Awal-awal tahun aritu kan, terbelek-belek la kat facebook Kak Dolly ni, terus ternampak team (#TeamGTT) dia ada buat promo Lexis Hibiscus. Kak Dolly ni dia memang ada company travel. Selain ada pakej hotel, company dia slalu gak buat offer tiket AA murah-murah. So kira kan memang ako dah beberapa kali juga la berurusan ngan team Kak Dolly ni.
Gerbang Travel Tours (#teamGTT) or Team Kak Dolly ada buat promosi offer voucher Lexis Hibiscus. Murah giler wei harga masa tu, RM379 semalam untuk bilik Executive Pool Villa. Kalau tengok harga sekarang kat website dia, harga sekarang RM700++ semalam.
Memang berbaloi sangat harga yang ako dapat tu. Terus grab ngan team GTT 2 voucher sebab nak dapatkan untuk 2 malam hehehehe... Ye la kan, bila lagi nak tido sana dengan harga yang murah.😁 Beli voucher ni masa pkp awal-awal tahun aritu, dengan harapan date yang nak pegi tu nanti pkp dah abis. Voucher ni bole guna sampai Jan 2021. Lepas beli voucher ni terus cecepat ako call hotel untuk buat tempahan bilik. Alhamdulilah, masa ako call, date yang kami plan tu memang masih banyak lagi kosong bilik nya.
Kami pilih bulan September sempena konon nak celebrate besday Uyum.
Berpakat ngan adik yang kat Batu Pahat untuk join sama.
Dengar cerita nak check in macam terlalu ramai.
Tapi masa kami sampai masih kena tunggu giliran juga.
Hanya sorang je dibenarkan masuk untuk urusan check in.
Disebabkan masih dalam suasana covid ni kan, maka nya pihak hotel memang menitikberatkan SOP yang ketat. Semasa check in, kami dikehendaki mengisi butiran setiap orang yang akan stay. Part ni tolong la jangan menipu ye especially kalau ko bawa ramai anak. Still kena gak isi setiap orang punya nama.
Lepas dah selesai check in, kami dikehendaki beratur untuk menaiki buggy. Sebelum tu semua barangan kami akan di spot check terlebih dahulu.
Bilik kami 032 terletak di bahagian daun.
Bilik di bahagian bunga dan sesungut tu konpom la lagi mahal harga nya kan.
Pape pun setiap bilik memang dah ada pool sendiri.
So ok la kan tak perlu nak bersesak.
Tujuan nak tido situ pun sebab nak bagi budak-budak mandi pool je pun.
Nak order makanan hantar kat bilik pun bole je pilih menu kat dalam tv.
Nak tengok facilities apa diorang provide, bole gak tengok kat list dalam tv tu.
Semua pun di jari anda haha
Bilik memang sangat luas.
Ada sauna juga tepi pool.
Budak-budak ni nampak je kolam, terus tukar baju.
Ada 2 katil king.
Memandangkan masa kami ke sana, toto tak boleh nak bawa, budak-budak kami bentangkan alas selimut katil tu je kat bawah.
Mende ni pun budak-budak excited.😅
Yang ini Uyum pun dah tak sabar nak terjun.
Kata nya konon dapat la tengok ikan ikan berenang ke kat bawah laut tu tapi nan hado pun hahah.
Tapi bukan takat Uyum, nina pun tak sabar nak terjun sama hahaha.
Lepas masuk kolam, bole gi sauna kejap.
Memasing dah tak sabar nak mandi sakan.
Biasa la bila bebudak ni dapat berjumpa memang riuh la.
Berejam derang dalam pool.
Mak pak eh dah kelaparan.
Kalau bole derang ni nak mandi sampai ke malam.
Malam pertama ni kami dinner kat pekan PD je la.
Saja bawa budak-budak ni round tengok suasana PD waktu malam.
Sebelum keluar bilik korang boleh je call buggy (kalau malas nak jalan kaki).
Pastikan korang call awal sebab buggy ni pun amek masa gak nak datang fetch kita.
Bangun pagi esok nya terus terjun kolam lagi.
Kali ni kita celebrate besday si Uyum atas laut k.
Besday Uyum patut nya pada 13 September tapi kita celebrate sehari awal la ye.
Kali ni kami tak call buggy. Memasing nak jalan kaki je.
Abam-abam semua dah 'lari' ke mana ntah ngan basikal memasing, tinggal si uyum terkontang kanting. Maka terpaksa la paksu dengan tangan cedera sewa motor bawa uyum pusing-pusing satu lexis.😍
Sementara tu mama n nina dok menikmati 'latte' di cafe yang ada disitu.
Laluan terus ke pantai.
Tapi sebab covid, kawasan ni sunyi sepi je la.
Masa before sampai, ako dah terbayang nak melepak kat sini memalam sambil menikmati angin pantai tapi itu cuma bayangan je la kan hahah..
Alhamdulilah dapat la bawa budak-budak ni jenjalan lepas lama terperap kat rumah.
Now dah PKPB balik..
Si uyum dah tanya bila nak tido otel lagi?
Hahhaa pengsan la nina kalau memanjang nak tido otel je kan.
Insyallah kita tunggu semua nya pulih macam biasa, nanti kita cuti-cuti lagi ye uyum!!
Sekarang ni kita duduk rumah, main camping, kelah, masak-masak kat depan rumah je la nampak gaya nya kan.
Nota Jemari: tetiba mood nak bawa derang ni bercamping....bila la tu kan?!😁
5 Comments
Sini laaa yang aku teringin nau nak pergi, dulu ada peluang ikut FAMediatrip takde rezeki nak pergi.. tapi takpe nanti aku pergi dengan family..
ReplyDeleteTakpe insyallah nnt ada la tu rezeki ke situ..
Deleteeh eh lebih kurang sama rupa voucher kita tu..tapi saya gi dengan ejen travel lain..
ReplyDeleteRs voucher sama je kot.. Pihak lexis yg provide kan..
DeleteFuhyooo.. teringin behtul nak jejak kaki ke sinii.. Cepatlah settle hal Covid nii. hmm
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com