BERBUKA DI NIPPON SUSHI @ BATU CAVES     BERBUKA DI NIPPON SUSHI @ BATU CAVES

BERBUKA DI NIPPON SUSHI @ BATU CAVES


Hari ni puasa ke berapa dah eh? 😅
Dah tak terkira plak hari nya.

Hari ni kita plan berbuka kat luar je.
Lokasi pilihan adalah Restoran Jepun iaitu "Nippon Sushi".
Terletak bersebelahan dengan Giant Batu Caves.

Asal nya nak berbuka kat situ semalam tapi bila call dah penuh plak.
Tu yang kita booking untuk arini.
Ada dua slot untuk dine-in di bulan puasa ni.
Slot pertama iaitu slot berbuka dari jam 6:30 petang hingga ke 8:15 malam.
Slot kedua iaitu slot selepas waktu berbuka dari 8:15 malam hingga 9:30 malam.

Sudah tentu la kami pilih slot yang pertama kan.


Kami sampai nganm-ngam 6:30 petang.
Masa ni restoran belum penuh lagi.



Tapi boodak ni dah excited sangat nak makan sushi.
Dah lama rasa nya memang tak bawa diorang ni makan sushi.
Memang tak bagitau awal-awal pun kat diorang nak makan mana arini.



Maaf kan la saya ye, saya dah tak bole tahan dengan bau sushi!
Tak sempat saya nak tunggu waktu berbuka.😅

Macam biasa, scan menu dan order melalui apps.
Belek menu ternampak set ramadhan.

Ada 3 jenis set.
Set A - harga RM74.90
Set B - harga RM89.90
Set sakura sushi harga RM33.80

Senang citer kita order aje la set B itu.
Tak perlu nak pening-pening belek menu yang lain hahaha...
Meh kita tengok apa yang ada dalam set B ramadhan di Nippon Sushi.


4 x Blossom Longan Soda


Masa order ako x pasan longan ni air hahah...
Nape ntah masa tu ako terpikir longan tu dessert.
Tu yang kami terorder air coke dan tembikai.


1 x Chicken Gyoza Mentai


1 x Salmon Head Niniku Age


1 x Gyu Niku Tofu Steak


1 x Tori Katsu Curry


4 x Miso soup
4 x Plain Rice


Yang ini ako add on. Cheesy Salmon Kama.
Sedap gila weii!! Kalau korang memang suka cheese, bole la try😁


Yang ini pun ako add on juga, Volcano Maki.
Memang setiap kali makan situ, ako akan order volcano ni.

Selain dine-in, korang bole order delivery juga tau!
Bole belek kat website dia https://nipponsushi.com.my/
Bole pilih lokasi yang berdekatan dengan korang.

Yang ako pegi cawangan Batu Caves.
Kalau korang ada sekitar situ, bole la cuba cawangan yang ini.

Nippon Sushi
No. 16-G, Prima Samudera,
Jalan Samudera 11,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03-61784422

Nota Jemari: tengah bizi nak tukar duit raya ni😅

Post a Comment

17 Comments

  1. Nippon Sushi paling dekat ialah di Muo, hahaha. Terpaksalah kami ke Sushi King aje. Tergoda tau acik tengok boodak itu makan, dahlah makan awal dari orang lain 😂

    ReplyDelete
  2. Wowww..Sushi time! Tak pernah makan sini walaupun dekat je dengan rumah..HAHA...Nanti nak singgah lerrr..

    ReplyDelete
  3. mmg nmpk sedap cheesy salmon kama tu.

    ReplyDelete
  4. Hehe Uyum. Ingat dapat dah puasa penuh sehari.
    Menarik menunya. Lain daripada kebiasaan.

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak menu dia. Mana sedap lagi, Sushi King ke Nippon Sushi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu sushi... better sushi king lagi... tp klu menu yang lain, k ret suka nippon sushi lagi

      Delete
  6. Aku baru je sebut gan Laki aku semalam hahahaha nanti nak buka shushi laaa hahahaha

    ReplyDelete
  7. SA pun nak tukar duit raya dah...kirim kat adik ipar je...

    ReplyDelete
  8. kenyang perut makan ini. Air longan tu nampak Sedap !!!.

    ReplyDelete
  9. astaghfirullah..semua sedap ni..macam manaaaa..kenapa sekarang baru pukul 11.53 pagi??

    ReplyDelete
  10. Menarik menu nya...boleh order yg ni next time..

    ReplyDelete
  11. Teringin nak masuk tapi tak masuk masuk lagi...
    Sedap tengok Uyum makan sushi..

    ReplyDelete
  12. Uyum dah berbuka awal. Mana boleh tahan makanan lalu lalang depan mata. hehehe..air longan tu menggoda betul haihh!

    ReplyDelete
  13. lama tk mkn sushi...yg outlet sini tk sempt singgah lg..pernh mkn yg outlet ampang

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com