Lepas sarapan di Dimsum Chabura , kami takde plan. Hahah dah kata nak santai-santai sambil jalan jalan cari makan je kan. Maka nya kita decide ke Central Festival Mall iaitu mall terbesar di Hatyai. Dari dimsum ke Festival Mall tu kami naik tuk tuk je. Tapi berlainan jenis tuk tuk kali ni yang kami dapat. Tuk tuk jenis Hilux. Hahahha awal awal lagi drebar ni dah 'aim' laki sis lin.😆 Siap cakap, "eh macam kenal!" Ha sudah! Cuak juga abang sabar kita tu tapi rileks, hahha biasa la teguran spontan bagi nak tarik kita naik tuk tuk dia je tu. 

Nak tak nak sebab dah takde tuk tuk lain ketika tu, so kami naik la juga hilux tersebut.
Memandangkan ako malas nak kena panjat belakang hilux tu, so ako ajak si sunah duduk kat bahagian dalam. Ber aircon la sket kan, selain rasa selesa hehehe..



Hujan oii masa ni tapi takde la lebat. Kita hai hai kakak kat belakang hilux tu ye.


Pusing kiri, pusing kanan, sampai la kami kat Central Festival Mall, Hatyai.
Wah ini la rupanya tulisan yang selalu nampak orang post tu.
Rupanya tulisan tu kat tempat tunggu bas / teksi daaa....



Sampai dah kami kat situ. Mall ni sama je macam mall kat Malaysia cuma yang beza nya , nak masuk situ kena la buat spotcheck dulu macam kat airport tu. hehehe... Tapi memang setau ako mana mana mall kat Thailand ni akan ada procedure check badan dan bag macam kat airport. Ni semua maybe gara-gara terlalu banyak sangat kes kes bom sana sini di Thailand kan.

Eh eh ekceli mall tak buka lagi waktu ni. 
Ermm dah tu nak buat apa eh kat situ?

Rilek!

Kita minum dulu.
Hahahah baru lepas sarapan, mau minum lagi kah?

Kebetulan hanya starbuck saja yang buka awal pagi oii kat situ.
So, mari la kita mengopi dulu.



Ekceli ako tak compare sangat harga merchandise dia tapi ada yang cakap merchnadise starbuck murah lagi kat thailand ni. Memandangkan ako bukan peminat barang SB, maka nya takde la beriyer ako membelek2 nya. Tapi kalau barang barang HRC memang fav ako oii!! Kat hatyai ni takde plak HRC, kalau ada konpom tempat pertama yang ako tuju dulu haha. 


Awal pagi tak ramai lagi orang. Kami pun just chill chill aje la. Betul betul melepak kat SB ni hahah. 


Baru sarapan, aikk order lagi?! 
Haaha saja buat geli geli dan mengunyah. 


Dah jam 10 ke 11 waktu ni. Kedai pun dah buka, moh la kita pusing pusing dalam mall. 






Kat bahagian bawah mall ni ada banyak gerai gerai jual pelbagai jenis makanan. Tapi kena hati hati juga sebab dia bercampur dengan gerai yang tak halal. Mula nya tak tau nak beli apa. Kami plan tapau je makan kat hotel je nanti. Memandangkan petang nya tu nanti kami nak makan seafood buffet, jadi lunchtime tu takde la nak melantak sangat kan. 


Nampak kedai dessert ni kat Mall tu. Tengok comel comel je kek nya.. Kita beli 2 3 ketul. Tapi rupa je cantek haha kualiti kek kureng. Kek span je pun. Rasa pun so so je la. 


Masa ni pestime dapat pulut mangga sepanjang kat hatyai. Yang ini pun ako kureng. Tak umphh macam makan kat Bangkok dulu. Tak tau apa yang tak kena. Masih bole makan tapi tak sesedap yang ako pernah rasa la sebelum ni. 


Balik dari mall kami lepak kat pool kejap. 
Panasss nya laaa, syiok kalau dapat terjun ni tapi tak bawa baju mandi plak hahaa. Jadinya kita takat tengok tengok je la air pool tu. 


Cantek gila awan dia... Cuaca cerah!! 
Dapat ABC sedap gak kan haha #tiber nak sebut ABC. Nak cari eskrem kelapa pun tak jumpa lagi ni. 



Jom la kita gi massage dulu. Sedap oiii dapat urut bahu kaki yang lenguh lenguh ni. Rasa segar tetiba... 

Ha terus rasa lapar memasing... 
Mana lagi kalau tak ke bufet seafood kloang hae!! 

Next entry la ye☺️

Nota Jemari: kita cuba update laju laju ye