MENU 8 RAMADHAN 2022 @ WANGSA GRILL HOUSE     MENU 8 RAMADHAN 2022 @ WANGSA GRILL HOUSE

MENU 8 RAMADHAN 2022 @ WANGSA GRILL HOUSE

Ahad tetiba cam malas nak masak!
Tetiba tau! hahaha....
Padahal pagi tu memang dah beriyer MAMA uyum set nak masak apa.
Sudahnya dia pun tetiba malas nak masak 😅
Maka nya jam 6 petang bergegas la memasing menyiapkan diri.
Tiba-tiba tengah bersiap, hujan turun siap guruh bagai.
Asalnya plan nak berbuka kat WAKLUU tapi dah hujan lebat camtu, kita ubah la hala tuju.

Sambil drive tanpa hala tuju, sambil buat call beberapa kedai.
Rata-rata dah fully booked la kan.
Apa tak nya dah nak jam 6:30 pm masih tak jumpa kedai yang kosong hahaha...
Ada yang ni kang last-last masak nasi goreng tolo je ni kang 😅

Last call wangsa grill kat wangsa maju.
Just cuba nasib je la.
Sekali alhamdulilah masih ada kekosongan.
Terus berdesup kita drive menuju ke sana.


Wangsa Grill House ni dulunya dikenali sebagai "Wangsa Grill by Chef Zubir".
Tapi agaknya chef zubir dah takde share kat situ, tu yang diorang tukar nama sikit cuma masih kekalkan la juga nama restoran Wangsa Grill by Chef Zubir kat signboard depan kedai.

Tema makanan: Western


Sampai-sampai je memang x ramai.


Sila scan untuk tengok menu. Sekali line internet buat hal.
Scan pastu memanjang loading tak appear pun menu nya.
Tanya wifi kat kedai, kata nya line situ pun tak ok.
Bihtu dah camne nak tengok menu nya ni??
Adoiii laaa... last-last kami amek set ramadhan aje la.


Konsep kat situ open kitchen.
Ko bole nampak chef tengah masak.
Chef tengah marah 😅
Bapak kuat sore ketua chef dia hahaha...
Ako yang tengok derang masak pun naik kecut.

Kat situ memang ramai chef so sepatut nya diorang prepare makanan memang cepat la.


Oglio spageti Seafood ni, awal gila siap nya.
Hahahah rasa x sampai 5 minit ako order, tup-tup dah sampai.
Nasib baik la masih panas. Kang ako ingat dia dah sesiap masak awal plak hahahah😆





OK tadi dah cakap kita order menu set ramadhan kan.
Ini la dia set ramadhan kat situ.
Nasi goreng + chicken grill
Nasi goreng + lamb chop
Nasi goreng + chicken chop


Plus set nya air bandung free flow ngan bubur kacang merah ni.


Pastu kami order mushroom soup ni tapi x puas hati sebab roti dia sekeping je hahaha...


Teh o panas.... ok la berbaloi sekali ngan jug kecil.


Overall untuk set ramadhan ni, ok la not bad!
Kalau tak nak amek set ramadhan, bole je order menu yang lain.

Sekali sekala berbuka western food kan...
Buat korang yang nak cuba, bole la ke :-

Wangsa Grill House,
(Formerly Known As Wangsa Grill by Chef Zubir),
8-10, Lorong Dataran Wangsa Wangsa Melawati, 
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur


Bermula bulan Ramadhan mereka beroperasi
Dari 12.00-11.30pm sepanjang Ramadhan
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi di
01159802281 (WhatsApp) 
03 41419979  (Call) 

Nota Jemari: jom ready nak berbuka.... 

Post a Comment

23 Comments

  1. aduhhh,.. nampak mengiurkan nasi goreng chicken chop dan lamb chop tu.. berkilat2

    ReplyDelete
  2. Oh, sejak tak ada Masterchef Malaysia, dah tak nampak Chef Zubir misai melintang ular sawa. Nasib baik panas makanan yg dihantar tu, kalau sejuk, hati pulak yang panas. Lagi panas kalau tetiba dah keluar macam tu, kena patah balik rumah goreng tolo, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha lawak la kak.. misai tu yg dia perati kan :D

      Delete
  3. Memang kesal lah kalo ada menu yang harus discan, tapi jaringan tak bagus. Trus nak pinjam WiFi mereka, juga dikata tak bagus. Laluuuuu cam mana nak liat menu 🤣🤣🤣🤣. Rasa emosi langsung hahahaha. Selama puasa ini, blm ada plan makan di luar, nak ajak suami lah nanti.

    Ini karena asisten rumah masih ada kak, belum mudik lagi. Nanti kalo dia dah balik kampung, barulah, makan di luar akan lebih sering 🤣🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada pembantu, makan di rumah aje fan...
      senang cuma kadg sekali sekala bole la kan makan di luar

      Delete
  4. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
    Sedap-sedap semua menunya.

    ReplyDelete
  5. not bad menu gini... so sedapppp!

    ReplyDelete
  6. Sedap juga sesekali makan western time buka..
    Weii Chef tu marah kenapa? lambat siap ke apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. staff dia lmbt masak hahah... order makin byk

      Delete
  7. Wow nampak sedap la...dulu masa ada bopren rajin gak pi JJCM area Wangsa Maju tu...should be ok la Ramadhan set dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann... ok je set dia, bkn nak makan byk mana pun

      Delete
  8. Replies
    1. nasi goreng nampak simple tp mmg berasa la org ckp.. sedap makan panas2, puas hati walau dapat lmbt hahah

      Delete
  9. Kalau PH confirm tak boleh masak kalau orang2 boleh nampak kita masak plus kena pulak marah dgn chef, confirm ke laut masakannya haha...
    Hari tu lalu sini tapi time sianglah ahaks!

    ReplyDelete
  10. Ok jugak tempat ni kalau nak berbuka puasa dgn sislin kan. Set ramadan dia berapa kak Ret?

    ReplyDelete
  11. oh dh tukar nama...ptt mcm lama je tk nmpk chef zubir...nasibaik cal2 ada kosong lg ye kt sini..yela dh lewat ptg kn...

    ReplyDelete
  12. wah..dapnye. bebuka western foods..menariks gak kan

    ReplyDelete
  13. menyampah kalau restoran suruh scan menu sebab ambik masa. Kalau ak contactless buat la menu tampal dekat dinding, semua orang nampak jelas.

    ReplyDelete
  14. last last pesan set ramadhan je la ye. menu jenis scan, tp line internet x ok pulak ya..

    ReplyDelete
  15. Bila dah sama sama tersampuk mambang malas, hehehe...Mujur ada kedai masih ada slot kosong lagi. Open kitchen ni seronok juga dapat tengok chef masak tapi kadang kesian kalau ada scene staff kena marah tu. Aglio olio dia taraf hotel ni.

    ReplyDelete
  16. uih nampak sedap menu-menu dia semua..konsep open kitchen tu, nampak chef marah2 da macam cerita Korea pulak rasanya..dan cerita Hell's Kitchen hahahahha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com