Ingat lagi tak cerita yang "Bila Show Abin Dibatalkan" dua bulan lepas? Kisah pembatalan tu disebabkan adanya pelajar-pelajar senior yang bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM. Itu antara sebab utama konsert yang sepatut nya mereka join terpaksa dibatalkan disaat-saaat akhir. Tak pasti apa relevan nya dan kalau sudah tau pun berkenaan SPM trial tu, sepatutnya dari awal mereka tak perlu bersungguh-sungguh berlatih, ye tak?

OK abaikan mende yang dah lepas, kita fokus kepada konsert mereka yang akan datang.

Ye betul!!
Pelajar-pelajar dari sekolah abam abin sekali lagi dijemput untuk membuat persembahan.
Kali ini, mereka akan turut serta dalam "Expo Muzikal 80an - Tribute to Mamat Khalid"

Alhamdulilah kemain seronok la diorang.

Konsert Aspirasi Muzikal IV 

pada kali ini bertemakan

Ekspo Muzikal 80'an

X

Tribute to Mamat Khalid. 

Tarikh : 10 Disember 2022 (Sabtu)
             11 Disember 2022 (Ahad)
Masa : 8.30 mlm - 11.30 mlm
Tempat : Performing Arts Theatre (P.A.T)
MSU Shah Alam


Mereka yang bakal membuat persembahan terdiri daripada :-






Slot Khas pada akhir program merupakan satu penghargaan kepada Sutradara tersohor Malaysia iaitu Allahyarham Mohamad bin Mohamad Khalid @ Mamat Khalid sebagai menghargai jasa beliau yang pernah merancakkan industri perfileman tanah air.

Lagu-lagu yang sering dimain Allahyarham Mamat Khalid akan diperdengarkan semula oleh Kumpulan Wind Orchestra bersama kumpulan penyanyi MRSM. Video track khas yang dipilih oleh Amen Khalid (anak Allahyarham Mamat Khalid) juga akan dipaparkan.

Pada hari ke-2 ucapan khas oleh ahli keluarga Allahyarham yang bakal disampaikan oleh Amen Khalid.



Wah mesti meriah kan konsert tu nanti. Tapi sayang dihari kejadian Nina takde plak kat Malaysia.
Semoga show ni akan berjalan dengan lancarnya... Amin!!

UPDATE!! 
Kalau ada yang nak join, bole beli tiket kat sini - - > https://muafakatmaramalaysia.onpay.my/order/form/1

Nota Jemari: Tak sangka ada bakat abam abin jadi "ahli muzik!" hahaha