The best dessert in town so far,
"Kenny Hills Baker"
Really recommended for those yang tercari-cari dessert sedap dan sedap dan sedap!
Hahahaha...

Kenny Hills Baker ni ada 3 cawangan.
Ramai suka lepak outlet yang kat Bukit Tunku.
2 lagi outlet adalah di Ampang dan juga Desa Park City.
Kata nya waktu perniagaan semasa MCO ni sampai jam 6 petang je.
So jam 3 petang kami dah bergegas ke sana.
Saja la nak merasa minum petang kat sini.
Kemain budak-budak ni punya minum petang tau!
Nampak gaya pasni omak eh kena 'menoreh' lebih sket la ye.
Kalau dah hari-hari ghope minum petang nya camni kan😆
Sape kata tak ramai, tapi alhamdulilah nasib la dapat seat kat atas.
Jadi takde la bersesak sangat ngan yang lelain.

Moh tengok apa yang kami dah order.
Mushroom soup memang pekat gila.
Creamy cuma tang roti garlic nya cam tak cukup je.
hahahaha... harap dapat la ditambah kan lagi kepingan roti tu.
Peach strudel ni kata nya antara dessert yang paling ramai suka.
Ya memang sah betul!!!
Kulit dia yang ranggup tak liat tapi still lembut.
Patut la jadi kegilaan ramai.
Deco macaroon ni sempena krismas kot.
Tak sempat nak rasa secubit macaroon ni sebab nya si uyum awal-awal dah bolot semua.
Kek black forest ni sedap juga cuma memandangkan ako tak gemar sangat yang pahit-pahit, 
so bagi ako bole la makan tapi bukan favourite.
Seriously, the best ever burntcheese cake in town!!!
Ya allah... lembut sesangat.
Rasa cheese yang tak terlampau.
Soft n creamy gitu. Makan pun tak rasa muak.
Highly recommended for cheesecake lover.
Stroberi n Cream waffles.
Besar, kami makan pun share-share je.
Last menu yang wajib korang try kat Kenny Hills ni adalah pizza dia.
Pizza dia dibakar menggunakan dapur arang.
Doh dia pun just nice.
Tak keras , takde la liat sangat.
Makan panas-panas memang marbeles!!!!

So, kepada korang yang ada peluang nak cuba dessert sedap di Kay Ell, boleh terjah ke mana-mana cawangan Kenny Hills Baker seperti di bawah.

(1) Bukit Tunku:-
Lot B-2, Taman Tunku,
Off Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (8:00 pagi - 10 malam) (8:00 pagi - 6:00 petang semasa PKP)
Tel: 03-6206 4111

(2) Ampang:-
241-B, Lorong Nibong,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8:00 pagi - 10 malam) (8:00 pagi - 7:00 malam semasa PKP) Tel: 03-4265 2020

(3) Desa Park City:-
GF-06 Waterfront,
5, Persiaran Residen Desa Park City,
52200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8:00 pagi - 10 malam)
Tel: 03-6419 5990

Nota Jemari: 👍😘