Dah setel check-in, solat kejap, jom kita lunch!
Perut dah lapar oii masa ni.
.:our first tuk tuk:. |
Keluar je lobi hotel, berderet tuk tuk dah menunggu.
Harga tuk tuk kalau area berdekatan 20 baht = RM2.50 seorang.
Kalau nak gi jauh sket, purata diorang akan charge 100-200 baht (RM12.50-RM25)
Perut dah lapar kan, ha moh kita cari makan dulu.
Misi JJCM pertama kami adalah ke Kai-Tod Detcha iaitu kedai halal masakan thai yang menjual ayam goreng tersedap kat sana. Eh eh rasanya semua ayam goreng kat Hatyai memang sedap sesangat. Ntah camne la diorang perap jadi ranggup dan lazat sekali (haha macam iklan plak 😆)
Ngam kami sampai ke depan kedai, hujan turun mencurah-curah. Nasib baik la sempat masuk dalam kedai walau tempias tu terasa la juga kan.
Masa kami sampai tu kan hujan baru je turun.
Meja pun takde yang kosong. Walau ada la juga nampak mereka yang dah habis makan tapi sebabkan hujan baru je turun kan, memasing pun malas la nak bangun.
So kami kena la tunggu dulu sampai la kelihatan meja kosong.
Kita order dulu. Nanti pekerja dia akan cuba carikan meja kosong untuk kita.
Dah dapat meja, bole la terus duduk ya.
Ingat! Order dulu kat pintu masuk then baru korang cari tempat duduk.
Kalau duduk dulu kang terus diorang tak layan korang nak amek order 😜
Tempat dah viral kan, confirm sentiasa penuh je kedai ni.
Tak dapat nak bayangkan masa Hari Malaysia ngan Deepavali aritu, betapa crowded nya manosia kan. Mau berejam nak menunggu giliran makan kat sini. Kalau betul-betul tengah lapar, boleh jadi singa dibuatnya hahaha...
Tapi korang jangan risau, kalau terlalu panjang sangat barisan nya, korang bole la makan dessert pulut mangga dulu kat kedai sebelah tu.
Kami aritu teringin sangat nak makan pulut mangga kedai sebelah tapi sebab tak bole nak bawa makanan luar masuk ke kedai kai-tod ni, makanya rasa mengidam tu tak habis-habis sampai la balik hahaha... Ekceli kedai kai-tod ni ada je jual mangga pulut tapi di hari kejadian diorang tak jual plak menu pulut mangga tu. Frust ahkak!
.:our first chai yen tea:. |
Perghhhhh, nikmat nyaaaaa!!!
Memang tak terkata dah air yang satu ni!
Hahahah Sis Lin tu siap order sampai 2 airnya.
Thai tea ngan macha tea.
Dedua pun dia cakap sedap...
Ako sebab tak minum macha so tak leh la nak compare kan.
OK jom tengok menu apa yang kami order.
.:Sup tulang rawan:. |
.:udang masak petai:. |
.: Daging spicy:. |
.:Tomyum seafood:. |
.:Kerabu Mangga:. |
.:Sayur kailan:. |
.:Sayur asparagus:. |
.:Ayam goreng crispy:. |
.:Pulut ayam:. |
Dalam banyak-banyak menu kat atas tu, of coz ayam goreng crispy paling viral ye kat situ.
Tak cukup makan satu, pasti akan tambah lagi satu.
Macam iklan KFC, .."sehingga menjilat jari.."
Tomyum tu bagi ako... bagi ako tau !! Tak pedas sangat.
Sebab ako rasa ako ada makan lagi pedas dari tu.
Yang ini maybe sebab dia masam-masam macam terlebih kat tekak ako, so pedas nya tu dah cover la sikit hahaha... Ikutkan ako lagi suka tomyum camni yang masak kat msia. (walau kadang yang masak tu pun orang thai tapi maybe suasana or diubahsuai ikut selera org msia kot kat tempat kita)
Itu mengikut tekak ako la ye.
Tekak sis lin, cik sun ngan kak ct maybe berlainan.
Sayur macam biasa , sama je macam ko makan kat Msia.
Overall memang recommended gi makan situ ye kalau korang dah sampai Hatyai.
Jumlah makan 1,262 baht = RM157.75 (RM26.30 seorang)
Jumlah makan 1,262 baht = RM157.75 (RM26.30 seorang)
Camne nak cari kedai ni??
Google tempat ni, then korang tunjuk je kat drebar tuk tuk.
