Hujan malam tadi tu, sedap tido.
Tapi nasib baik terjaga awal gak.
Kami memang target nak kuar sarapan sebelum jam 6 pagi waktu sana.
Alhamdulilah semua pun berjaya menyedarkan diri dan bersiap 5:55 pagi.
Tahniah! hahaha.....
Subuh kat sana jam 4 pagi ye. So memang gigih la nak membangun kan diri mula-mula tu.
Dengan hujan lebat malam tadi tapi end-up #clap #clap untuk diri sendiri.
Kul 5 pun dah terang dah kat sana.. Apa la sangat subuh jam 4 pagi tu kan.
Macam suasana kat Sabah je pun hahhaa....
OK r'u ready untuk penjelajahan hari ke-2???
Hari ni memang hari santai-santai aje tau!
Yang tak best nya kluar awal-awal pagi area tu, takde tuk tuk atau teksi.
Kebiasaan nya, kita keluar je hotel akan ada tuktuk atau teksi akan tunggu depan hotel, kan.
Tapi nasib kami kurang baik aritu. Satu teksi or tuk tuk pun takde . Jadinya terpaksa la kita jalan sikit ke jalan besar dengan harapan akan ada la barang seketul tuk tuk yang berhenti.
Nan ado kisahnya!! hahaha...
Ikutkan google map, tempat yang kami nak pegi ni takde la jauh mana.
Itu kata google map la kan tapi macam malas nak jalan sampai ke tempat makan.
Pusing pusing google map tu sampai tersesat kami.
Tapi alhamdulilah dalam macam blur blur nak cari jalan yang betul, lalu la seketul tuk tuk.
Susahnya pemandu tu tak bole plak nak berbahasa melayu pr english.
So senang citer, ako tunjuk je gambar kat google map siap dengan alamat.
Rupanya dia pun tak pernah sampai area yang kami nak pegi tu.
Ermm..... berpandukan google map yang ako ON sampai la kat kedai makan tu, cecepat kami bagi isyarat tanda dah sampai tempat yang nak dituju.
Sarapan di Dimsum Chabura antara tempat sarapan yang wajib korang pergi.
Masa sampai tu mula ako ingatkan salah kedai hahaha... Pintu masuk dah macam masuk kedai cina.
Kedai ni dibuka seawal jam 6 pagi hingga la 2 petang.
Kena datang situ awal-awal tau. Masa kami sampai memang takde orang lagi.
So senang la nak cari tempat.
Macam biasa masuk je kedai terus amek nombor dulu. Pastu bole terus pilih dimsum.
Oh ye walau kat situ nama kedainya Dimsum tapi tetap la ada makanan lain juga ye,
So, kalau korang tak bole nak telan dimsum pagi-pagi, jangan risau, bole je order menu lain.
Ini Miang Kham. Buat pengemar miang kham ni, korang bole dapat gak kat kedai dimsum tu.
Fresh fresh dia buat.
Buah-buahan ni mula ako ingat just for display je tau. Ater berkilat benor ghope nya.
Dah macam buah plastik je kan.
Hahaha tapi silap! Ni memang buah yang boleh di makan ye anak - anak sekalian hahaha.
Kalau korang pun mesti was was nak makan kan kan kan 😅
OK berbalik harga dimsum, ada 2 saiz.
Yang besar harga nya 20 baht, manakala yang kecil harganya 15 baht sahaja.
Perghhhh Ako is rambang mata nak pilih.
Banyak gila pilihan wei!!!
Ikutkan semua nak dirasanya tapi kang takut pembaziran berlaku hahha.
Tapi dalam sorang-sorang dok pilih, hasilnyaa..............
Hahahha penuh satu meja oiiii!!!
Pengsan.... masa ambil memasing tak ingat-ingat.
Sekali bila dah siap, tudiaaaaaa....... pening nak perabihkan 😅
Masa ni ingat dah setel dah, sekali eh eh datang lagi tambahan dimsum nya.
