau tercantik di Malaysia. Tapi itu la kan entah bila boleh sampai sini.
ReplyDeletePulau yang kat tengah laut tu depa panggil "Little Maldives"... beting pasir.
ReplyDeleteMujur lah guide ambil keputusan patah balik ke pulau... memang seram kalau hujan tengah laut dengan ombak lagi. Akak ada experience masa nak ke Pulau Manukan. Rasa kat kaki tu macam nak pecah je bot dengan hentakan ombak.
Hehe mesti rentung semua berjemur dan berenang di laut.
ReplyDeleteYg ini saya tak mungkin bisa pergi kalau Desember kan 😅😅. Tutup semua pulau.
ReplyDeleteTp tak apa, karena sayapun bukan suka sangat ke pulau. Jangan kan pulau2 begini, pulau2 di kepulauan seribu Jakarta pun tak pernah injak kaki sampai sekarang kak 🤣🤣🤣. Padahal dekat 😅
Ke Maldives kemarin tuh, walau pada akhir saya jatuh cinta dengan negaranya, tapi awal2 nak kesana karena terpaksa 🤣🤣.
Bab snorkeling, memang menyerah. Dah pakai pelampung pun rasa nak tenggelam. Naik ke kapal 1 hal lagi. Cukup sekali memang 🤣🤣
MZ tak pernah sampai lagi kat redang ni...my zharfan dh pernah ke sini last year, dia gi cuti2 dgn kwn2 dia masa cuti semester
ReplyDeleteBest betul bila tengok perkongsian Kak Ret ini.. Ada rezeki nak jejak juga..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com