Hahhaha... Kata dah last trip kan kat entry yang lepas.😅
Ok ok ni trip tak bermalam.
Asalnya nak gi makan BBQ Lamb Kemensah belakang Zoo.
Tapi dah alang-alang nak g area situ, kami buat la plan kita terjah Zoo Negara dulu.
Maka nya sepakat la kami adik-beradik, anak-anak buah (tak termasuk adik kat Batu Pahat), setuju nak melawat binatang di zoo.
Tiket nya korang bole beli secara online je.
Hari tu ako beli tiket dari Klook.com.
Oh ye walau beli online, korang still kena tukar tiket kat kaunter untuk dapat kan wristband.
Pembelian secara online, boleh terus ke kaunter 5 atau 6.
Kami pilih waktu melawat jam 9 pagi.Awal-awal memang tak ramai lagi orang.
So takde la nak berasak-asak sangat.
Harga parking zoo adalah seperti tertera dalam gambar atas.
Tak berjanji plak anak-anak buah nak pakai tema MERAH.
Tak berjanji plak anak-anak buah nak pakai tema MERAH.
hahaha kebtulan aje ni ye.
Masa ni jam 9:15 pagi...
Tak ramai lagi orang.
So nak tengok binatang pun santai-santai aje.
Scan writsband masa nak masuk.Masa ni diorang takde plak check bag ke.
So semasa entry ni ditulis, ako assume, memang bole la bawa makanan dari luar ye.
Sebab kan masa kami sampai tu, kami ingat kan tak bole nak bawa air or makanan.
Jadi nya kami hanya bawa air masak je sorang satu. (lurus bendul plak rasa nya time tu haha)
Masuk-masuk je dia soh kita posing dulu.Layan kan aje la.
Dah posing-posing, terus diorang ajak naik tram dulu.Si Uyum dah excited nak naik ketapi kata nya.
Ok la, kita pun ikut kan aje.
Harga tram ni, dewasa RM8, kanak-kanak RM5.
Kita pusing-pusing dulu.
Sambil tukang bawa tram tu bagi la penerangan sket kat kita,
kiri kanan depan belakang tu binatang-binatang apa.
Sampai kat satu pit stop, kita turun dulu.
Kita jelajah belah-belah Savanah Walk.
Nak tengok rimau dan singa kata nya.Baik-baik, kang ghimau mengaum kang hahaha..
Tengok badak dan seladang.
Derang pun tak lalu nak tengok korang hahaha....
Hati-hati semua pakai baju kaler merah....
Ha lari lari... kang dia tanduk.
Tu sekor dah start angkat kaki....
Dari kena tanduk kang, moh kita gerak tengok yang lain plak.😆
Amboiiii... pandai ke baca peta tu?!Apa tak pandai nya kan....
Tengok je gambar binatang, ha terus tau dah kat mana nak pegi.
"Ha tu gajah!!"
"Jom gi tengok elephant!"
Yang sorang plak....
"Eh tu panda la...!"
"jom tengok kung fu panda!"
Ha agak-agak sape menang??
Mesti la kungfu panda yang menang!!!😁Ater first time kan tengok panda secara dekat.
Jom kita tengok....
"Eh nina, mana panda nya?""Eee x nampak la, jom kita turun kat bawah tu!"
Panda tengah buat apa tu?kata nya tengah makan.
Yang sorang kata, "eh tak la, tu panda tengah tido!"
"Ha tido???"
"mana?"
La apa bughok benor tido nya tu.Nampak anu. hahahhaa....
Tapi panda pun tak nak tengok korang.
hahahaa....
OK jom kita tengok gajah plak.
Puas hati dia dapat tengok elephant.
Lepas ni nak tengok apa lagi, uyum??
Sian orang utan ni, takde sape nak tengok dia.Dah la terletak jauh paling hujung sekali.
Rata-rata ramai yang tak sampai area situ.
Aqeem tanya ako, "kenapa nama dia orang utan, nina?"
Ermm agak-agak ada sape bole tolong jawab tak... hhahaa...
Sian dia, kita pun lambai-lambai dia.
Dia datang dekat sket nak tunjuk muka dia yang 'comel' tu.
Pastu kita cakap babai... hati-hati main buaian tu! hahaha....
Tadi tengok badak sumbu,Ni kasi tengok badak air.
Eh badak air ngan badak sumbu tak sama ke nina?
Ermm... erk... ok next!!!
"Eh beruk la! Eh Monyet! Eh Siamang!"Erkkk mana satu ni?!
Apa-apa je la janji semua tu adik beradik monyet....
Kami lepak jap kat dataran ni.Sesuai ni kalau nak berkhelah.
Nak buat family day pun sesuai.
Dulu-dulu pernah opis ako buat family day kat situ.
Seronok, siap ada treasure hunt lagi...
Kami lunch kat kedai yang berhadapan dengan dataran ni.
Fast food je.
Sebab situ tak ramai orang, jadi kami pun lepak la kat kedai tu je.
Lepas makan, kami ke area aquarium.Tengok ikan dan juga penguin.
Masa ni dah kam 2 petang.
Nak tengok animal show jam 2:30 petang.
Jadi kena la beratur dulu amek nombor.
Dengar citer nya sekali masuk untuk tengok animal show ni tak lebih dari 200 orang sekali masuk.
Dengar citer nya sekali masuk untuk tengok animal show ni tak lebih dari 200 orang sekali masuk.
So ini kes sape cepat amek nombor, dapat la tengok show untuk jam itu.
Show ni tak silap ako ada 2kali je sehari.
Tapi kalau korang bawa anak, dia bagi la duduk sebelah yang kat seat X tu.
Bilangan nombor dia ikut orang dewasa. Kanak-kanak dia tak kira.
Sepanjang show, wajib pakai penutup muka.
Masa kami kat sana, tetiba segerombolan polis datang buat spot check.
Nasib la semua pun patuh ikut SOP.
Ada macam-macam binatang buat show tapi tak sempat nak snap semua hhahaa...Last but not least, sokong la Zoo Negara.Siapa lagi nak bantu diorang kalau bukan kita, kan!!
Zoo ada juga buat program "adopt animal" sebagai salah satu initiatif untuk membantu binatang-binatang dalam zoo.
Detail secara terperinci, korang boleh klik SINI.Moga di tahun baru ni, kita dapat perbanyakkan la amal jariah.
Nota Jemari: Insyallah.... rezeki kita kongsi bersama... 😁
2 Comments
nampak best jest heheh lagi2 dgn family 🥰
ReplyDeleteBetul tu.. Gi mana2 pun dgn family konpom layaan best je kan 🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com