Plan asal nak ke Kemensah BBQ Lamb yang belakang Zoo Negara tu.
Bila contact diorang untuk booking, diorang ada mention pasal Gombak Cowboy Cafe ni.
Kata nya outlet baru je buka 1 Disember 2020 baru-baru ni. Maka nya mengugel la ako mencari info berkenaan cafe baru tu. Apa yang menarik perhatian, bila terbaca yang kat cafe tu kita bole tengok kuda. Ha apa lagi petang yang indah semalam, bergerak la kami ke Gombak Cowboy Cafe yang terletak di Jalan Sungai Pusu. Tak jauh pun dari UIA Gombak.
Kami sampai kat situ lebih kurang jam 6 petang.
Parking sangat la terhad.
Kalau korang lewat, kebarangkalian kena parking kat tepi jalan. 
Dan untuk sampai ke area cafe ni, kena la mendaki sikit ye. 
Tapi takde la sampai kena mendaki setinggi macam ke "Golek-golek Suasana Kampung".😂
Keluar je kereta, budak-budak ni punya la excited sebab nampak kuda.
Yup, dengan ako-ako sekali terasa teruja.😆
Bila nampak ada je orang tengah main kuda, Si Uyum dah tak sabar nak ajak ako naik kuda juga.
Ekceli ahkak is seriau tau. hahaha...
Untuk menghilangkan rasa seriau tu, ako ajak uyum ronda-ronda dulu seluruh kawasan cafe ni.
Kat bahagian belakang cafe ni ada juga kandang ayam dan angsa.
Salah satu tempat makan yang ada kat situ.
Yang ni betul-betul terletak bersebelahan kandang kuda.
Hahaha... kalau agak-agak tak bole nak tahan bau kuda, better korang duduk kat bahagian satu lagi.
Kalau agak-agak nak fefeling 'wild wild west', boleh pilih area tempat makan ni.
Seriously ako cakap, tempat ni sangat la cantek di waktu malam.
Ala-ala romantik
Romantik style koboi gitu hahaha
Tercapai dah hajat uyum nak naik kuda.
Nak naik kuda ni kena bayar ye.
RM10 untuk 2x pusingan.
Jadi la oiii sebagai pengalaman.
Ahkak is seriau!!
Sebab masa kuda jalan, dah kenapa ako rasa macam nak terjatuh ke depan.
Si Uyum dah terjerit-jerit,

"nina, uyum nak jatuh! uyum nak jatuh!"

hahahha dah tak pasal-pasal, pusingan kami setakat suku je la.
Pastu uyum n nina tobat tak nak naik dah....!!😂
Penat naik kuda oiii hahahah...
Jom la kita rehat dulu😆
Kebanyakkan makanan yang kami order sekali dapat air FREE.
So jimat la sikit di situ ye.

Dah jom tengok apa yang kami order kat sana.
Quosidallas Ayam & Daging - RM8

Rasa daging n ayam nya agak masin sedikit.
AKO lagi prefer kalau makan kulit pita tu je hahaha...
Tapi ekceli overall sedap cuma kalau isi nya x masin, lagi rasa umphh!!
French fries - RM8

Yang ni biasa je la kan.
Asalnya kami nak order sweet potato tapi takde stok plak.
Menu yang satu ni memang khas untuk uyum sorang je la.
Chicken chop - RM12

Pada sesape yang gemarkan kerangupan kulit , chicken ni sangat sesuai untuk korang.
Semua makanan disitu dihidangkan bersama salad & juga wedges.
Keranggupan wedges ni ako kasi thumbs up!!!
Sebab sedap sangat😍
Smokey Duck Breast - RM25

Sedap la oiiiii!!!!!
Lembut, kenyal dan padu hahaha...
Ako ni bukan la peminat itik tapi so far yang satu ni nikmat dia tak terhingga.
Chicken Grill - RM15

👍
Buffalo Cowboy - RM15

Ayam ala-ala korean style.
Masam-masam pedas.
 
GOMBAK COWBOY CAFE
Lot 5639, Jalan Sungai Pusu, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, 53100, Selangor

 Zainuddin 
Wasap.my/60197324100
MeM
Wasap.my/60197204100

Operation Hours 
3pm - 12am
(last call 11pm)

 Google map Location 
Gombak Cowboy Cafe. 
https://maps.app.goo.gl/PCLbNJwu7NR3wbGF8

 Waze location 

Nota Jemari: Dah ujung tahun ni wei.. nak staycation, please!!!🙈