Cuti krismas baru-baru ni kitorang gi Avani Sepang.
Dapat tido semalam pun jadi la.
Budak-budak ni dah bosan asyik tido kat rumah sendiri. (melampau kan statement haha)
Hahaha.... dapat semalam tido kat otel, bukan main seronok lagi diorang.

Tapi nak citer la sikit, ni bukan first time ako tido sana tapi servis adalah tetap sama.
Sangat la tak efficient!!

Kami check in memang agak lewat dah dalam pukul 5:30 petang.
Rupanya ramai lagi yang dah sampai awal, tak dapat-dapat lagi bilik.
Kami takde la nak marah-marah sebab ramai lagi kan yang tak dapat nak masuk bilik.
Cuma kami kecewa je.
Dah la tido semalam je dik non oiii...
Check in plak dah lambat. 
So masa yang kami dapat spend agak-agak limited la kan.

Pikir-pikir balik, DIA nak uji kesabaran kita tu.
Ok, kami let it go let it go je la perasaan amarah.
Kita chill chill je aje OK!!
So sementara tunggu diorang call untuk masuk bilik, kami jalan-jalan je la tepi pantai.
Tengok pemandangan, tengok ombak, tengok orang mandi.
Tengok pasir... eh eh...
Rasa dah bosan, kami jalan-jalan pusing kawasan otel plak.
Buai laju-laju sampai pokok sena,
Apa dalam baju,
Eh tentu la pewot uyum hahahaa....

hahah masa ni jam dah nak dekat jam 6:30 petang.
Ermm... lapar plak.
Setelah berbincang, kami decide untuk gi makan malam dulu.
Maka, bergerak la kami ke tempat makan seafood yang terletak tak jauh pun dari kawasan otel.
Tapi kami tetap memandu juga ke sana hahaha..
Bukan apa, kalau jalan kaki, takut balik otel dah lapar balik😁
Restoran Senandung Malam nama tempat makan kami.
Kata nya kalau nak cari seafood, memang sini lagi OK.
Kalau rasa nak makan makanan thai, ada yang rekomen gi H.M Bagan Lalang.

Tengok hidupan laut tu semua memang nampak segar bugar.
Kami makan anak beranak je, jadi takde la order banyak-banyak sangat lauknya.
Yang pasti masakan ikan bakar nya memang thorbaekkk👍
Servis pun sangat cepat.
Harga yang kami kena bayar tak sampai RM100 pun.
So berbaloi la untuk kami.

Tengah-tengah melantak, pihak otel call.
Inform yang bilik kami dah sedia.
Selesai makan, kami terus ke tempat letak kereta yang terletak di luar kawasan otel.
Ini adalah kawasan khas tempat letak kereta untuk penginap di Hotel Avani.
Bila park kat sini, jangan risau sebab shuttle memang sentiasa je ada untuk hangkut korang dari parking ke lobi. Free je parking ni. Tapi berdekatan dengan lobi ada je parking yang berbayar. Tak silap harga nya dalam RM25 sekali masuk (valet parking). Kat situ parking nya agak limited. So siapa cepat dia dapat la.

Dah jom naik buggy plak untuk ke bilik.
Masa ni ramai dah dapat bilik, jadi takde la crowded n berebut nak naik buggy.
Kami tempah bilik family yang terletak agak jauh kat hujung sekali.
Hahaha...seronok budak kecik ni naik buggy duduk kat belakang.
Kemain laju dia bawa kami.
Welcome message.
Jam 8 malam baru dapat masuk bilik.
Bilik family ni ada dua jenis katil.
Satu double bed, satu lagi 2 single bed.
Toilet pun ada 2.
Siap ruang rehat depan tibi dan juga bole lepak kat beranda sambil tengok laut.
Bagi ako sangat berbaloi amek bilik family ni kalau korang ada keluarga yang besar..
Harga bilik ni dah termasuk sarapan untuk 5 orang.

Kemain seronok budak-budak dapat tido otel.
Malam tu semua pun tido dengan nyenyak sekali.
Memandangkan nak mandi pool kena ikut SOP, maka nya awal-awal pagi diorang dah bangun. Bila sebut nak mandi pool, jam 6 pagi semua dah celik. Siap-siap dengan baju mandi, kami breakfast dulu. Nasib la kolam mandi sebelah je dengan tempat sarapan.

SOP swimming pool, hanya diberi 30 minit sahaja.
Dan max hanya 10 orang je bole berada dalam pool.
So, sebab nak kejarkan mandi pool awal-awal, terpaksa la jam 7 pagi dah gi sarapan.
Kena booking slot mandi.
Kami pilih mandi jam 8:00 pagi, jadi banyak la masa nak melantak pagi-pagi.
Nasib la memang tak ramai orang pagi-pagi ni.
Makan dengan tenteram je.
Menu pun macam-macam.
Bagi kami, semua pun sedap-sedap.
Slot awal-awal memang takde orang sangat.
Puas la diorang mandi dari hujung ke hujung,
Pool ibarat diorang yang punya.
hahaha....

Cuma yang tak best nya, ya la takat 30 minit je kan bole mandi.
Nasib la budak-budak ni jenis yang tak kisah sangat.
So bila dah tamat masa tu, beralih la kita mandi kat bathtub je 😆
Kemain gumbira dapat tido otel.
Jalan lenggang kangkung, ntah bila lagi nak tido otel, ye dak?!
Pasni kita tido lam khemah la plak... 😝
Macam tuan besar.
Tengah pikir masa depan.
"Nanti uyum dah besar, nak buat rumah macam ni la!"
hahahaha... tinggi angan-angan nya tu...
Insyallah doa kan aje la ... 🙊
Babai Avani, kami nak balik dah.
Kalau untuk cari ketenangan, Avani memang sesuai.
Tapi kalau nak rasa kemeriahan, koranng stay la kat Hibiscus.😁
Sempat juga la kami singgah sekejap kat pasar bagan lalang untuk cari bahan mentah stok makanan laut. Harga nya takde la semurah macam kat Kuala Selangor. Tapi dah alang-alang ada kat situ, kita sambar la beberapa jenis untuk bawa balik. Tempat ni terletak betul-betul bersebelahan kedai makan H.M Bagan Lalang tu.
On da way balik, sepanjang jalan memang ada banyak gerai-gerai jual buah naga ni.
Kita pun singgah la beli.
Manis-manis belaka.
Buah naga kuning takde musim plak kali ni.

Dah kenyang, dah penat, moh la balik terus.
Berakhir la percutian hujung tahun 2020.
Semoga tahun 2021 akan lebih produktif.

Pape pun, ako ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 untuk korang semua.
Semoga azam yang tak tercapai tahun ni, akan dapat dilaksanakan ke tahun hadapan.

Kita jaga kita.
Dia jaga kita juga!!

Nota Jemari: rindu nak kumpul lengkap semua adik beradik......