Salam tengahari,

Petang-petang macam nih nak citer pasal contact lense plak.
Kisahnya, sorang teman nih asalnya pakai cermin mata.
Klu menari tak menarik la bila pakai spek. Memang digalakkan klu boleh tukar ke contact lense. So teman nan satu nih adalah pertama kali mahu memakai kanta mata.

Sudah la pertama kali mahu mencuba,
pulak tak reti bagaimana nak guna.
So meminta tolong la pada yang sesape yang bole membantu.
Memandangkan memasing pun tengah sibuk dengan urusan sendiri, maka mereka berdua ni saja la yang dapat menolong dalam saat-saat genting macam nih. Erkkk nak soh ako, memang awal-awal lagi ako cakap ako x reti kan.

Seksa ako tengok si Zana ni.
Adehh... mahu berejam nak tengok orang pakaikan dia kanta mata tu. Dia memang x reti dan pestime nak kena pakai. Yang paling ako sian tu, naik juling merah-merah biji mata dia kena tonjol. hehehee... Ekceli si melur bukan x reti pakai tapi dia takut nak masukkan contact lense tu kat mata org. Masuk kat mata sendiri dia ok la. Nak soh si Wafi plak, kowang paham-paham je la tangan lelaki yang besar gedabak tu kan. Kena plak nak masukkan jari besar ke dalam mata si Zana yang comei tu. Erkk ako yang jadi pemerhati memang ngeri plak rasanya.

Derang cuba dan cuba sampai berjaya.
Adussssss saket ok!! Ako tengok pun rasa cam pedih apatah lagi yang empunya diri kan?!

Dan akhirnya berkat usaha mereka, berjaya juga contact lense itu berada di dalam mata si Zana nih. Untuk wafi dan melur, zana ucapkan "terima kasih banyak-banyak atas pertolongan kowang berdua"..

Nota Jemari: alhamdulilah mata ako OK ok ajer *wink*