PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kononnya vaksin Covid-19 sebagai tidak selamat.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan ahli politik itu yang tular dalam kalangan pengguna media sosial adalah ternyata tidak berasas malah banyak diiringi fakta salah.
petikan dari utusan malaysia
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah berkata, pandemik Covid-19 itu berisiko tinggi untuk membawa mudarat kepada orang Islam dan oleh kerana itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak ia terus menular dan membahayakan orang lain.
"Seperti kita tahu, tiada lagi undang-undang khusus agar pengambilan vaksin (bila ada di pasaran) itu jatuh sebagai hukum wajib. Jadi kita kena bergerak dalam rangka undang-undang. Vaksin itu harus, tapi digalakkan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia adalah keperluan, dalam mengekang penularan pandemik Covid-19.
"Kalau pengambilan atau penggunaan vaksin itu tidak diutamakan, akan wujud kemungkinan hadirnya penyakit lain, yang dibimbangi akan membawa keseriusan atau masalah yang sama seperti Covid-19. Jadi apabila ada vaksin, ia akan membanteras perkara itu dari berlaku. Pencegahan itu dituntut dalam agama," katanya kepada Bernama.
Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja, berhubung fatwa penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Korang boleh baca sepenuhnya di SINI.
Harap-harap isu vaksin ni dapat diselesaikan dengan cara aman.
6 Comments
Siapa taknak tu biarkan...
ReplyDeleteAku nak kalau di beri.. sebab aku bukan antivaksin hehehe...
Sama!! Ako pun, kalau bg free mmg laju je..
Deleteinsyallah thn dpn adalah tu... staf kkm mmg dh diberi option dh.. nak atau tak nak... heehehehe
ReplyDeleteAlhamdulilah.. Kalau dah rezeki dapat.. Mmg bahagia
Deleterajin nya dia update entri..vaksin tu? selamat selamat kita kasi org lain kena suntik dulu hihih
ReplyDeletehahahhaha vaksin kena test n error dl kat org lain ye :p
Deletedah betul2 selamat, baru cucuk kat JM :D
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com