Eh cop jangan konpius k hahaha...
Trip hatyai yang memula ngan bloggers tu bole baca full version kat blog sis lin dan cik sun. Ni ako nak continue cerita trip hatyai dengan opismet ako plak ye. 

Plan asalnya sebulan lepas trip ngan blogger memang dah plan nak buat trip gegurls ngan geng opismet ako plak. Tapi pung pang dengan kebizian memasing, tiket pun dah habis masa kami nak beli. Dengan nak PRU nya lagi masa tu, cari punya cari date yang sesuai akhirnya kami dapat le beli tiket untuk tarikh 8 Disember jam 10:50 malam. Itupun last koc yang masih ada beberapa seat kosong je lagi. Tak dapat la duduk sesama ye. Kami is OK janji selamat sampai ke destinasi. 😆


Di hari kejadian, ETS malam tu semua pun delay. Tak tau la sebab apa. Tapi kami bersyukur tren lewat sebab sampai kat Padang Besar sepatut nya jam 4 pagi terus lajak ke 6:30 pagi kami tiba. Just nice je, kalau tak memang dah mati kutu sampai sana tak tau nak buat hape hahaha..

Tepat jam 12:00 pagi (9 Dis) tren kami berlepas. Smooth sangat cuma yang tak smooth nya jadi kecoh dalam koc pasal seating arrangement. Malas nak citer pasal apa yang terjadi dalam koc malam tu, kita lupa kan je la segala kekecohan dan keserabutan kejadian tempoh hari hahaha.


Bergambar sebelum badai melanda hahaha... Kami dapat koc E, seat dah belakang-belakang gitu. Ekceli suka je seat hujung hujung ni sebab senang nak gi toilet bagai cuma yang tak best nya bila seat ko betul betul kat sebelah tempat bag.


Mula tu memang dah cantek je susunan bag-bag tu. Memang tak mengganggu langsung laluan. Sampai je stesen Sg Buloh, ha kat sini la bermula nya kekecohan.


Bag pun sampai berterabur diorang letak. Sampai menghalang laluan . Dia ingat ako tukang jaga bag ke camne tu? Hahah ada sekali tu bag bergerak-gerak oi sampai ke tengah jalan. Sekali ok lagi tapi kalau sepanjang jalan ko nak menghadap bag ni, memang ako boh layan je la. 

Dah le passanger sebelah ako ni ambil ruang yang banyak untuk dia tido. Dia ingat dia tido atas katil ke camne tu??? Sampai sakit-sakit badan dibuatnya. Udah le dia turun kat station Alor Setar OK!! Bapak lama ako menahan sakit badan sepanjang perjalanan tu. So ako tido tak sepanjang dalam tren??? Of coz la tak dapat nak tido. 


Mesej member ajak gi Cafe. Hahhaha dapat la santai-santai mengopi kejap kat area cafe tu. Kali ni perjalanan tak terasa sangat , tup tup dah sampai Padang Besar.

Usai solat subuh, ako berurusan dengan Pens Leisure untuk collect van & borang imi. Kali ni plan nya kami chartered satu van untuk pakej 1 hari ke Songkhla dan juga pergi-balik dari padang besar - hatyai - padang besar. Sesape nak chartered van boleh contact Cik Tie --> +60 13-645 1176 (whatsapp)


Van masih jenis yang sama masa ako pergi kali pertama tempoh hari. Kali ni kami dapat driver yang boleh komunikasi dalam bahasa melayu sepenuhnya.


Excited memasing, alhamdulilah selamat jejak kat bumi Hatyai. Masa kami sampai kan baru je lepas kejadian bom yang dekat tren masuk hatyai tu. Tipu la kalau cakap tak takut tapi kita tawakal je la. Dan syukur sangat walau hari terakhir tu ada kejadian bom kat town, kami tak sedar langsung sebab suasana kat sana ketika tu macam takde pape pun kejadian buruk berlaku pun masa tu. Kami tak tahu menahu sampai la ada satu influencer or youtuber buat live tanya kat kami, "apa perasaan waktu tu? Ada polis soal siasat tak? Ada sesape tegur tak?" 

Kami macam pelik la kenapa dia tanya soalan camtu. Then dapat mesej dari rakan di msia bagitau keadaan di Hatyai ketika itu, baru la kami tau ada kejadian terkini bom rupanya. Syukur sangat tiada kejadian buruk berlaku sepanjang kami kat sana.

Lapar!!

