Kowang pernah dengar tak jenama produk 'crabtree & evelyn'?
Produk ni ada jual kat Sogo.
Kan skrg ni Sogo tengah buat SALE, so harus la kedai-kedai sekitarnya pun sibuk nak buat SALE juga.

Kebetulan crabtree pun ada buat promosi untuk Hari Ibu.
Eh kowang tahu tak bila hari ibu?
Meh ako ingatkan, 8 haribulan Mei 2011.
Jangan lupa raikan hari IBU sama-sama ngan mak kowang.... sob sob

"Hat Box at sepcial Price"
Konpom la special kan.
Murah la juga daripada harga asal.

Apa salahnya kan bagi sesuatu yang berharga khas untuk ibu kita.
Kan kan kan.... ;-)

Tadi menyinggah la ke Sogo.
Cadangnya nak belikan hadiah untuk seorang ibu.
Bergegas la kami ke booth crabtree di situ.
Try punya try, akhirnya membeli juga la barangan yang dipromosikan.

Ada 5 jenis produk wangian iaitu;
rosewater - konpom la bau bunga ros (tak suka sangat sebab bau nya terlalu kuat)
summer hill - lembut sket dari rosewater
lavendar - ada org suka bau lavender ni tapi bagi idong ako, sangat-sangat tidak menyukainya
nantucket briar -  ako tak sempat nak try, so tak tau la bau nya macam mana ye
iris - i like.. lembut sangat-sangat

Dalam banyak-banyak tadi, hanya tinggal rosewater dan summer hill je.
Yang lelain sudah kehabisan stok.
Jadi kami memilih untuk membeli wangian jenama summer hill.

Harapan moga si ibu yang menerima hadiah ini sebagai besday gift nya akan suka la ye dengan pilihan daripada kami sumer.

Nota Jemari: .. pengsan la klu pakai jenama ni selalu...