PRU15 - 19 NOVEMBER 2022

PRU15 - 19 NOVEMBER 2022

Ekceli ini kali ke-3 ako dapat mengundi.
Kali pertama tahun 2013.
Kali kedua plak masa PRU yang ke 14 dulu. 


Yang PRU yang lepas ako siap la bawa si Uyum sekali hahaha..
Kemain senang oii nak masuk mengundi. Terus aje bole potong Q.

Tapi berlainan plak kali ni.
Tak bawa budak demok tu.
Bukan apa takut kang beratur-beratur, dia ajak balik!
Al-maklum dah beso beso ni kemain laju je dia ajak balik kalau dia dah rasa bosan.
So, kesimpulan nya, better la soh dia dok dendiam kat rumah je.
Walau awal-awal dia memang beriyer nak ikut sangat.
Tapi dah faham sangat perangai dia kan.

Kali ni ako gi ngan kakak sulung serta MAMA uyum.
Kebetulan pusat mengundi kami bertiga kat tempat yang sama je.
Cuma memasing dah lain-lain saluran la.

Kakak saluran 4.
Ako saluran 5.
Mama uyum saluran 6.


Macam yang lepas-lepas, memang plan nak datang waktu tengahari.
Ikutkan time ni sepatut nya dah tak ramai orang tapi masa sampai tu, nak cari parking punya la azab. Memusing berkali-kali area situ , cari parking mana yang ada. Sudahnya ako soh kakak n mama uyum gi beratur dulu. Sementara ako ligat la mencari parking.


OK dah dapat parking, terus call kakak tanya beratur kat mana dah.
Nasib baik la diorang dah kat depan. Dah nak dekat pagar sekolah.
Panas gila masa ni.
Nampak orang jual eskrem.
Eh meriah plak kat situ.
Tengok punya tengok, la patut la meriah oii....
Si retis ain edruce tengah dok buat live makan eskrem hahaha.....
Kecoh betul! 😆

Saluran 6,7,8 boleh masuk!
Boleh potong Q!

Eh eh iskkk..... untung laa mereka yang 'muda'.
Acik ko ni dah terketar kepala lutut dok beratur hahaha.


Saluran 2,3,7 boleh potong Q!!
Aikk.... aisey ni yang tak best ni.
Berpeluh ketiak bacin acik ni dah oiii hahaha
Bila saluran 4 & 5 nak masuk memangkah ni???


Dapat masuk kawasan sekolah, kena tunggu lagi bawah khemah.
Nasib ko sediakan kusi sekali.
Lama dah acik nuggu ni hahah...

Kluar masuk kluar masuk dah para pengundi, saluran kami tak juga dipanggil-panggil.


Panas!!
Senyum aje la yang mampu.

Tanya petugas kat situ.
Bila saluran 4 & 5 bole masuk ni??
Kata nya nak masuk bole tapi tetap kena beratur panjang kat atas tu.

So kami decide, moh la naik.
Jom tengok apa kejadah lama sangat yang memangkah kat saluran ni agaknya.

Dah le beratur lama, menuggu lama.
Sekali ko kena daki tangga sampai tingkat 3 hahha...
Somput acik oiii!! hahah

Ermmm no wonder la berejam kat saluran ni.
Petugas nya slow yang amat.
Kan dalam tu ada 2 petak mengundi.
So patut ko bole la bagi sekali 2 orang masuk mengundi terus kan.
Ni tak...... dipanggil nya sorang sorang.
Pastu dok tunggu yang sorang tu abis memangkah, kluar kelas, baru la dipanggilnya pengundi seterusnya. Adoiii tepuk dahi je....!!

Letih oiii !
Berlainan betul masa mengundi kali pertama dan kedua dulu.
Tak sampai 5 minit dah siap!
Bersabar je la ye.

Dah le list ko kemain panjang hahah.....
Ako buka je kertas undi, nama tengah tengah yang ako nampak terus ako pangkah 🙈
Tak sampai seminit, siap! 

Fuh!! Menang ke tu?? jeng jeng jeng....