Masuk je Hatyai kita cari sarapan dulu. Ako minta hantarkan ke kedai Dimsum Chabura tapi faham faham je la masa tu dah jam 9 pagi. Sudah pastinya kedai dimsum tu dah full house kan.

Jadi nya drebar bawa kita je Zaina Dimsum.


Kedai ni tak besar macam chabura tapi boleh la juga korang try. Kedai dia dua tingkat. Masa kami sampai, area bawah dah penuh jadi terpaksa la kami ke tingkat atas.





Kat sini harga dia standard 20 baht tapi kami konpius sebab masa bayar baru pasan macam mahal plak. Tu yang tak sure dia kira seketul 20 baht atau sepinggan 20 baht. Masa bayar tak perasan sebab bila dapat resit semua pun dalam tulisan thai. Try translate tu yang macam terkejut sebab bayar mahal sangat dan cuba gak kami kira tapi tak sure nak kira seketul ke sebekas hahaha... Klu ikut bayaran macam 20 baht utk seketul ... 😅 so kami pasrah je la. Mungkin kami yang salah faham, ingat kan sebekas tu 20 baht. ... iskk abaikan.


Dah kenyang sarapan, tapi hujan masih turun. Plan asal lepas sarapan nak terus ke Songkhla. Tapi hujan plak tak henti-henti, macam no point pun kalau ke Songkhla sebab bukan bole layan view nanti dalam cuaca macam tu. Nak posing-posing pun konpom memasing 'layu' di tasik madu je kang hahaha... So setelah berbincang, drebar kami si Wan terus bawa ke kedai Kaysorn - souvenir shop.

Alamak sampai hari pertama je dah nak soping ke?? Masak ar kalau memasing dah start soping ni.😅 Seriously mula ako tak tau menahu pun tempat soping yang satu ni. Sekali sampai, makk aiii semua pun rambang mata. Kira kan tempat ni One Stop Shopping Center gitu!! 



Macam-macam pilihan jenis tshirt dan kraftangan. Bag-bag serta barang-barang souvenir yang lain pun
senang dapat kat sini. Yang pasti bawa duit secukupnya je la.


Untung nya soping kat sini, beli 10 percuma 1 atau 2. So berbaloi la korang datang sini beramai-ramai pastu share beli sama-sama. Dah la ada offer camtu, ditambah lagi diorang akan bagi diskaun setiap barang 10% tau!! Memang rasa semua pun nak diborongnya.

Sorry sis lin & sunah sebab tak tau pun kewujudan kedai ni masa kita gi aritu.
Kalau tak lagi jimat dan banyak la korang memborong gamak nya 😝



Penuh belakang van... Dah le belum sempat check in lagi kan. Tambah plak dengan barangan belian soping kami Hahahaha... Nasib baik la van tu besar.

So next kita gi mana plak??


Tak ingat nama tempat ni... Kira kilang tempat jual kacang-kacang dan pelbagai jenis snak, kudapan dan eh macam-macam jenis makanan kering lagi la.

memandangkan kacang-kacang yang sebelum ni beli pun masih belum habis, so takde la ako nak borong kacang-kacang lagi kan. So kita cari snek kudapan plak je la.





Kat sini memang puas la nak cari snek-snek. Macam macam ada oii... Rambang mata nak beli apa.
Last-last kita beli je la kacang Koh Kae tu. Kat situ banyak sket perisa lain-lain. Ada besar, ada kecil. Berbaloi la ko borong banyak-banyak hahah.

Crispy seaweed ni pun ako beli gak. Since tak berapa nak berat kan hahah maka nya ako borong juga la ye. Ada pelbagai jenis perisa juga tau. Sebab ako x jumpa perisa lain kat msia (maybe korang ada jumpa tapi ako x jumpa) hahaha so ako beli je la dah alang-alang nampak tu kan 😆

Patut lepas borong kacang, drebaa nak bawa kita gi kilang bag kulit tapi dah semua pun x terasa nak beli bag, jadi nya jom la kita proceed ke hotel aje. Berlengas dah ni almost 24 jam tak mandi-mandi kan hahah...



OK jom check in dulu, muka memasing dah keletihan tapi ini pun check in pastu mandi siap-siap, kita kluar balik hahaha.





Kali ni kami stay kat Hotel Centara Hatyai. Dari luar nampak simple je hotel nya tapi bila dah masuk naik atas, wow impresif juga la!! Hotel ni tak silap ako memang hotel lama tapi ianya terletak kat tengah-tengah bandar Hatyai so hotel ni antara hotel pilihan juga la. Kalau korang sejenis tak kisah dengan harga, bole la masukkan list juga hotel ni. Yang best nya sebab ianya terletak betul-betul di hadapan Lee Garden Night Market. Memang sangat meriah waktu malam kat kawasan ni.



