Ok bersambung kita di entry yang lepas.
Alhamdulilah kami sampai depan hotel lebih kurang jam 1:42 petang (waktu tempatan).
Thailand waktu nya adalah lewat sejam dari Malaysia. 


New Season Square Hotel nama nya.
Hotel ni ekceli ada dua.
Yang kami stay ni hotel yang baru sket.
Hotel lama yang satu lagi tak jauh pun dari hotel kami ni.

Hari pertama hujan.
Jadi kami banyak naik tuk tuk je nak explore kawasan berdekatan.
Plan nak walk walk aje sekitar situ tapi dah hujan, so tuk tuk adalah pilihan terbaik masa itu.


Kami booking hotel ni melalui agoda.com
Urusan check-in sangat smooth.
Staf dia yang sorang ni je yang bole cakap Melayu / English.
Ada ako baca sesetengah hotel akan simpan passport kita sampai hari kita nak check-out nanti.
Tapi kat hotel ni nasib baik diorang tengok gitu gitu je passport kita.
Rasa macam tak tengok langsung pun passport.. eh eh cop lupa plak ako , dia tengok ke tak eh passport tu?? padahal ako yang sign borang check in tu 😆


Lobi dia luas sangat. Masa kami check in memang takde sape-sape lagi yang stay situ.
Hahahaha seriau gak!!
Hari esok nya baru la ada segerombolan rombongan menginap masuk.
Dan siang nya ada group tengah buat berkursus kat hotel tu.
Ok baru la tak terasa sunyi sepi suasana hotelnya hahaha...

Ikutkan lokasi hotel ni macam jauh sket dari attraction.
So memalam memang sunyi sepi je area tu.
Kedai souvenir depan hotel pun jam 6 petang dah tutup.


Nasib baik kami semua dapat bilik sama level iaitu kat tingkat 3.
Bilik ako connecting room dengan bilik sislin.
Ako share bilik ngan Cik sun dan kami pilih bilik twin bed.

Bilik nya luas juga.
Selesa!
Cuma bantal dia je bagi ako nipis hahaha, so macam tak puas la nak tido.
eh tak puas????? Cik Sun cakap ako tido kemain nyenyak 🤣🤣🤣


Simple je ammenities dia. 
Sabun mandi dia wangi! 
Syampu tak guna sebab jarang guna syampu hotel. Sebab selalu kalau guna syampu hotel ni nanti rambut terus jadi kejung hhaha



Toilet luas u'ols, siap ada bathtub lagi. 
Tapi tak sempat plak nak main rendam rendam badan dalam tu hahaha. 


Tempat ciksun termenung haha. 
View dia x best sangat, just nampak bangunan depan which is parking lot hotel ni. Bawah bangunan tu nampak la orang massage massage hahha. 


Kopi dia pun simple sangat.
Kopi ni sislin rembat bawa balik Msia 😝


Ada gym juga. Kot la ada yang terajin nak buat eksesais pepagi kat situ ke kan haha


Pastu sebelah gym tu ada pool tau. Pool dia takde la besar dan tak de la dalam sangat pun. Nasib x bawa baju mandi, kalau tak konpom dah ajak ciksun rendam rendam badan kat situ. Takde orang, syiok lepak tepi pool camni. Cuaca pun cerah sangat masa tu.


Depan hotel ni ada kedai souvenir. 
Malam terakhir tu baru kami perasan kedai ni. Sempat lagi last minit soping hari nak balik tu. Yang best, kedai ni bole bayar guna duit RM. 




Memang sakan la ye memasing borong. Sampai bag pun terberanak dengan sendiri nya hahaha... 



Kedai massage ni bersebelahan je dengan kedai souvenir.  Kami ke situ amek pakej foot n shoulder massage for 1 hour je dalam 250 baht. Lagi lama korang massage, mahal la sket harga nya ye.


Nak tergelak je tengok orang sebelah tu kena massage... Penggeli rupanya ciksun kita ye hahaa...

Overall memang puas hati sangat. 
Lega oii urat urat yang terbelit kat bahu ni. 
Rasa hari2 nak gi massage ni 🤣🤣

Korang plak, geli tak kena massage? 😜

Info: Tukaran rate 100 baht = RM12.50

Nota Jemari: next time kita try hotel lain plak ye... Eh ada lagi next time ke? 😜