Dia tanya kita buat apa wiken baru-baru ni.
Asalnya nak berbuka ngan dia n karni tapi dah dia ajak kita gi cuti-cuti maka nya kita cancel date ngan karni. Sorry karni, nanti kita plan 2gether-gether ye.... [psstt plan holiday kita jom kasi ON 😁]
SIS Lin dapat jemputan cuti-cuti, kita ni follow je.
Hari jumaat keje, ako malas nak apply cuti.
Sebab hujung-hujung nak raya ni konpom banyak keje.
Jadi nya sementara kita menunggu Sis Lin sampai dari JB, kita settlekan pape yang patut dulu.
Pastu kita hangkut aje la laptop sampai ke destinasi.
Dah kata keje di mana-mana aje kan 😅
Nasib baik pagi tu sempat la siapkan keje yang tertuggak so petang-petang tu takde la bizi sangat walau kita ni sentiasa kena On standby aje la kan.
Lebih kurang jam 2:40 pm Sis Lin sampai depan rumah.
Masa ni ako memang dah sesiap menanti kat luar pagar.
Bukan apa, kalau tak standby kat luar, nanti Uyum nampak dia nak ikot hahaha.
Sebab ini bukan cuti-cuti dengan Uyum so kita malas la nak bawa dia kan.
OK jom kita gerak menuju ke Geo Resort & Hotel yang terletak di Genting Permai Avenue.
Perjalanan sangat lancar dari tol gombak sampai la menuju ke Genting.
Eh eh memula ako ingatkan Geo Resort ni yang terletak kat atas nun puncak genting.
Rupanya dia just terletak kat Permai Avenue je iaitu di kawasan Starbuck yang bahagian tengah sebelum sampai GPO. Hampir terlepas juga la kami sampai ke puncak gara-gara konpiden ako hotel tu terletak kat atas hahaha... Sorry sis lin😅 Nasib baik la cepat sedor diri, cecepat kita on google map n patah balik. Alhamdulilah akhirnya sampai juga kami di Geo Resort & Hotel lebih kurang jam 3:30 petang.
Kluar je lif terus nampak kaunter kat lobi ni.
Meriah lampu-lampu nya!!
Sementara Sis Lin tunggu member dia, moh la kita pusing-pusing sekitar lobi tu kan.
Teringat plak deco masa dolu-dolu kat opis.
Kalau takde cobid ni, konpom kita dah buat aktiviti pertandingan deco raya kat opis.
Arghhh tetiba rindu nya nak buat xtvt kat opis especially jamuan makan-makan kan 😅
Belakang kaunter tu ada ruang menunggu tau.
Siap ada piano kat hujung sana tu.
Agaknya kalau hari biasa mesti ada orang mainkan lagu dari piano tu kan.
Pastu moh la kita menuju ke bilik yang sudah ditempah awal-awal.
Kami dapat bilik Superior Suite tak silap.
Eh ada offer tau bilik ni.
RM388 nett
• One (1) night stay in superior suite
• Daily breakfast for two (2) adults
• Two (2)x Return (two-way) Skyway cable car ticket
• In-room coffee machine
Toilet pun luas. Separate tempat shower dengan jamban😅
Pressure air dia sangat kuat.. Tu yang syiok mandi tu hahaha...
Sinki pun luas dan besar. Puas gosok gigi, cuci muka😄
Lengkap basic amenities. Towel dia pun lembut dan besar.
Ruang pebret sis lin hahahaha....
Meja 'bekerja' katanya. 😆
View puncak genting... Ni memalam cantek ngan lampu-lampu.
Malam nya kita berbuka kat hotel tu juga.
Ramadhan buffet bertemakan "Citarasa Selera Geo"
Memang konsep lauk pauk kampung gitu.
Sesuai dengan selera korang yang minatkan masakan kampung, bole la cuba ke situ.
Sekali sekala berbuka kat 'atas genting' apa salahnya kan ahhahaha...
Tempat makan yang luas dan banyak pilihan makanan.
Sampai rambang mata tak tau nak makan mana dulu.
Mundar mandir je ako depan lauk pauk tu hahaha...
Ada kambing golek u'ols.
Walau ako bukan peminat kambing apatah lagi kambing pun x minat kat ako...
Hahaha tapi sonok je tengok orang makan kambing ni.
Menu dia memang pelbagai jenis tapi idok le ako nak tempek semua sekali kan.
Ha kalau nak tau apa lagi lauk pauk nya, kena la pergi terjah hehehe...
Boleh buat tempahan ke : Call or Whatsapp to 019 - 236 7838.
Siap ada roti terbang OK!!
Nasib baik chef terror sambut kan ahhaha....
Roti tisu pembuka selera ako! hahahah sedap!
Manis lemak berkrim... 😆
Last but not least, kita bersiaran together-gether ngan kakak Maria JJCM.
Memang peramah gila...
Kita suka tengok kulit dia bersih mulus gitu hahaha...
Jom kita dengar celoteh Kak Maria secara spontan!
Caya laaaa!!
Pape pun tengkiu Sis lin sudi bawa kita makan kat otel..
Hahahha lama gila x makan kat otel....🙊
Oh ye, tengkiu Cik Sun, kita dah dapat kek lapis sarawak awak
Sedap!!! Ntah bila la kita nak naik belon g Kuching lagi ni hahaha..
Wajib singgah kejap. SALE sokmo!
Ha cepat mana yang belum singgah, bole singgah..
Ada masa lagi ni nak soping last minit😆
Selesai la sudah percutian hujung minggu ako...
Next week dah raya....
Moh kita plan nak gi cuti-cuti ke mana eh? hahaha....
Nota Jemari: menghitung nak collect duit raya ni
17 Comments
Ret mandi duduk ke tu? Hehehe
ReplyDeletesaya pun confius memula nak kena duduk ke mandi ahahha
DeleteKak, kita mandi duduk Kak.. gosok-gosok kaki sambil duduk hahahaha
Deleteshort break at genting...nice..
ReplyDeleteKaannnnn!! Jadi laa
DeleteSama-sama kasih juga teman kita.. next bercoti tu jangan lupa ajak aku oiii hahahahahaha... yang kelakarnya makan ada bela saka hahahaha
ReplyDeleteInsyallah klu ada rezeki kita g coti2 sesama k... Hahaha makan x igt2
Deletebestnye dpt tido hotel dgn mkn buffet. hehe
ReplyDeletekan kan hahaha....
DeleteBestnya tiido hotel
ReplyDeletelamaaa x tido hotel ni sejak covid melanda
cantik tempatnya🥰
Bleh la stay sini kalau naik genting nanti..mmg ada plan lepas ni....
ReplyDeletelama tak jumpa kak Maria sejak WFH ni. Menarik gak Geo Resort ni. boleh try staycation nanti. berbuka buffet hotel kiter tak minat sebab makan sikit sangat. rugi
ReplyDeletealhamdulillah, sama2 kasih...upah tu sebab temankan sis lin..hahahahahha
ReplyDeleteMantopppp!! GPO ek! Lama jugak tak staycation hotel nih 😂 Cantik tempatnya.. nampak sedapp makanan.. suka ler tengok roti terbang tuh!!!
ReplyDeleteBestnyaaa Staycation Hoootel!!!
ReplyDeletebertuah sungguh dapat jalan-jalan ke kawasan ini...
ReplyDeletePergh!! best suasana hotel dia.. makan pun not bad..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com