Balik tu, MAMA uyum dah balik dlu. Dia kan dapat masuk awal tadi.
Maka nya ako dan kakak decide tumpang kete -kete yang diorang provide tuk bawa dan hantar pengundi-pengundi. Kat situ hanya BN dan PH je yang sediakan kereta-kereta tersebut. So ako pun menumpang la ye.


Alhamdulilah dah selesai!
Tahniah Malaysia cuma masih tertanya-tanya, siapa yang bakal jadi ketua negara kita nanti ye??
Debo acik oiii!! hhaha

Eh eh asal warna ink ako kaler gelap pekat.
Jenuh cuci nak hilangkan ink tapi tak berjaya.
Ada yang ako tengok ink korang kaler pepel.
Pelik sebab ako warnya nya macam hitam merah inai tu.
Ikut darah eh?? #tiber hahaha

OK la semoga rakyat tak pening menantikan keputusan siapakah yang bakal memimpin kita untuk 5 tahun akan datang ni!!!

Nota Jemari: Jom cuti... eh eh hahaha

Post a Comment

23 Comments

  1. settle tugas sbgai rakyat malaysia
    ciknur alhamdulillah x beratur sb xda org saluran ciknur clear he ee

    ReplyDelete
  2. Lama juga tu menunggu dengan ramai orang. Meriah lain macam PRU15 ni. Sesak! Banyak saluran pun sistem tak laju. Bertabahlah. Kalau ada artis bertambah sesaklah jawabnya. Bawa Uyum ni confirm ajak balik cepat. hihi..Selesai mengundi. Itulah tu, debo nak menunggu siapa PM kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan meriah kemain kali ni.. X sabar tgu pengumuman kan

      Delete
  3. Tahniah kak ret dh tunaikan tanggungjawab terhadap negara... ramai jugak ye sampai berpanas² que

    ReplyDelete
  4. Kita tuari tak beratur, terus boleh masuk saluran dan terus mengundi. Tak sampai 3 minit settle, hahaha.

    ReplyDelete
  5. Byk betul dugaannya nak memangkah ye Ako.. apapun tahniah dah tunaikan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. fuhhh panjangnya beratur, nasib baik ada khemah dengan kerusi untuk pengundi.

    ReplyDelete
  7. Banyak salurannya tu, ramai pengundi di sana.
    Aduhai...nak kena manjat tingkat 3 pulak ya 😅

    ReplyDelete
  8. adui... skema betul petugas panggil sorang2 masuk pangkah. Bukannya boleh meniru pun hehehe

    ReplyDelete
  9. sama la kita kali ke3 juga ngundi....oh kena tgu saluran di panggil ye...bertabah la ye

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan gak ramai erk....bab menunggu lama ni yang memang x suka....skrg pun x suka sebab masih menunggu lagi keputusan..

    ReplyDelete
  11. Saya bukan orang parti. Saya memangkah setelah saya fikirkan calon tu yang terbaik bagi saya.. Dalam beberapa PRU, saya dah pangkah beberapa parti.. Haha

    ReplyDelete
  12. dah tanggal 24hb ni masih xtau lagi sapa PM tepi kan makcik ketar lutut ., huhuhu

    mugo2 negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  13. Stress owh kena tunggu lama.. Sha hari tu pun cepat sebab ada pegawai polis tolong lancarkan.. Kalau tak memang berjam lah menunggu..

    ReplyDelete
  14. Ramai yang dah sedar tanggungjawab mengundi.. Kali ini memang lama beratur..

    ReplyDelete
  15. Selamaaaat kaaaak... Udh terpilih juga yaaa PM baru. Ikut senang pas baca beritanya. ❤️. Fanny pun pas dulu pemilihan presiden macam nih, anak2 tinggal je di rumah. Yg ada mereka ribut nak pulang kalo dah kelamaan 🤣. Keco yg ada, tak jadi memilih 😅

    ReplyDelete
  16. samalah, kena beratur panjang jg...tapi sib baik tkt 1 je..

    ReplyDelete
  17. Wow, lama jugak tu ea..saya gi pagi kat sini..dalam kehujanan gigih kuor rumah..HAHAHAH

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com