Pertama kali nak cuba masuk contest! Memandangkan abang Aqeem ni ada penyakit darah gemuruh, kurang konfiden dengan diri sendiri, maka nya kami setuju aje la dia nak masuk contest ni. Memang takde la nak melatak harapan yangn tinggi sebab tau dengan kebolehan dan kelemahan yang ada pada diri dia.

Untuk dia berani nak cuba masuk sesuatu pertandingan yang melibatkan ramai orang, memang kami salute la! Bukan mudah bagi dia nak berada di tengah-tengah tumpuan ramai. Bila dia dah buka hati tu, kita layan kan aje. Tak perlu nak paksa nanti kelaut jadinya.



Pepagi buta hari sabtu lepas 3 Disember 2022, bergegas la kami ke Dewan PT80 DBKL yang terletak di belakang bangunan Hanifa , jalan Bunus. Ye betul berdekatan dengan Semua House.

Kata nya jam 7 pagi dah kena ada kat situ untuk pendaftaran.
Makk aiii inngat kan kami yang awal rupanya ramai lagi yang dah sampai awal daripada kami.
Gigih tengok mereka mereka yang bakal bertanding.
Teringat zaman sekolah, last minit ako kena join team badminton untuk pertandingan peringkat sekolah sekolah di Johor. Hahhaa dengan takde pengalaman nya, tetiba jadi bidan terjun. Memang kelakar la masa tu tapi pengalaman tu memang sangat berharga. 

So. kami pun nak berharap abang aqeem menang, memang takde la sangat.
Tapi kami berharap pengalaman yang abang aqeem dapat dengan join contest ni akan menjadikan abang aqeem lebih bersemangat dan sentiasa bersiap sedia.



Acara Poomsae Male Normal age 11-12 tahun (kategori white & yellow belt).

Acara poomsae ni bukan yang lawan-lawan tu tapi dia lebih kepada menunjukkan gerak geri pertahan diri secara perseorangan atau berpasangan.

Rata-rata yang datang situ, memang nampak la diorang punya effort dan kelebihan.
Untuk abang aqeem, keep it up! You've done your best! Next time kita cuba lagi!

Nota Jemari: satu pengalaman yang berharga