Trip hatyai kembali lagi. Gegirls trip plak ngan geng geng opis. Trip ni asalnya bulan november tapi sebab memasing bizi sampai terlupa nak book tiket. Sudahnya tren pun penuh jadi terpaksa la kita cari date lain. Cari punya cari dapat la tarikh arini 8 Disember (semalam). Ini pun seat dah last last kopek orang cakap. Sebab hampir full juga semua koc. 


Macam macam hal yang jadi especially dalam koc 😂 kecoh yang amat. Tapi abaikan hahaa... Dengan train delay sejam.  Patut kami bergerak jam 10:50 malam tapi semua trip pun jadi delay. Tepat jam 12:00 tengah malam baru kami berlepas.

Tak kisah la lambat ke cepat janji dapat gak naik tren ni sebab sian ada satu adik ni sampai terlepas tren nak ke gemas. Maybe sebab tunggu lama sangat sampai dia jalan jalan dulu dan tak sangka tren yang sepatut dia baik dah berlepas rupanya. Kesian tengok muka dia.. Tak tau la apa jadi kat dia lepas tu. 


Seat ako kali ni betul betul sebelah ruang tempat letak bag. Masuk segerombolan geng MCA, main 'park' je bag memasing kat tengah jalan. Ha tak pasal pasal bag tu berjalan sampai kat tengah koc🙄

Ermm malas nak cakap lelebih, padahal ruang atas kepala punya la kosong... 


Rimas dengan geng geng diorang, kami plan lepak kat cafe. Kebetulan ako tengah kelaparan. Sambil makan sambil borak recap balik apa yang jadi dalam koc awal awal tadi. Berderai gelak kami berdua bila ingatkan insiden insiden yang berlaku tadi 🤣🤣🤣

Now dah jam 1:40 pagi.
Nak sampai area ipoh tapi mata tak bole nak lelap. Jangan tak tido sampai kesudah, naya kang letih mood kelaut 😅😅

Ok la nanti sambung lagi ye trip gegirls ni. Stay tune!

Nota Jemari: haha citer hatyai yg aritu pun x habis lagi kongsi kan😅