Kan trip Songkhla terpaksa cancel, jadi nya lepas dah mandi wangi-wangi, kita plan jalan-jalan tanpa arah tuju , ha gitu!!! Masa ni dah jam 3 petang waktu sana la. Masih hujan lagi!

Tup teringat nak jejak juga la Masjid pertama kat Songkhla atau lebih specific lagi Masjid Hatyai yang terkenal di kalangan warga Malaysia. Ha nape ako cakap camtu?!! 


Masjid ni ala-ala Taj Mahal katanya. Nape ia terkenal? Sebab nya ramai rakyat Malaysia yang berkahwin kat Siam, ha ni la masjid yang akan mereka jejak. Takde lain selain masjid tersergam indah kat tengah-tengah Songkhla / Hatyai ni. Sekali pandang macam masjid terapung kat Terenganu tu hahaha. So kalau laki korang tetiba nak ke Siam, ha better korang cari kat Masjid ni dulu 😆


Berhadapan dengan masjid tadi terletak nya tempat makan baru je dibuka dalam bukan November 2022 aritu. Nama nya Sea Verse  Cafe (Halal & Muslim-friendly). Actually kalau tak hujan, view dia sangat cantek. Berlatar belakang kan sawah padi. Masuk sini dah kena bayar ye dalam 20 baht. Tapi kalau makan kat cafe dia, korang akan dapat rebet balik 20 baht tu masa buat payment.



Ikutkan kalau tak hujan memang nak pusing-pusing OOTD area tu tapi apa nak buat, hujan membatasi pergerakan kami. Sudahnya moh la kita lepak-lepak minum petang katanya.😅






Kami tak order banyak pun sebab baru lepas makan... dan jap lagi rasa nak makan lagi.
Jadi nya kami order sekadar nak cuit cuit rasa je la ahaha... Oh ye food kat situ adalah western so takde la excited sangat nak makan hahaha.



Pas minum petang, kami ke pasar. Konon nak cari gula kabung / nise untuk buat somtam, colek petis ni hahaha macam-macam lagi la pes nak dicarinya. Alhamdulilah jumpa juga, gula ni sampai jadi kemoskelan masa scan kat imi. Hahhaha ada ke patut dia ingat kami seludup barang 'haram' 😅 Cuak gak le memasing masa member sorang tu kena tahan soh buka bag dia. Cari punya cari apa jadah barang yang buatkan dia kena selongkar bag semua, rupanya disebabkan gula tu hahaha...


Gini la rupa gula kabung / nise tu 😅 Alhamdulilah nasib baik la lepas , takde insiden yang tak diingini. Suspen betul masa tu!!




Last tempat yang kami singgah adalah ke ASEAN NIGHT Market.
Sebab ako takde apa nak cari kat situ, jadi kita bawa je la mereka yang pertama kali datang melawat lihat-lihat apa yang patut. At least derang dapat bayangan camne la ghopenya ASEAN NIGHT MARKET tu ye tak?!

Kami terpaksa skip Floating Market sebab keadaan hujan yang tak mengizinkan kami ke sana waktu tu. Lagi pun takut banyak gerai yang tutup disebabkan hujan.





Sempat la melawat ke bahgaian atas ASEAN MARKET tu. iaitu tempat makan. Memang pelbagai jenis makanan ada kat situ. 


Penat dah.... kita temankan mak buyung berehat la kejap sementara tunggu yang lelain menyopingkan diri. 


Dan kami menghabiskan sisa-sisa malam hari pertama di Lee Garden Night Market. Makan cari pape yang patut. Window soping pape yang ternampak.... Dan memassage kan diri!! Lepas massage balik bilik, terus ako rasa seram sejuk badan hahahah.... Demam oiii!!! 😅 Nasib baik la tergerak bawa panadol dan segala ubat mak nenek bagai hahaha...

Tido dan alhamdulilah rasa segar esok nya!
OK nanti sambung hari ke dua....
Sorry la ye, dah hampir sebulan nak setelkan citer Hatyai ni....
Dengan kesihatan yang tak menentu seminggu dua ni, harap takde yang ternanti-nanti kisah-kisah kat sini.... 😁

Nota Jemari: jangan ada rindu hahah