Tapi kalau drebar tak tau gak, korang on je google maps pastu korang soh dia jalan ikut google maps korang hahaha..
Rata-rata semua tempat pun tak jauh antara satu sama lain.
Kalau rajin, boleh je explore tempat makan, pasar dengan berjalan kaki je.
Tapi kami malas! Yang turun naik tuk tuk ni pun dah bengkak bengkak kaki apatah lagi kalau asyik walk walk je tanpa tuk tuk kan 😆😆
Lepas dah isi perut, kemana plak kita ye???
Stay tune!
Info: Tukaran rate 100 baht = RM12.50
Nota Jemari: misi JJCM pun bermula
29 Comments
Bestnya depa jalan-jalan sampai ke Thailand 🤩
ReplyDeletealhamdulilah rezeki dapat jenjalan ngan diorang ni heheh
Deletewahh besttnya
ReplyDeleteciknur pun x sabar bln ni trip taska ke sana
Wah.. Gi ngan cikgu2 taska ke ciknur?
DeleteBestnya pergi jalan jalan
ReplyDeleteAlhamdulilah... :)
Delete💗
ReplyDeleteMasih berpatutan lah harga tuk tuk tu kan. Ohh kedai viral ye. Patutlah ramai umat manusia. Full house. Pernah rasa ayam pulut thai, itupun dah sedap. Inikan yang dari sana kan. Air teh Thai dan matcha Thai memang tiada tandingan. Terpaling menggoda tomyam lah..pasti sedap!
ReplyDeleteSemua pun sedap fizah.. Hahha mmg gi sana kenyang x hengat
DeleteYa ampun!
ReplyDeleteDapat bayangkan sedap-sedapnya makanan di sana.
Kalau ada rezeki hendak datang lagi cari makan di Thailand... hahahahah!
Kan kak... Tp kita suka bangkok lagi hehe
DeleteKalau kita pilih meja, duduk baru ambil pesanan. Ya lain tempat lain cara.
ReplyDeleteSuka tomyam pedas dan masam.
Hehehe kita suka pedas tp x suka yg masam sgt
Deleteala apaniii lapar dah tengok haha bila tah nak gi hatyai :3
ReplyDeleteCepat plan fyqah hehhe
Deleteseronok nyer!
ReplyDeletebest hatyai ni. mesra Malaysia.
terasa selamat.
kakak aida ada ajak ke hatyai sekali lagi.
next year. lepas anak aida SPM.
mcm nak gi sendiri mcm korang ni.
ets. van. tuktuk. then sana pun ada grab, kan?
Aha ada je grab kat sana tp so far kitrg just naik tuk tuk je
Deletekecur air liur tengok makanannn. tapi kalau datang hatyai ni memang keje makan jekan.rindu nak gi hatyai lagi sebab nak makan, dahlah murohh
ReplyDeleteBetul tu... Gi sana mmg makan makan makan haha
DeleteOh, ingatkan ada ayam goreng je, rupanya banyak menu lain. Jarang tom yam siam x pedas
ReplyDeletePedas dia k ret masih bole tahan lg sbb rs masam tu lg kuat dr pedas haha.. Utk tekak kita laa
DeleteSama la kita, tak minum matcha. Macam tak boleh terima baunya.
ReplyDeleteTeringin nak mencuba ayam goreng crispy tu.
terus lapar tengok makanan sedap-sedap.
ReplyDeleteNampak menggoda sungguh makanan-makanan yang dipesan. Paling tertarik tengok pulut ayam tu…
ReplyDeletemurahnya harga tuk dan harga makanan.. makanan pun sedap2
ReplyDeletesedapnya nampak semua makanan tu..
ReplyDeleteYa Allah, sukses lah bikin saya nak terbang ke Thailand sat nih jugaaaa 🤣🤣🤣. Selalunya kalau kesana memang hanya wisata kuliner kak. Oh Ama shopping juga. Wisata lain tak teringin 😂. Memang best lah Thailand foods nih. Pulut mangganya pun tak pernah bosan 🤣
ReplyDeleteKita masih x puas hati ngan trip ni sebab kita tak dapat ikutttttt...bestnya laaa......next time kena ajak kita tau...tapi kita nak renew passport dulu..x dapat2 pi renew lagi...
ReplyDeleteMemang terselah crispy ayam tu dalam gambar.. bilalah nak jalan juh sikit dari Malaysia nie.. huhuhuhu..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com