Assalamualaikum...
Bersiaran kembali setelah offline weekend aritu.
Hahahah malas betul nak on laptop hujung minggu baru-baru ni.
Nak update kan henpon pun xde semangat.
So arini kita cuba la ye update mana yang tertunggak minggu lepas.

Berbalik pada berbuka hari Jumaat lepas, ako plan berbuka kat luar je ngan geng-geng sekolah.
Lokasi Restoran Dancing Fish menjadi pilihan.
Terletak di tingkat 3, Bangsar Shoping Centre (BSC).

Tema makanan : Malay-Indo Cuisine.


Ingat tak sebelum ni ada cerita yang member sorang tu kena kerja kat luar Malaysia kan.
Kebetulan awal puasa aritu dia pulang Malaysia kejap. Tu yang gigih plan berbuka sesama before dia fly balik ke sana malam tadi.


Dah kata tema makanan malay-indo, maka nya menu kali ni kita cuba makanan dari seberang la ye.
Emping ngan kurma ni memula kami ingat kan free aje hahahah...
Sekali masa nak bayar, tengok bil, eh kena charge plak dedua makanan ni.
Kalau tau, kami tolak emping tu sebab semua pun x makan hahaha😅
Dah le memula tu dia charge 2 set emping tau! hahah... sebekas tu tak silap ako RM5++


OK jom tengok menu utama kami malam tu.
Dimulakan dengan appetizer haha..
Set platter ni ada sate ngan kuah kacang indon tu, tempe goreng, salad apple ijo, cumi-cumi, tauhu dan sambal-sambal.


Nafsu membuak-buak oii hahah macam-macam juga kami order.
Yang ini ayam goreng berlado. 
Texture ayam dia memang lembut sangat. Lado nya pun pedas, memang cukup rasa la!
One of my favorite kalau makan kat situ.


Terong berlado. Boleh pilih nak sambal merah atau ijo atau kedua-dua sekali.
Tapi yang ini kami pilih sambal merah aje la ye.


Sambal udang petai! Perghhh makan ni memang 'harum' la bau toilet hahaha...


Dancing fish @ ikan terbang kalau kat tempat lain, antara menu wajib kita order.
Selalu ikan masak ni akan menggunakan ikan talapia.
Ranggup sangat-sangat sampai ke tulang-tulang bole makan hahaha..
Tapi ako rasa Sari Ratu punya ikan terbang ni lagi sedap sebab tak terlalu ranggup n still juicy.


Yang ini plak tauhu telor. Kuah nya bole tahan pedas gak tu.
Ini antara speciality kat situ selain ikan 'terbang' tadi.


Masak lemak pucuk paku.


Ikan siakap bakar. Boleh pilih juga nak cicah ngan sambal ijo atau sambal merah or korang bole je add-on cili kicap or air asam.


Last sekali untuk menu utama kami hahaha kangkung belacan.


Akhir sekali kami sudahi dengan desert banana caramel with ice cream.
Portion nya memang banyak.
So, ekceli menu banyak ni bole makan 5-6 orang hahaha...
Tapi kami melantak 4 orang je.
Nampak tak memasing mentedaghah sungguh 😆😆


Untuk set menu pun ada tau sempena ramadhan ni.
Bole usha juga menu yang lain kat website dia tapi ako suggest korang booking nanti diorang bagi latest menu thru wasap. 

Kepada yang nak mencuba, bole la ke :-

Dancing Fish Malaysia
Lot T120 & 121, 3rd Floor
Bangsar Shopping Centre
Jalan Maarof, Bukit Bandaraya
KL
Tel: 03-20956663
Opening Hours : 11:30 AM to 10:00 PM

Nota Jemari: Selamat mencuba dan berbuka!