ASEAN NIGHT MARKET atau ASEAN NIGHT BAZAAR adalah antara tempat wajib korang singgah kalau dah sampai Hatyai. Ni tempat terakhir kami lepak sebelum berakhirnya hari pertama percutian kitorang. Memasing dah penat ekceli masa ni tapi gigih juga nak menyinggah ke market ni. Dah alang-alang kita berpenat, harus la berpenat bermatian-matian gitu haha.
Tapi jangan risau tau! Kalau dah penat, moh kita lepak rehat dulu.
Kawasan bazaar ni sangat la luas. Siap ada padang dipenuhi kerusi bangku untuk berehat.
So kalau rasa malas nak join kita pusing-pusing window soping, korang bole la lepak sini dulu.
Bazaar ni kalau nak digambarkan, ako bole katakan ia nya seperti uptown yang berbumbung la gitu.
Tempat ni setiap hari ada kecuali Isnin dia tutup. Pastu dia buka dari jam 4:30 petang sampai la ke 10 malam (waktu tempatan).
Kalau korang sejenis yang suka cari Tshirt untuk souvenir, sini la tempat nya!!
Macam-macam jenis corak dan gambar ada.
Murah-murah, jangan lupa sesi tawar menawar ye.
Tapi bila dah tawar menawar tu jangan plak korang tak beli.
Kang tak pasal-pasal jadi kes plak hahaha...!
Pengalaman di Bangkok, orang belah sana agak kasar sket.
Bila kita tak jadi nak beli, mula la dia tunjuk 'belang'.
Tapi masa kami ke Hatyai, so far orang belah sini agak sopan dan lembut sket budi bahasa nya.
Itu berdasarkan pengalaman ako la ye, orang lain ako tak pasti.
Balik dari ASEAN MARKET tu semua kebulur hahaha...
Kita melepak je kat kedai sebelah hotel.
Restoran Halal Noodles nama nya kalau di google.
Cuma kedai ni sorang je staf dia yang bole cakap melayu sikit-sikit.
Agak sukar juga nak communicate memula tu. English pun diorang tak faham.
Kalau tak harus la guna google translate nak buat order hahaha
Abaikan abaikan hahahha.... ako memang lapar!!
Tapi silap gi order daging rebus yang kuat sangat bau daging nya tu hahahha...
Ako bayangkan nak makan daging bakar tapi dapatnya daging goreng ke daging rebus je ntah la x tau nak cakap daging masak apa hahaha.. Yang pasti memang tak bole nak telan dek tekak.
Yang lelain order sup seafood or macam mi bakso ke hape nama nya.
Nyesal ahkak ko ni tersilap order.
Sudahnya nak order lain tak lalu dah nak telan.
Tido dalam kelaparan je la malam tu hahaha..
Padan muka! Nampak selera tengok menu cik Sun...
Dah rasa nak hentak hentak kepala kat kusi.
Huhuhu.....
Dek rasa tak puas hati , kebetulan lalu plak abam jual jagung.
Sebelum masuk bilik, kita sambar 1 cawan jagung rebus.
Jadi laaa buat cover balik perut yang masih lapar tu.
Berakhirnya part 6 ni, maka berakhir la sudah citer Hari Pertama kami di Hatyai ...
So apa kisah hari kedua?? Nantikan sambungan seterusnya ye
Nota Jemari: Gigih nak habiskan cepat cepat citer Hatyai ni
12 Comments
Parah sangat kah rasa daging tuh kak ret 😅?. Kalo difoto normal ke tampaknya hahahah. Tapi memang kalo bau daging sangat, agak mengurangi napsu makan Yaa 😁. Kalo dah di Thailand, saya pilih menu yg kuah2 je. Segar nampaknya
ReplyDeleteLihat daging nya nampak menarik tp kakak kurang suka daging rebus yg kuat rasa rebusan nya... Gi mana ya mau cerita.. Emang nya kakak kurang suka daging fresh yg baru direbus ha gitu la lbh kurang hehe
DeleteDaging tu dalam gambar nampak ok. Aiseh kalau saya order lain jugak. Tak sanggup tidur kebuluran. Ala comelnya tshirt kat situ
ReplyDeletetu la ikutkan bole je jalan kaki pusing2 cari makan lain tapi sian kat lelain kepenatan... nk jalan sorang2 , takut! hahaha....
DeleteTshirt murah murah....!
ingat lg aida ke asean night market ni.
ReplyDeletejalan sampai sakit kaki. tapi x beli pape pun.
kat malaysia pun ada benda yg dijual situ :)
at last, before balik, naik tingkat atas minum teh tarik ha ha ha ha...
Maknanya daging itu tidak habis dimakan.
ReplyDeleteItulah kadang-kadang silap pesan kalau tidak biasa.
ala tak bestnye ako, dah tengah lapar pastu salah pilih menu pula..
ReplyDeleteAlamak..tgok gambar nampak sedap daging tu..tapi kuat baunya ye...
ReplyDeleteMeriah night market ni. Tempat ni macam selesa lagi nak shopping dan makan makan. Dah shopping jalan jalan haruslah kebulur. Kalau saya pun daging bau kuat memang tak termakan. Sebab tu kurang sangat makan daging. Dapat daging sedap baru berselera makan.
ReplyDeleteBesar juga kawasan night market tu..
ReplyDeleteNampak besar kawasan night market tu.. Kalau bau kuat sangat memang jadi x lalu lah nak makan.. Uish, boleh ke tidur dengan perut lapar..
ReplyDeleteNampam sedap, rupanya tak kena tekak eh... Aduhhai.. Mujur ada jagung boleh disambar... Maybe leh bwk bekal roti ke apaa.. letak dalam bag baju.. next time.. hahaa
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com