Mula nya nak juga gi tempah baju tapi pung pang sana sini, last-last terlupa plak nak gi hantar tailor.
So, malam tadi lepas berbuka, kita kluar la kejap ke jalan TAR.
Share kejap menu berbuka malam tadi. Kita masak nasi lemak aje. Simple dan cepat!
Ayam bakar tu pun jiran sebelah yang bagi. Alhamdulilah rezeki lagi.
Tekak terasa nak minum tealive, nasib baik kedai dekat je ngan rumah.
Order online, pastu terus pick up je kat kedai.
Memandangkan hari ni cuti umum kan, tu yang gigih juga kluar memalam ke sana.
Bertahun tak jejak situ oiii hahahha banyak betul perubahan.
Kedai-kedai pun ada yang bertukar ganti.
Kami park kat Sogo. Bertahun juga tak jejak ke Sogo.
Next time kita cuci mata kat dalam Sogo.
Malam tadi memang niat nak ke jalan TAR aje.
Baju budak-budak berdua dah setel MAMA dia belikan.
Baju MAMA nya pun dah siap ditempah.
Tinggal baju Nina aje la yang tak jumpa-jumpa lagi ni.
Al-maklum sejak dok rumah bekerja ni, memang takde la nak membeli baju baru kan.
Tambah plak tahun lepas pun kita tak beraya sangat kan, memang beli online aje la.
Tapi tahun ni saja la nak join memeriahkan jalan TAR juga. Hahahha... moh la kita masuk dari satu kedai ke satu kedai.
Tapi nina frust sebab tak jumpa yang berkenan di hati.
Bila dah jumpa , saiz plak takde. 😅
Ini la padahnya kalau persiapan last minit.
Plak tu semua nak dibelinya.
OK tahun depan kita prepare tempahan baju raya awal-awal tahun ye😜
Nak share sini, kan kami park kat Sogo kan.
Jam 10:30 malam Sogo dah tutup oiii!!!
Berderau darah tengok pintu dah tutup!!
Camne nak balik ni weii??
Camne nak amek kete kat parking tu?
Tengok jalan punya la dah sesak tepi Sogo tu.
Terus terpikir jalan kluar dari basement!
Ha gigih la kami masuk ke pintu kluar basemnet tu.
Dah le parking kami paling bawah sekali.
Adoiii!! Memang keje gila betul la.
Hahaha tapi dah terpikir, kalau memang tak dapat masuk amek kete malam tadi, kita balik je la dulu naik LRT. Pagi ni baru jenguk kete. Nasib baik masih bertuah kami. Bila dah jumpa jalan penyelesaian, terus la cecepat pegi kat kete dan kluar- dari basement Sogo. 😅😅
Si Uyum plak dan dan tu la dia nak shi shi oiii!!
Nak gi toilet memang tak dapat dah le.
Semua pintu pun dah tertutup.
Sudah nya , ada botol dalam kete, ha kita sua kan aje.
So, kesimpulan nya paham paham aje la ye apa yang berlaku seterusnya 😅
Kalau tak paham, korang buat-buat paham sudah!😜
Siang tadi, kami ke KL East Mall.
Konon tak jumpa baju berkenan kat jln TAR, maka nya menacari plak baju kat KL East Mall.
Kan situ banyak juga la butik-butik.
Tapi seriously laaa.... takde juga yang berkenan... Tambah pulak klu ada pun saiz baju yang tinggal hanya saiz S-M aje ðŸ˜
Arghhhh mana nak cari ni weii???????
Sudah nya ako order online juga la jawab nya ni.
Harap-harap yang online tu, menepati la saiz ukuran nya.
Kalau tak, kita pakai aje la baju tahun lepas ye..sob sob!!
Korang dah buat persiapan ke tu??
Nota Jemari: alhamdulilah, baju lama pun baju lama la kan.... Janji dapat raya😅
15 Comments
PC pun tak buat apa lagi. Biasa mood meletop bila dah sampai kampung.. Hihihi.
ReplyDeleteSelamat membuat persiapan raya
ReplyDeleteAduh, cuak sungguh kisah parking di Sogo tu 😅
ReplyDeleteSetakat ni saya belum beli baju baru, rasanya pakai yang sedia ada je kot. Pasal jarang-jarang berbaju kurung, beli pun tak pakai sangat membazir pulak. Tak taulah esok2 kot melintas baju kurung riau cantik, terbeli jugak kot..hehe
Kat Sunway Putra pun byk jugak choice kak Ret. Kiteorg tahun lepas beli kat situ je senang. Tahun ni dah beli baju budak2 kat Sogo sebelum puasa, baju kiteorg recycle je yg tahun lepas punya hehe
ReplyDeleteTak siap apapun lagi .. Sibuk nak pindah rumah tak settle lagi..
ReplyDeletePerut makin besar ni tak tahu nak pakai apa. Nak beli yang murah dan biasa je. Sebab nanti boleh let go tanpa rasa serba salah. Tapi masalahnya tak thu yang macam mana. Silap2 pagi raya nanti pakai abaya je. hehe
Sedapnya Tealive.. Lama pantang ni.. Haha.. Baju raya.. last year yang tak pakai lagi pun ada... Tapi beli lagi sehelai kat Shopee! Hahaa.. Alhamdulillahhh setelah baca komen dan feedback, sampai helokkk.. Tak terlalu besor atau kecik.. Kalau besar leh alter.. Kalau kecik, risau tak sempat nak kecikkan badann walaupun puasa .. Hahaa
ReplyDeleteMeriah orang shopping raya tu. Fuhh..mujur ada jalan keluar. Bukan patutnya ada guard ke suruh keluar bila mall nak tutup. Tak pasal Uyum membuang dalam botol. hehehe...
ReplyDeleteHarapnya okaylah nanti baju raya tu. Last minit shopping memang tak ada pilihan. sedih betul kan.
Malam tadi aku dh baca guna hp.. tak komen.. so komennya dah hantar kat wahtsapp malam tadi kan hahahahaha
ReplyDeletebaju ammi & anak dara dah beli sebelum Ramadhan sebab anak dara nak masuk asrama. kang satu hal pulak nak cari size dia..dia dahlah tinggi melangit.
ReplyDeleteni tinggal nak cari baju lelakis dalam rumah ni
Settle baju raya Dania semalam...cukup la tu...SA nyer dah beli online awal2..tinggal nak tunggu sampai jer lagi...serik la pi Jln TAR...dulu masa muda2 boleh la gagahkan diri ke sana...la ni...erm...x larat aih....
ReplyDeleteMeriah naww shopping jalan tar. Saya tak pernah pergi shopping jalan tar malam - malam. Selalu shopping jalan tar siang - siang.
ReplyDeleteSpoil betul bila dah jumpa yang berkenan, tapi tiada saiz lah pulak. Memang sedih lah mengenangkan baju itu siang malam.
syu dah dpt baru raya, beli online je. nampak mcm muat, tak try pon lagi. haha
ReplyDeleteSelalu tiap2 tahun ccl beli baju yg dh siap readymade . Sekarang memang susah nk cari toilor yg betul2 jahit baju dgn elok .
ReplyDeleteastaga...uyummmm!!! hahahahahhaha!!!
ReplyDeletebaru ri tu suami tunjuk berita jalan TAR sesak sempena nak raya ni..
cantik2 baju raya depa ni
ReplyDeletejom tengok baju raya jakel pulak sis..mana tau de yg berkenaan
https://jakel.my/latest-news-eng/baju-raya-2023-mengancam/
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com