Adoiii bila tengok banyak banyak camni terus ako tak bole nak sumbat banyak banyak.
Paling ako rekomen, gyoza goreng dia ni. Sedap weiii!!
Ada 4 jenis pilihan cara masakan gyoza ni, ako cuba ke-empat-empat jenis gyoza tu.
Semua pun sedap-sedap!
Makan panas-panas lagi la melethop anak tekak! hahaha
Sudah je kami makan, sekali berduyun orang masuk kedai tu. Nasib baik kami awal.
Penuh sesajo kedainya. Dengar citer masa Hari Malaysia dengan Deepavali tempoh hari, punya padat orang Malaysia dok pi Hatyai. Rezeki kami, pergi dalam suasana yang tenang aje , tak crowded sangat.
Ha dah kenyang, moh la kita jalan-jalan.
Kebetulan sebelah kedai dimsum ni ada 7-eleven.
Orang kata banyak mende rare kat 7-e sana.
Moh la kita jenguk. Risau ako diorang ni dok bincang nak bawa balik air ketum ni ke?
Hahahah kang tak pasal-pasal sangkut kat kastam Malaysia..
Isskk terpaksa la kita peratikan aje diorang ni, takut dendiam kang terbeli plak dia air nan satu tu😆
Bukan apa, risau plak kang terhoyang hayang lepas minum air tu.
Haru biru plak!!
Korang ghase ada yang beli ke tu??
Nota Jemari: Jangan buat hal 😁
13 Comments
Air apa tuh kak? Tulisan vitamin B12, tapi gambar cover kayak daun ganja 🤣🤣🤣🤣. Memang lah jangan macam2. Salah2 masuk jail pulak.
ReplyDeleteDimsum galore ❤️😍😍. Memang laah kalo dah pigi ke kafe dimsum, pasti kalap. Pilih segala macam 🤣. Tau2 dan banyak sangat..nampak sedaaap dimsumnyaa. Memang harus ramai2 biar bisa saling coba rasa
Betul la tu air ganja tu fanny.. Haha silap minum takut mabok dibuatnya haha..
Deletehuhu... jom la buat trip sekali lagi :D
ReplyDeletesila follow kak ct n sis lin hahaha kot diorang plan nak gi lagi naik kete katanya
Deletedimsum ni dlm wishlist.
ReplyDeletemoga tercapai la hajat aida nak ke hatyai lagi.
best sgt hatyai ni :)
Macam-macam jenis dimsum.
ReplyDelete7E ada jual air ketum?
mau tk rambang mata..byk sgt pilihan ...penuh hah meja tu
ReplyDeletebestnyee ada byk dimsum kat situ. gyoza dia nampak sedap..
ReplyDeletesyurga makanan kan kat haatyai..nak makan puas2 benda yang xde kat Malaysia better la pi sini...SA cadang nak pi sini gak tahun depan tapi lepas nikah la...heheheh....bukan honeymoon...tapi saje nak jenjalan
ReplyDeleteMacam syok je keluar pagi tu tak sesak macam peak hour. Macam macam jenis dimsum ada. Puas lah makan dimsum. Gyoza tu macam menarik je. Haa..jangan buat main beli air ketum..Nayaa...
ReplyDeleteKalau Sha pun, memang tak sedar ini.. Tahu-tahu je meninggi susunan bekas dimsum tu.. hehehe.. Banyak betul pilihannya..
ReplyDeleteBest bila sampai orang tak ada.. memilih makanan dengan tenang je.. Kalau ramai, pening..
ReplyDeleteMenyeronokkan!!!! Sedapnya dim sum oii... Teruja nengok banyak gitu! Tabah jela Tuktuk xde depan hotel..penat barangkali, takda yg shift pagi...KAHHHH
ReplyDeleteEh, ha ah..buah tu nampak cam bukan buah original..HAHAHAHA..
At the end, beli ketum kerrr..Apa lagi pelik kt 7E tu..huhu...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com