Pengambilan KGP kedua kami baru sahaja memulakan hari pertama di BNM pada hari Jumaat lepas! Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, pengambilan seterusnya adalah pada bulan September. Ikuti kami di media sosial supaya anda tidak ketinggalan!

Sementara itu, kami juga mempunyai rencana tentang Program Graduan Kijang 😃 Ketahui lebih lanjut melalui: bnm.gov.my/BA-KGP





Apa itu KGP?

Pada tahun 2021, Bank memperkenalkan Program Graduan Kijang (Kijang Graduate Programme, KGP) sebagai satu daripada beberapa inisiatif untuk membangunkan kumpulan bakat yang lebih tangkas dan berkebolehan tinggi agar kemahiran mereka dapat dimanfaatkan merentasi organisasi. KGP ialah program selama 18 bulan dengan tiga giliran, sama ada dalam aliran “Umum” atau “Digital”.

Dalam aliran “Umum”, graduan penganalisis akan ditugasi secara bergilir-gilir merentasi jabatan dalam sektor Kestabilan Monetari, Kestabilan Kewangan dan Pengurusan Korporat. Graduan penganalisis dalam aliran “Digital” akan ditugasi secara bergilir-gilir merentasi tiga pasukan yang berasaskan teknologi di Bank.

Pasukan ini termasuk barisan pasukan yang menguruskan hal ehwal dalaman seperti infrastruktur digital dan keselamatan siber, serta pasukan yang menguruskan hal ehwal luaran seperti sains data dan penyeliaan IT. Melalui KGP, sasaran pihak Bank adalah untuk mencapai kumpulan bakat muda yang lebih besar dan bervariasi, membolehkan mereka bersedia untuk bekerjasama merentasi jabatan, serta meningkatkan ketekalan dan kualiti kakitangan baharu melalui proses pengambilan kakitangan yang lebih bersepadu.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. Kami menawarkan dua aliran di bawah program ini, iaitu aliran "Graduan Penganalisis" dan "Graduan Penganalisis Digital".

Graduan Penganalisis

Aliran Graduan Penganalisis memberikan anda pengalaman yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda:

  • Kestabilan Monetari
  • Kestabilan Kewangan
  • Pengurusan Korporat

Graduan Penganalisis Digital

Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja yang lebih tertumpu pada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. Anda akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan. Langkah ini membolehkan anda meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.

Pada akhir program ini, peserta program yang berjaya akan ditawarkan peluang perkerjaan tetap di Bank.


Maklumat untuk Pemohon

Semua calon mesti memenuhi syarat kemasukan yang berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Sedang belajar atau memiliki kelayakan akademik yang berikut:
    • Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;
ATAU
    • Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka;

  • Sudah mendapat keputusan akhir pada 1 Mac 2022 untuk kemasukan awal April; atau 1 September 2022 untuk kemasukan hujung September; dan
  • Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.

Proses Permohonan dan Penilaian

Langkah 1: Memohon Secara dalam Talian

Untuk memohon, sila hantar kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan latihan praktikal serta surat iringan ringkas bersama-sama dengan borang permohonan. Permohonan anda harus menunjukkan ciri-ciri atau kualiti yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia.

Dalam pernyataan kendiri anda, beritahu kami tentang tujuan anda menyertai Bank Negara Malaysia, serta kemahiran, pengalaman dan pencapaian anda yang relevan dengan peranan masa depan anda di Bank Negara Malaysia

Langkah 2: Pusat Prapenilaian

Jika permohonan anda berjaya, anda kemudiannya dikehendaki mengambil ujian psikometrik secara dalam talian dan menjawab soalan-soalan subjekti melalui video.

Pada peringkat ini, kami juga akan meminta para calon untuk menghantar salinan transkrip akedemik terakhir dan dokumen-dokumen lain.

Langkah 3: Pusat Penilaian

Peringkat terakhir penilaian kami terdiri daripada aktiviti berkumpulan dan temuduga secara individu dengan panel eksekutif Bank Negara Malaysia.

Sepanjang tempoh pusat penilaian, kami akan menilai tujuan anda menyertai Bank, kesesuaian dengan nilai-nilai kami serta kemahiran dan kecekapan utama anda.

Langkah 4: Keputusan

Kami akan menghubungi anda mengenai keputusan permohonan anda selepas 4 minggu dari tarikh tutup. Sekiranya anda berjaya, kami akan meminta maklumat tambahan untuk melengkapkan proses saringan kami. Lazimnya, hal ini akan melibatkan proses saringan keselamatan dan pemeriksaan kesihatan. Tarikh untuk memulakan kerja bagi calon yang berjaya dijangka pada awal bulan April 2022 (bagi kemasukan April) dan akhir bulan September 2022 (bagi bulan September).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan untuk KGP sesi April 2022 dan September 2022 (permohonan awal) sudah ditutup.
Sila ikuti media sosial kami untuk maklumat terkini.

WEBSITE: https://www.bnm.gov.my/careers


For specific enquiries on :

Job application and Internship
recruit@bnm.gov.my

Scholarships
+6(03)-26915963

Kijang Graduate Programme
kijang.GP@bnm.gov.my


Nota Jemari: Bole war-warkan kepada mereka (Graduan) yang belum mendapat pekerjaan, sedang mencari pekerjaan. Kita berusaha, semoga berjaya!