Aritu ako tengok wayang.
Al-maklum bukan slalu dapat tengok wayang nih.

Jumaat ako half day.
Terus ke wangsa walk.
Beli tiket.

Dah alang-alang, ako beli tiket untuk 2 filem sekaligus.

Satu tiket untuk filem Flat 3A.
Show jam 9:40 malam.
Dan satu lagi filem Larry Crowne.
Show jam 5:30 petang.

Ini antara scene yang masih terngiang-ngiang dalam kepala hotak ako.

Kisah dia camni la lebih kurang ye..
Fiqah lakonan Ladyana pekerja kilang.
Ada kawan nama Ratna bukan Retna ek.
Pastu ada boipren nama Anas.

Tahu-tahu dia pregnant.
Anas tak nak anak tu.
So dia paksa Fiqah gugurkan kandungan dia.
Anas bagi satu ubat, bila makan je otomatik fiqah akan keguguran.

Scene kat atas ni lah time lepas Fiqah telah ubat yang anas bagi tu.
Memula dia tak nak makan tapi sebab Anas pun tak nak anak tu dan dia pun x tau nak buat apa, so dia telan juga. 

Dia punya teran tahan saket tu, sampai kena gigit berus gigi.
Sampai berus gigi tu patah dua.
Dasat punya tahan saket ni.
Ako bayangkan lagi saket daripada kena senggugut.
Ngilu!!

Pastu bila dah gugur, kuar la janin tak berdosa.
Kawan dia si Ratna tu tolong bersihkan bilik air yang penuh ngan darah.
Dia jumpa janin tu dan........

Sebab nak lari dah igauan keguguran, Ratna ajak Fiqah pindah umah.
Tu yang derang menyewa kat Flat 3A.

Kebetulan, rumah yang derang sewa tu mcm berhantu sket la.
Si Fiqah ni macam dapat rasa ada 'sesuatu' dalam rumah tu.
Dia nampak 'roh' budak mati.

Tapi part ni ako macam konpius sket la.
Sebab, bagi Fiqah dia nampak seorang budak yang macam sesat berlegar-legar kat flat tu.
Tapi bila Fiqah pegang tangan budak tu konon nak bawa balik umah, orang-orang flat yang terserempak derang, nampak Fiqah dengan 'roh' antu budak tu.

Ermmm betul ke kita bole nampak 'roh'?
Lebih-lebih lagi roh orang yang mati tapi tak kebumi betul2.
Kira ni roh yang tak tenteram la gitu.
Dok merayau2 nak cari jalan pulang.

Sorry la, ako bab2 ni macam FAIL sket.
Rasa nya kita tak bole nampak roh kan?
Maksud ako orang-orang biasa macam kita ni la unless maybe orang-orang yang alim dan berilmu maybe nampak la kot, betul tak?! Tapi dalam filem ni, orang-orang biasa bleh nampak roh hantu tu.
Arghhhhh konpius kejap!!!

Ok berbalik pada boipren Fiqah, si anas plak.
Anas ni ghopenya ada niat jahat.
Dia minta bantuan bomoh siam untuk bunuh bapa dia.
Tapi dengan cara jampi ni la.
Dia cakap nak minta bunuh kawan tapi ghopenya dia nak bunuh bapa.
So si bomoh ni dapat tahu.

Nama bomoh tu Kang Suman.
Bila Kang Suman dapat tahu yang dibunuh tu bapa bukan kawan so Kang Suman naik marah.
Tetiba macam baik plak bomoh ni.
Dan kira macam Anas dah tipu Kang Suman so macam ada pertelingkahan sket.
Sampai la si Anas ni terpaksa bunuh Kang Suman.
Aisshhhh jahat sungguh anas ni la.

Ghope-ghope nya Kang Suman ni adalah...................
Apa jadi kat janin si Fiqah?
Apa kena mengena Flat 3A dengan Kang Suman, janin & Fiqah?

Klu nak tahu, kowang kena la tengok sendiri k ;-)
Ermm bagi ako memula tu cam seram la juga tapi at the end, 
takde la sangat feel-feel takutnya tu.

Tapi ntah nape, masa ending tu meleleh airmata ako sket..

Ako layan filem ni sebab ako suka tengok Julia Robert.
Dan ako juga suka tengok Tom Hanks.
Tapi dalam filem ni, nampak sangat si TOM dah tua.

Eh eh tapi betul la, baru sesuai dengan watak dia dalam filem tu kan ;-)

Ako rasa klu kowang yang pernah belajar kat U, musti terimbau-imbau kembali zaman U kowang bila layan filem ni. Walau takde la sama kan U kat sana ngan U local tapi atlis sket2 ada la juga terpalit kenangan zaman 'muda mudi' dulu tu kan ;-)

Filem ni jenis rileks.
Klu nak release2 kan tension tu, leh arr layan filem ni.
Jalan citer tak berat, 
senang nak paham dan 
senang boleh agak ending nya.

So far overall, dedua filem, bole la klu nak layan..

Nota Jemari: bulan pose leh tengok wayang tak ek?